Topeng muka (face mask) percuma dari kerajaan. Ini satu berita yang agak menggembirakan buat ramai rakya Malaysia, apatah lagi apabila ada di dalam kalangan masyarakat yang agak sukar mendapatkan topeng muka ini di pasaran.Walhal, topeng muka boleh didapati di beberapa farmasi, secara online mahupun penjual di laman sosial.

Di tempat saya, iaitu Parit Buntar, topeng muka boleh didapati dan dibeli pada bilangan terhad di Mydin dan juga D.I.Y. Saya sendiri mendapatkan sekotak topeng muka di farmasi dengan harga seperti ditetapkan kerajaan.

Topeng Muka Percuma Untuk Rakyat Malaysia

Topeng Muka Percuma Untuk Rakyat Malaysia
Baik, berbalik pada berita gembira yang kerajaan akan berikan topeng muka secara percuma ini. Berita mengenainya telah diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu siaran langsung mengenai pengurusan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 8 April 2020.

Menerusi pengumuman tersebut, Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan sebanyak 24.6 juta topeng muka akan diedarkan kepada rakyat jelata di mana setiap isi rumah akan menerima sebanyak empat (4) topeng muka secara percuma.

Sebahagian daripada jumlah tersebut dibeli oleh kerajaan sendiri untuk kegunaan rakyat Malaysia.

[ads id="ads1"]

Dalam pengumuman itu juga, beliau turut mengingatkan bahawa pemakaian topeng muka adalah untuk mereka yang mempunyai tanda-tanda atau gejala Covid-19 iaitu demam, batuk dan selsema. Jika tiada gejala yang disebutkan, maka tidak perlu memakai topeng muka sepertimana digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Keperluan Memakai Topeng Muka semasa Covid-19 dan PKP

Menurut Menteri Kanan itu lagi, topeng muka tersebut sedang dalam proses pengedaran oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

[Dah Baca?] Positif Covid-19 Tetapi Tiada Sebarang Simptom atau Gejala

"Ia akan diedarkan oleh APM kepada Majlis Keselamatan Negeri, seterusnya ke daerah melalui pusat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah."Dari pusat jawatankuasa ini, topeng muka akan diagihkan ke rumah ke rumah melalui petugas barisan hadapan di daerah-daerah," ujarnya.

Sementara itu, beliau turut berkata bagi bekalan topeng muka untuk penduduk di Sabah, Sarawak dan Labuan, ianya akan dihantar oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui penerbangan khas bermula Jumaat 10 April 2020.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Alhamdulillah... Terima kasih kerajaan Malaysia

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..kalau dulu orang tak pandang topeng muka ni, sekarang topeng ni sangat diperlukan.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, semoga dapat dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia yang benar-benar memerlukan. Harap pengagihan adalah telus, tak main pilih2 .. huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement