Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi satu tips berkaitan pengurusan hutang dan kewangan yang diterbitkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Bersandarkan situasi terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia, pihak AKPK turut memperkenalkan versi PKP mereka sendiri. Ianya bukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi maksud lain di sebalik akronim ini.

PKP Dari Sudut Pengurusan Kewangan

PKP Dari Sudut Pengurusan Kewangan

Setelah lebih sebulan PKP berkuat kuasa, ramai yang sudah mula menerima keadaan atau perubahan yang berlaku dalam kehidupan harian mereka. Rata-rata di media sosial, sama ada bertauliah mahupun tidak, ramai yang kerap memuat naik kata-kata nasihat, semangat, ekspresi diri malah tidak kurang juga kata-kata yang bernada keagamaan berserta hukum-hakam tentang bagaimana seharusnya kita reda agar dapat mendekatkan diri kepada Khalik!

[ads id='ads1']

Maka, seiring dengan trend tersebut, artikel ini juga senada dan bukan juga daripada seorang pakar. Namun, ia diharap dapat membantu anda agar melihat PKP ini dari dimensi yang lain.

Melihat langit hari ini ternyata indahnya ciptaan Tuhan — begitu cerah dan ceria seakan-akan sedang mendendangkan lagu nan girang. Begitu juga dengan aliran sungai tanpa pencemaran buangan manusia sehingga dikhabarkan Sungai Klang menyaksikan penurunan jumlah sampah sebanyak 43 peratus!


Ini adalah antara nikmat Allah S.W.T yang dikurniakan kepada kita semua di sebalik kejadian yang sedang dan telah berlaku.

Terngiang-ngiang bait lagu nyanyian Ebiet G. Ade yang bercerita tentang makhluk Tuhan yang lain:

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

Adakah ini bermakna alam sudah mula berkata-kata?

Atau, mungkinkah kita lupa bahawa terdapat makhluk lain yang juga sama-sama menghuni bumi ini? Terbuai rasanya mendengarkan setiap bait lagu ini, dan andai dihayati ternyata inilah yang sedang berlaku.

Bagaimana harus kita terus bertahan? Bagaimana seandainya PKP dilanjutkan lagi sebulan .. dua bulan? Bagaimana harus kita menanganinya? Inilah yang saya ingin bawakan kepada anda semua:



Positif

Kekal berada dalam pemikiran dan tingkah-laku positif. Jangan mudah mengalah dengan keadaan yang melanda kita semua, contohnya kehilangan sumber kewangan, kesempitan wang, tidak dapat berniaga dan sebagainya.

Saya teringat kata-kata Prof. Muhaya ketika menjadi penceramah jemputan di sesi FB Live AKPK baru-baru ini tentang bagaimana untuk positif ...

Kita mestilah melahirkan rasa syukur. Kita harus melihat musibah ini sebagai satu hikmah sehingga terbit rasa syukur. Malah, berfikiran positif juga dapat membuatkan tubuh lebih sihat.

[Dah Baca?] Dapat Gaji Tetap Bulanan, Tetapi Hidup Masih Tertekan? Ikuti 5 Tips Ini Untuk Kebebasan Kewangan

Kawal Selia

Ramadan ialah bulan yang disarankan untuk kita bersederhana malah ia turut membawa manfaat ekonomi kepada isi rumah kerana ibadah puasa dapat membendung seseorang itu daripada melakukan pembaziran terutamanya dari aspek pembelian makanan, minuman dan barangan yang lain.

Inilah masa untuk kita berjimat dan menguruskan kewangan dengan baik. Apatah lagi kerajaan Malaysia menerusi Bank Negara Malaysia memberikan moratorium terhadap pinjaman dan juga hutang.

Secara tidak langsung, ramai di kalangan rakyat Malaysia mempunyai lebihan duit dari sumber-sumber yang tidak dijangka, contohnya pengeluaran wang i-Lestari, pemberian bantuan kewangan dari Kerajaan Malaysia dan pelbagai lagi.

Dah ada duit ini, janganlah boros menggunakan sumber kewangan ini kepada benda yang tidak perlu atau berbelanja secara boros yang bukan keperluan.

Dalam surah al–Israa’, ayat 26–27, Allah berfirman yang mafhumnya, “…dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu ialah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula ialah makhluk yang sangat kufur (ingkar) kepada Tuhannya”.

Maka, kawal selialah sumber kewangan dan juga perbelanjaan.

Cara Bijak Tanggani Hutang 
Jangan makan minum secara berlebihan ketika berbuka puasa mahupun bersahur di bulan Ramadan ini. PKP memudahkan anda - kerana anda tidak perlu lagi ke bazar Ramadan.

Secara tidak langsung, PKP yang dibuat oleh kerajaan membantu kita untuk mengawal nafsu berbelanja. Dan ia juga menjadi kedudukan kewangan kita lebih baik walaupun dilanda masalah seperti ketiadaan sumber kewangan seperti sebelum PKP.

[Baca Juga] Bagaimana Cara Terbaik Memanfaatkan Pengeluaran Wang i-Lestari untuk Masa Depan Lebih Baik?

Panik Untuk Simpanan

Di saat getir ini mampukah kita menyimpan? Relevankah untuk kita membuat simpanan? Bagi yang masih mempunyai gaji walaupun hanya sebahagian, bersyukurlah.

Mereka yang mendapat moratorium juga harus bersyukur dan mereka yang terputus pendapatan tetapi masih mendapat bantuan juga sepatutnya bersyukur.

Sahabat saya selalu berpesan, “Lihatlah mereka yang di bawah bukan mereka yang di atas, baru wujud rasa syukur!”

Oleh kerana itu, ilmu simpanan ini sebenarnya mudah — simpan walau hanya seringgit! Namun, kesilapan yang kerap berlaku ialah kita tidak menyimpan kerana melihat nilainya yang hanya seringgit. Padahal, lebih baik sedikit daripada tiada langsung.

Ada duit lebihan, fikirkan untuk menjadikan ia sebagai langkah awal dalam membuat simpanan yang mampu membuahkan hasil, contohnya macam pelaburan dalam Amanah Saham atau menyimpan di dalam Tabung Haji.

Lebih baik lagi, jika duit lebihan yang diterima digunakan untuk menguruskan hutang-hutang yang jahat contohnya seperti hutang kad kredit. Lebih sikit hutang yang ada, in Sha Allah, hidup akan jadi lebih tenang.

“Mengeluh hanya akan membuat hidup kita semakin tertekan, sedangkan bersyukur akan sentiasa membawa kita ke jalan kemudahan”.

Semoga Allah melindungi kita semua, dan ambillah tips di atas ini untuk menjadikan kita lebih baik di dalam bulan Ramadan ini terutama dalam aspek menguruskan kewangan dan hutang-hutang kita.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kena rajin menyimpan biar pun sedikit, lama-lama jadi bukit. Risau juga memikirkan sampai bila pandemik ini akan berakhir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia bakal terus ada dalam kehidupan kita. Yang pasti kita semua kena lebih jga kebersihan diri, sentiasa pakai pelitup muka bila berada tempat ramai orang, cuci tangan dan guna hand sanitizer.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement