Adakah anda mencari peluang untuk menjana pendapatan sampingan lumayan yang mampu memberikan anda komisyen sehingga RM6000? Jika ya, ambil peluang yang disediakan oleh Pos Malaysia menerusi program Pos Rider.

Pos Malaysia kini membuka peluang untuk mereka yang mempunyai kenderan panel van bagi mengisi kekosongan jawatan ejen sepenuh masa sebagai Pos Rider menghantar serahan PosLaju di kawasan-kawasan terpilih.

Komisyen Sehingga RM6,000 Jadi Ejen Sepenuh Masa Pos Rider


Penawaran kerja kosong oleh Pos Malaysia ini mula dibuka secara meluas apabila kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah wabak Covid-19.

Ini berikutan terdapat permintaan yang tinggi untuk serahan item PosLaju seluruh Malaysia. Peningkatan terhadap servis PosLaju naik mendadak apabila kerajaan melaksanakan PKP di mana kebanyakan premis perniagaan kini melakukan urusan jual-beli secara dalam talian (online).

Permohonan menjadi Pos Rider ini tertakluk kepada beberapa syarat iaitu:

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Memiliki van berpanel penuh samada milikan persendirian atau syarikat.
  3. Memiliki lesen GDL.
  4. Memiliki telefon pintar dengan peranti Android 5.0 ke atas.

Peluang sebagai Pos Rider terbuka samada secara sepenuh masa mahupun secara sambilan, bergantung kepada lokasi dan tempat.

Iklan Jawatan Kosong Pos Rider

Iklan Jawatan Kosong Pos Rider

Buat mereka yang berminat, anda perlulah mengisi borang permohanan yang disediakan di sini - Borang Permohonan Pos Rider

Atau

Email permohonan anda ke posrider2@pos.com.my

Jika kekosongan telah tiada, anda mungkin akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu. Jadi, pastikan anda sentiasa semak email daripada pihak PosLaju/Pos Malaysia mengenainya.

Sumber dan rujukan - https://www.facebook.com/pg/PosMalaysiaBerhad

Berminat untuk memohon? Saya ucapkan semoga berjaya.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement