Lamb Chop. Uhh sedapnya weihhh !! Lamb Chop antara menu western food yang menjadi kegemaran saya. Saya pasti ramai juga yang suka denga menu masakan barat ini.

Biasanya, saya akan makan Lamb Chop di kedai atau restoran makanan kegemaran saya. Di Parit Buntar dan Nibong Tebal, ada beberapa restoran yang menyediakan Lamb Chop yang sedap.

Resepi Lamb Chop Black Pepper

Resepi Lamb Chop Black Pepper

Sebenarnya, rahsia kesedapan menu resepi Lamb Chop adalah pada sos yang diletakkan. Kebiasaannya, menu resepi Lamb Chop akan disekalikan dengan sos, dan paling biasa kita tahu adalah sos lada hitam atau blackpepper sauce.

Seandainya sos yang dihidangkan bersama Lamb Chop itu sedap, maka sedaplah hidangan Lamb Chop itu. Selain itu, daging kambing untuk Lamb Chop mestilah diperap sempurna selain lembut dan mudah dikunyah. Barulah ada rasa kenikmatan menikmati hidangan ini.

Memandangkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi memang susah sikitlah nak ke restoran kegemaran untuk menikmati western food yang sedap macam Lamb Chop Black Pepper Sauce.

Tetapi, saya tidaklah bersedih memandangkan menu ini boleh sahaja dibuat dan dimasak di rumah.



Ada banyak resepi menyediakan Lamb Chop yang sedap, salah satunya adalah seperti dikongsikan di bawah ini ...


Bahan-Bahan Perapan Lamb Chop

  • 4-6 keping lamb shoulder
  • 5 cm halia*
  • 1 cm kunyit hidup*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 sudu besar madu
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 4-5 sudu besar lada hitam yang telah dikisar
  • Setengah sudu kecil serbuk jintan manis
  • Setengah sudu kecil jintan putih
  • Setengah sudu kecil serbuk ketumbar
  • Sedikit kicap cair penganti garam

Cara Menyediakan

  1. Kisar bahan-bahan bertanda (*). 
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan perap termasuklah bahan yang telah dikisar ke dalam satu bekas.
  3. Kemudian masukkan lamb shoulder ke dalam bahan perapan tadi dan gaul sebati.
  4. Setelah itu, peraplah lamb shoulder tersebut selama 2-3 jam atau semalaman. Boleh sahaja simpan dalam bekas tertutup dalam peti sejuk.
  5. Setelah diperap, bakar lamb shoulder sampai masak. Anda boleh gunakan kuali leper, kuali serba guna atau bakar atas arang. Jika ada air fryer, boleh panggang dengan tetapan suhu 180 darjah celsius selama 16 minit.

Sekarang, penyediaan bahan terpenting untuk memastikan Lamb Chop yang dimasak sedap, lazat lagi menyelerakan adalah sos. Kalau boleh, dalam penyediaan sos ini, gunakan bahan-bahan dari jenama yang sama. Saranan saya, gunakan sos dari jenama Jalen sebab ia memang sedap.

Bahan-Bahan Untuk Sos Black Pepper

  • Saki-baki bahan perapan
  • 2 sudu teh sos tiram
  • 2 sudu teh sos tomato
  • 4 sudu besar lada hitam kisar
  • 2 sudu teh gula perang
  • 1-2 sudu teh tepung jagung atau tepung ubi



Cara Menyediakan Sos Black Pepper

Masak semuanya di dalam periuk bersama dua cawan air sehingga agak mendidih. Kemudian, masukkan sedikit bancuhan tepung jagung atau tepung ubi bagi memekatkan sos yang telah sebati.

Boleh juga ditambah sedikit sos cili untuk menjadikannya sedikit pedas.

Amacam? Mudah je kan?

Sekali lagi, kesedapan resepi Lamb Chop Black Pepper Sauce ini bergantung dengan penyediaan sosnya serta keempukan daging kambing. Jika semua ok, in Sha Allah .. ia hidangan yang sedap untuk penggemar masakan barat atau western food.

Anda boleh hidangkan bersama kentang goreng, kentang putar, salad, timun, mayonis, serta hirisan tomato.

Selamat mencuba.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement