Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan kerajaan sejak 18 Mac 2020 sebagai langkah untuk membendung penularan wabak Covid-19. PKP ini telah dijalankan menerusi dua fasa berlainan di mana fasa kedua PKP akan berakhir pada 14 April 2020.

PKP fasa kedua adalah lebih ketat berbanding fasa pertama arahan ini dilaksanakan oleh kerajaan. Malah, ketika fasa kedua inilah, pihak kerajaan juga memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan red zone Covid-19 di mana perlaksanaannya menyerupai total lockdown di China.

Perintah Kawalan Pergerakan (Fasa 3) Sehingga 28 April

Perintah Kawalan Pergerakan (Fasa 3) Sehingga 28 April

Menerusi satu sidang media perutusan khas oleh Perdana Menteri awal petang hari ini (10 April) mengenai perkembangan PKP dan juga Covid-19, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan ke fasa seterusnya berakhir pada 28 April 2020 di seluruh Malaysia.

Pengumuman ini telah merungkai segala tanda tanya rakyat akan kemungkinan PKP ini dilanjutkan atau ditamatkan - kalau tidak pun pada peringkat zon dan daerah.

Keadaan Covid-19 Terkawal

Walaupun kita nampak, bilangan kes-kes positif Covid-19 di Malaysia adalah terkawal pada kadar 7%, iaitu di bawah benchmark 10% yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO, namun ia bukan alasan yang kukuh untuk menamatkan PKP.

[ads id="ads1"]

Menurut Perdana Menteri, lanjutan itu perlu berikutan situasi semasa negara yang masih memerlukan petugas kesihatan memerangi penularan wabak Covid-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini di kalangan masyarakat.

Fakta bahawa kadar kematian akibat wabak ini di Malaysia adalah rendah, iaitu pada kadar 1.6% berbanding 5.8% kadar kematian di peringkat dunia, ia tidak boleh dijadikan sandaran kukuh untuk penamatan PKP lebih awal.

Malah berdasarkan kepada rekod serta statistik ditunjukkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah red zone juga telah bertambah termasuklah jumlah kawasan atau lokasi yang dikenakan PKPD.

Kewujudan 5 Kluster Penularan Covid-19

Info daripada KKM juga memberitahu kita bahawa kluster penyebaran virus Covid-19 di Malaysia telah bertambah menjadi lima kluster (setakat 12 malam 9 April):

  1. Himpunan Tabligh di Seri Petaling (1701 kes)
  2. Persidangan Keagamaan di Kuching (110 kes)
  3. Majlis Perkahwinan di Bandar Baharu Bangi (95 kes)
  4. Individu Sejarah Perjalanan ke Itali (41 kes)
  5. Subkluster Seri Petaling di rembau (29 kes)

Menurut Perdana Menteri lagi, pelanjutan PKP Fasa 3 selama 2 minggu ini adalah selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan PKP terlalu awal.

Difahamkan, ada beberapa negara yang menunjukkan peningkatan kes Covid-19 apabila PKP ditamatkan. Ia sesuatu yang harus dielakkan daripada berlaku.

Harapan, Kejayaan dan Terima Kasih

Jika dilihat daripada data yang disalurkan dan pengumuman dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara dan KKM, kita dapat lihat terdapat pengurangan kebolehjangkitan Covid-19 ini, malah jumlah pesakit Covid-19 yang sembuh juga meningkat setiap hari.

Alhamdulillah.

Ianya satu kejayaan buat barisan hadapan Covid-19 terutama KKM. Ia juga menunjukkan bahawa PKP yang dikuat-kuasakan berkesan dalam memastikan penularannya tidak menjadi serius seperti di negara luar, contohnya negara-negara di Eropah.

Seharusnya, kita sebagai rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada barisan hadapan Covid-19 ini yang terdiri dari polis, tentera, anggota pertahanan awam, RELA dan banyak lagi kerana tanpa mereka yang berperanan tegas dan bertanggungjawab, kita pasti akan berada pada keadaan yang lebih teruk.

Menurut Perdana Menteri, penularan wabak ini masih di peringkat pertengahan dan masih lagi memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan yang berterusan.

"Malah usaha mencegah wabak mesti diperhebatkan lagi bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan termasuk memberi tumpuan khusus kepada kumpulan sasar yang dikenal pasti punca penularan wabak," katanya.

Semua sedia maklum bahawa perlaksanaan PKP Fasa 2 adalah lebih ketat daripada PKP Fasa 1.



Kelonggaran Pada Beberapa Sektor Dalam PKP Fasa 3

Tetapi menurut apa yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, PKP Fasa 3 yang ditetapkan sehingga 28 April ini akan memberikan beberapa kelonggaran kepada beberapa sektor yang sebelum ini dilarang untuk beroperasi.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan telah bersetuju supaya beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat.

"Saya ingin tegaskan bahawa pembukaan beberapa sektor yang terhad ini bukan bermaksud kita melonggarkan perintah kawalan pergerakan. Perintah ini masih berkuatkuasa dan semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mestilah dipatuhi. Jika terdapat pengusaha, kilang atau syarikat yang melanggar peraturan, kerajaan akan menarik balik kebenaran yang diberikan." katanya.

Senarai Sektor Dibenarkan Beroperasi Dalam PKP Fasa 3


Atas pemberitahuan tersebut, saya ingin kongsikan kepada anda, sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi dalam PKP Fasa 3 ini:

  1. Industri Aeroangkasa
  2. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).
  3. Industri Mesin dan peralatan .
  4. Projek-projek pembinaan, termasuk industri simen; besi dan keluli.
    • Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama. 
    • Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas.
    • Kerja-kerja terowong.
    • Kerja-kerja penyelenggaraan.
    • Kerja-kerja cerun.
    • Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak.
    • Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak.
    • Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya.
    • Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas.
    • Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
  5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) (hanya terhad kepada:
    • perkhidmatan berkaitan guaman;
    • aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID19;
    • makmal-makmal ujian (Lab testings) bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja; dan
    • perkhidmatan berkaitan minyak & gas.
  6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)
  7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.
  8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).
  9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)

Akhir sekali, Perdana Menteri turut menitipkan kata-kata nasihat akhir kepada seluruh warga Malaysia:
Let me remind you that the war on COVID-19 is not yet over. The fight is still on. We are doing well so far, so just uplift your spirits and continue to fight. If we persevere, insya-Allah we will win.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. semoga semua ini akan segera berakhir, aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, itu yang kita semua harapkan .. tetapi ikut realiti, dan perkembangan yang ada .. agak sukar untuk berakhir cepat

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement