Sejak kerajaan Malaysia melaksanakan langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudah memasuki fasa baharu PKP Bersyarat - sehingga 9 Jun 2020; banyak betul kreativiti rakyat Malaysia yang dah tersebar-luas dalam media sosial. Macam-macam yang dapat kita lihat setiap hari.

Antara yang menarik perhatian saya ialah bagaimana menghasilkan makanan tradisional Lemang tanpa perlu lagi menggunakan buluh. Nak lagi best, apabila Lemang boleh dihasilkan dan dimasak menggunakan air fryer atau penggoreng elektrik.

Resepi Memasak Lemang Menggunakan air fryer

Cara Masak Lemang Guna Air Fryer

Memandangkan sekarang kita semua kemungkinan beraya Aidilfitri dalam PKP, adalah baik sekali jika kita tahu cara lain untuk menghasilkan Lemang. Selain cara mudah hanya dengan memasak Lemang segera yang ada banyak di pasaran, tak salah sesekali kita cuba memasak Lemang cara moden ini, iaitu dengan menggunakan air fryer.

Saya pasti dah ramai antara kita terutama surirumah yang memilik air fryer. Ada banyak jenama air fryer di pasaran dan kebanyakkannya berharga mampu milik dah sekarang.

[ads id='ads1']

Daripada dibiarkan sahaja air fryer hanya untuk menggoreng nugget dan memasak ayam panggang; apakata kita cuba memasak Lemang sendiri dengan menggunakan air fryer pula.

Cara Menyediakan Lemang Sedap Mengggunakan Air Fyer

Cara Masak Lemang Guna Air Fryer

Salah seorang pengguna air fryer jenama Philips, iaitu Puan Amanda Tan sudi berkongsi resepi untuk memasak Lemang menggunakan air fryer ini. Malah resepi Lemang air fryer yang dikongsikan beliau telah viral di media sosial.

Ramai yang dah mencuba resepi dikongsikan beliau, dan rata-rata memberikan komen yang positif.

[Dah Baca?] Download Ebook 27 Resepi Istimewa Menggunakan Air Fryer

Meh ikuti panduan memasak Lemang menggunakan air fyer daripada beliau di bawah ini ...

Bahan-Bahan

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • Daun pandan (jika boleh dapatkan daun pisang lagi baik)
  • Cawan kertas

Cara Penyediaan

  1. Basuh beras pulut dengan air.
  2. Selepas itu, rendam beras pulut tadi dalam air selama 2 jam.
  3. Kemudian toskan air. Basuh sekali lagi sehingga bersih dan rendam dengan air santan dan garam selama 30 min.
  4. Alas cawan dengan daun pandan atau daun pisang.
  5. Isikan beras pulut tadi ke dalam cawan dan tuang santan cukup paras beras pulut.
  6. Panaskan air fryer pada suhu 180°C selama 5 minit.
  7. Kemudian masukkan beras pulut yang telah diisi dalam cawan ke dalam air fryer.
  8. Bakar kali pertama: 180°C / 30 min
  9. Bakar kali kedua: 160°C / 10 min
  10. Dah siap, rehatkan 10 min dalam air fryer sebelum dikeluarkan.
  11. Kemudian boleh dihidangkan lemang dengan rendang ayam atau apa sahaja lauk yang bersesuaian.

Amacam? Tidaklah berapa susah kan? Anda tidak perlu mencari buluh lemang dan tidak perlu bersusah payah nak sediakan tempat pembakaran lemang, cukup mudah membakarnya hanya menggunakan air fryer.

Apa yang penting ialah suhu dan tetapan masa air fryer untuk memasak lemang ini. Jangan silap tetapan kerana nanti lemang menjadi samada terkurang masak atau terlebih masak.

Nak Berkerak Sedikit?

Jika anda mahukan lemang anda sedikit berkerak di bahagian luar sama seperti kita membakar lemang cara tradisi, bolehlah kukus beras pulut terlebih dahulu, tetapi tetapan masa ketika menggunakan air fryer perlu dikurangkan sedikit.

Dan lagi, anda juga boleh sahaja menggunakan buluh lemang jika ada. Cuma kena pastikan saiznya muat untuk dimasukkan ke dalam air fryer.

Untuk menjadikan lemang lebih lemak boleh lebihkan sedikit santan. Tapi jangan terlalu penuh sehingga nak tumpah bekas yang letakkan beras pulut tu.

[Baca Juga] Cara Mudah Menyediakan Resepi Rendang Ayam Sedap

Ok? Mudah je kan?

Video Cara Memasak Lemang Gunakan Air Fryer

Boleh tengok video di bawah untuk lebih jelas cara memasak lemang menggunakan air fryer ini. Ia disediakan oleh Puan Amanda Tan.


Selamat mencuba.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement