Rahsia Resepi Rendang Ayam Isteri Saya Sedap Sangat !!

AI Trade
Rendang Ayam. Hmm siapa yang tak sukakan menu resepi masakan Melayu ini. Tanyalah apa-apa kaum yang ada di Malaysia ni, in Sha Allah .. rendang ayam pasti berada di dalam menu kesukaan mereka. Itu sebab bila ada isu rendang ayam crispy satu waktu dulu, seluruh rakyat Malaysia marah dan bersatu kerana resepi ini .. hehe.

Ada macam-macam jenis rendang. Ada rendang oren, ada rendang pedas, ada rendang tok, ada rendang daging hitam dan macam-macamlah. Bukan setakat ada rendang ayam, tetapi juga rendang daging, rendang itik, dan juga rendang kerang.

Rendang Ayam Masakan Melayu?

Rahsia Rendang Ayam Sedap
Tak diketahuan mana asal-usulnya resepi rendang ini. Ada yang kata ia masakan daripada Padang, Indonesia. Ada pula kata ia adalah masakan orang Perak, dan ada yang kata ia menu masakan berasal dari Negeri Sembilan yang kaya dengan budaya Minangkabau.

Tiada naskah sejarah yang mencoretkan secara jelas asal-usul rendang ini.

Tetapi, rendang ada disebut dalam banyak kesusasteraan Melayu klasik seperti Hikayat Amir Hamzah yang menjadi rujukan sebagai membuktikan bahawa rendang ialah masakan tradisi Melayu sejak tahun 1550an.

Tak kisahlah mana asal-usulnya ... hehe .. yang saya tahu, rendang memang masakan unik yang sangat sedap. Istimewa dimakan di waktu perayaan seperti Hari Raya dan juga kenduri Walimah.

Kebiasaan, orang akan makan rendang, samada rendang daging atau rendang ayam dengan ketupat dan juga lemang. Malah, ia sajian yang sangat sedap di tengahari jika dimakan dengan nasi panas.

Keluarga Melayu, tak sah kalau tak tahu cara nak memasak rendang ini.

[Dah Baca?] Resepi Rendang Ayam Sedap dan Mudah Disediakan

Dalam keluarga saya, rendang ayam sering menjadi pilihan menu resepi istimewa kami. Isteri saya memang pandai memasak rendang ayam. Jarang sekali masak rendang daging. Ini adalah kerana .. kalau nak masak menu resepi rendang daging, kena pastikan daging itu empuk sempurna, barulah sedap berselera nak makan.

Kalau masak rendang ayam, benda tu dah jadi mudah kerana ayam tak liat macam daging lembu atau daging kerbau. Jadi, proses nak empukkan tu tak perlu dilakukan.

Alhamdulillah, saya sendiri baru-baru ini telah berjaya memasak rendang ayam saya sendiri. Saya ada post di Facebook, dan terima banyak juga pujian dari rakan-rakan .. keh keh keh. Ohh bangga la weihhh sebab rendang ayam saya menjadi. Pertama kali seumur hidup masak rendang ayam tau .. haha.

Rahsia Rendang Ayam Isteri Saya Sedapppp Sangat!!

Tetapi kan, saya masih lagi tak boleh nak lawan resepi sedap rendang ayam isteri saya.

Isteri saya kata, dia ada rahsia tersendiri memasak rendang ayam yang sedap.
Rahsia Rendang Ayam Sedap
Baru-baru ni, selepas berjayanya saya masak rendang ayam sendiri, isteri saya dah dedahkan rahsia rendang ayam sedap resepi dia sendiri. Nak tahu tak?
  • Tak gunakan serai semasa mengisar bahan. Serai dimasukkan dengan hanya titikkan sahaja. Tak perlu kisar dengan bahan lain seperti lengkuas, bawang, halia semua tu.
  • Lengkuas digunakan bila ada sahaja, ia bukan bahan wajib rendang ayam isteri saya.
  • Tak gunakan kerisik. Kebanyakan menu resepi rendang akan gunakan kerisik, tetapi resepi rendang ayam isteri saya tak gunakan kerisik. Memadai dengan menggunakan santan.
  • Memandangkan tidak menggunakan kerisik, maka santan digunakan agak besar kuantitinya.
  • Rahsia akhir ialah ... isteri saya menggunakan madu kelulut atau madu lebah dalam resepi rendang ayam sedap miliknya. Ianya dicampur pada bahagian akhir memasak rendang ini. Aha .. biasa gunakan madu ke untuk masak rendang? Saya pasti ramai yang mungkin pertama kali tahu tentang rahsia rendang ayam sedap gunakan madu ni.


Ok. Sekarang anda dah tahu rahsia resepi rendang ayam sedap isteri saya. Siapa yang pernah datang ke rumah saya mesti akan puji masakan rendang ayam oren yang isteri saya sediakan. Rendang ayam sedap isteri saya memang tak pernah mengecewakan.
Tips - Kalau masak rendang, kena masak dalam tempoh yang lama, terutama sekali ketika awal menumis dan setelah dimasukkan santan. Paling tidak 1-2 jam. Lebihan air dalam rendang boleh menyebabkan rendang ayam cepat basi.
In Sha Allah, di lain waktu .. saya akan kongsikan resepi penuh rendang ayam sedap dengan madu ini ye.

Dan saya juga akan kongsikan sekali resepi rendang ayam milik saya pula, yang juga sedap lazat menyelerakan - kata isteri sayalah... hehe.

Kalau anda biasa dengan resepi rendang ayam, cubalah gunakan madu. Letak sedikit sahaja di akhir masakan. :)



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

0 Comments