Bermula 1 April sehingga 14 April 2020, kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa termasuk Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta RELA akan melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2. Terdapat beberapa ketetapan khusus yang berlainan dalam PKP Fasa 2 ini berbanding dengan fasa pertama yang berakhir 31 Mac 2020.

Perlaksanaan PKP Fasa 2 selama dua minggu ini adalah penting bagi memastikan wabak Covid-19 dapat ditangani sepenuhnya. Ia adalah satu tempoh yang kritikal di mana penularan Covid-19 daripada kluster yang tidak diketahui dapat diputuskan sepenuhnya.

Apa Dimaksudkan Dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2?

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2
Menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 ini, beberapa ketetapan termasuk larangan keluar rumah akan diperketatkan. Juga dinyatakan adalah had atau tempoh waktu operasi premis perniagaan yang dipendekkan.

13 Ketetapan Dalam PKP Fasa 2

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2
Berikut adalah ketetapan kerajaan dan pihak berkuasa dalam penguatkuasaan PKP Fasa 2 ini:

  1. Semua premis perniagaan yang menjual keperluan harian termasuk Pasaraya dan Pasar Awam hanya dibenarkan beroperasi dari jam 8:00 pagi sehingga 8:00 malam.
  2. Restoran dan kedai makan boleh beroperasi dari 8:00 pagi hingga 8:00 malam - hanya untuk take-away.
  3. Operasi Stesen Minyak diterhadkan beroperasi dari jam 8:00 pagi hingga 8:00 malam.
  4. Perkhidmatan Penghantaran Makanan (Delivery) dibenarkan beroperasi dari jam 8:00 pagi hingga 8:00 malam.
  5. Waktu operasi pengangkutan awam dihadkan antara 6:00 pagi hingga 10:00 pagi dan 5:00 petang hingga 10:00 malam sahaja.
  6. Kenderaan persendirian hanya dibenarkan di antara jam 6:00 pagi sehingga 10:00 malam, termasuk perkhidmatan E-Hailing dan teksi.
  7. Semua kenderaan persendirian hanya dibenarkan seorang sahaja iaitu pemandu kecuali waktu kecemasan.
  8. Pengangkutan komersial membabitkan barangan keperluan seperti makanan dan perubatan digalakkan beroperasi dari 7:00 malam sehingga 7:00 pagi.
  9. Aktiviti riadah dan sosial tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian.
  10. Kelonggaran diberi kepada golongan Autism dan Kurang Upaya (OKU) untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar dan ini tidak dibenarkan secara berkumpulan.
  11. Kerajaan memutuskan harga siling topeng muka iaitu RM1.50. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau pematuhan harga siling baharu ini. 
  12. Menggalakkan rakyat untuk berbelanja secara online.
  13. Digalakkan atau elakkan daripada bersemuka dengan penghantar barang/makanan.



Walaupun beberapa peraturan diperketatkan oleh kerajaan dalam PKP Fasa 2 ini, ianya tidak sama dengan perintah darurat mahupun total lockdown. Ia juga tidak sama dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikenakan terhadap beberapa kawasan 'merah' di Malaysia.

Apa yang jelas, untuk memastikan PKP Fasa 2 dilaksanakan dengan berkesan, kita akan dapat lihat lebih banyak sekatan jalanraya dibuat oleh PDRM serta ATM. Tangkapan juga akan dibuat kepada mereka yang masih berdegil untuk mematuhi arahan.

[Dah Baca?] Polis Terengganu Keluar Arahan Untuk Lakukan Sistem Penggiliran Nombor Pendaftaran Kenderaan semasa KPK Fasa 2

Rakyat Malaysia masih lagi dibenarkan untuk keluar rumah, pergi ke pasaraya dan sebagainya; tetapi mestilah memenuhi ketetapan yang telah dinyatakan dalam PKP Fasa 2.

Jom sama-sama patuhi arahan yang dikeluarkan dalam PKP Fasa 2 ini. Sesungguhnya apa yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk memastikan kesihatan seluruh rakyat dijaga dan kesejahteraan terus dipelihara.

Lagipun, selain PKP Fasa 2 ini, kerajaan juga telah umumkan PRIHATIN yang akan membantu banyak golongan yang terkesan termasuklah golongan M40, yang terjejas dari segi pendapatan kerana pematuhan PKP.

[Dah Baca?] Semakan dan Cara Membuat Permohonan Bantuan Prihatin Nasional B40/M40

Rakyat Malaysia perlu bersama dengan kerajaan, jika tidak gelombang baharu wabak Covid-19 akan berlaku lebih dasyat dan bakal melihatkan lebih banyak kes serta kematian di dalam negara.

Sama-sama #kitajagakita

Kredit: Visual Infografik dari HelloKerja

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement