Saya dapat rasakan ramai juga yang sudah membuat semakan online untuk mengetahui samada layak atau tidak menerima bantuan kewangan dari Kerajaan menerusi Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Saya antara warga Malaysia yang tidak terkecuali membuat semakan bantuan ini di laman web BPN.

Secara amnya, untuk membuat semakan bantuan khas Kerajaan disebabkan wabak Covid-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, mereka yang merasakan layak boleh melakukan menerusi laman web Bantuan Sara Hidup (BSH) Rakyat. Ada satu pautan berasingan untuk buat semakan BPN ini.

Cara Buat Semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Cara buat semakan kelayakan Bantuan Prihatin Nasional

Saya telah membuat semakan secara online untuk mengetahui samada saya layak atau tidak menerima bantuan ini. Dan hasilnya adalah ....

"TIDAK LULUS".


Apabila semakan bantuan ini didapati tidak lulus, ini bermakna saya tidak tergolong dalam mana-mana kategori B40 mahupun M40 untuk menerima bantuan kewangan seperti diumumkan oleh Kerajaan dalam PRIHATIN.

Jika anda nak buat semakan, boleh terus ke pautan ini - https://bsh.hasil.gov.my

Cara buat semakan kelayakan Bantuan Prihatin Nasional
Cara buat semakan kelayakan Bantuan Prihatin Nasional
Mereka yang benar-benar layak untuk menerima bantuan menerusi BPN adalah seperti ditunjukkan di dalam jadual di bawah ini:

Cara buat semakan kelayakan Bantuan Prihatin Nasional
Namun, anda boleh membuat rayuan dengan membuat permohonan baharu atau mengemaskini data yang ada dalam BSH.

Jadi, jika anda merasakan diri anda layak untuk menerima bantuan kewangan khas PRIHATIN oleh kerajaan akibat terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bolehlah mencuba.

Tidak Perlu Buat Semakan Jika Anda Penerima BSHR 

Oh ya, sesapa yang sebelum ini adalah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) Rakyat atau dikenali sebagai BR1M sebelum ini, anda adalah secara automatiknya LAYAK atau LULUS.

Anda yang dalam kategori ini tidak perlu membuat semakan, malah anda akan menerima email atau SMS yang menyatakan anda layak untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ini.


Cuma, saya suka nak ingatkan bahawa bantuan ini adalah untuk mereka yang benar-benar hadapi kesulitan di saat PKP dilaksanakan. Kalau anda kurang terjejas, elok abaikan sahaja pendaftaran baharu dan biarkan peruntukan yang disediakan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Cara Buat Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional

Anda dah buat semakan ke samada lulus atau tidak untuk terima Bantuan Prihatin Nasional ini? Jika belum, anda boleh terus membuat semakan menerusi laman web khusus BPN di sini - https://bpn.hasil.gov.my/

Anda cuma perlu memasukkan nombor kad pengenalan anda, klik ikon kanta di sebelah ruang carian dan isi 'captcha' yang tersedia dan tekan butang 'Semak'.

Paparan seterusnya akan kelihatan seperti yang saya tunjukkan di atas tadi tu. Jika lulus, ada perkataan "LULUS".

Status LULUS BPN

Email dan SMS Status Bantuan Perihatin Nasional (BPN)

Oh ya, sesiapa yang layak terutama mereka yang menerima BSHR sebelum ini juga akan menerima email dan juga SMS yang menyatakan anda layak untuk menerima BPN ini.

Berikut adalah antara email dan SMS dari nombor 63833 memaklumkan bahawa pemohon adalah lulus menerima bantuna BPN.
Status permohonan Layak atau Lulus terima Bantuan Prihatin Nasional (BPN)


Sekiranya tiada maklumat yang keluar, samada lulus atau tidak, paparan di bawah akan keluar mengatakan tiada maklumat dari hasil carian. Ini bermakna, data anda tiada dalam pengkalan data BSHR dan juga tidak tersenarai sebagai penerima bantuan menerusi semakan di LHDN.

Cara buat semakan kelayakan Bantuan Prihatin Nasional
Ini bermakna, anda boleh cuba membuat permohonan baharu untuk mendapatkan bantuan kewangan menerusi BPN. Anda hanya perlu klik butang 'Permohonan Baru' dan mengisi borang disediakan, seperti ditunjukkan di bawah ini.

Cara buat semakan kelayakan Bantuan Prihatin Nasional
Borang permohonan Bantuan Prihatin Nasional ini adalah sama bentuk dan formatnya dengan borang permohonan BSHR sebelum ini. Isi dengan lengkap dan hantar untuk penilaian oleh pihak LHDN.

Jika Tidak Lulus? Atau Tidak Pernah Membuat Permohonan BSHR?



Jika Lulus, Boleh Semak Bayaran Diterima

Buat mereka yang mendapat keputusan 'Lulus', anda boleh terus menyemak tarikh dan jumlah bayaran yang akan diterima menerusi BPN ini. Jika nak tahu, anda akan dikehendaki untuk login masuk ke BSH.

Ok?

Saya harap info di atas sedikit sebanyak berikan pencerahan apa yang bakal anda ketahui atau dapat ketika cuba untuk akses laman web BPN untuk membuat semakan secara online.

Selamat mencuba.

Komen Anda

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Lubuk Bundle Gred AA

Dropship USD