Inilah kerisauan ramai pakar-pakar perubatan seluruh dunia, iaitu pesakit disahkan positif Covid-19, tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala atau simpom. Ini bermakna, pesakit yang ada Covid-19 tidak ada tanda batuk, selsema, demam mahupun sesak nafas. Mereka menjadi agen penyebar Covid-19 yang sangat merbahaya.

Menerusi beberapa laporan akhbar, semalam (1 April 2020), negara China telah merekodkan sebanyak 1,300 kes positif Covid-19, dimana mangsa terbabit tidak menunjukkan sebarang gejala atau simptom pandemik berkenaan (asymptomatic)

Pesakit Positif Covid-19 Tetapi Tanpa Simptom (Asymptimatic) - Bahaya Yang Perlu Ramai Tahu

Covid-19 Positif Tetapi Tiada Simptom
Pesakit Positif Covid-19 Tetapi Tanpa Simptom

Pendedahan oleh negara China ini telah mencetuskan kebimbangan yang sangat tinggi terutama di kalangan rakyatnya yang sebelum ini kelihatan lega kerana jumlah kes positif Covid-19 yang dilaporkan semakin menurun.

Laporan akhbar juga mendedahkan, kebanyakan kes baharu di China ini adalah merupakan kes import iaitu datang dari luar daerah China.

Pesakit positif Covid-19 yang tiada simptom ini atau dikenali sebagai asymptomatic boleh dianggap sebagai pembawa dan penyebar virus tanpa sedar. Ia secara senyap menjangkiti orang lain akibat daripada pergaulan serta sentuhan.

Tiada Batuk, Demam, Selsema, Sakit Tekak Tetapi Positif Covid-19

Pesakit positif Covid-19 asymptomatic ini tidak menunjukkan sebarang simptom yang tipikal seperti demam, batuk, susah bernafas. Malahan mereka tiada rasa sakit tekak atau selsema, apatah lagi simptom lain yang berkaitan seperti sakit-sakit badan.

Mereka nampak seperti normal, walhal virus ini sedang duduk bertapa di dalam tubuh pesakit.

[Dah Baca?] Tips dan Panduan Elak Risiko Covid-19 Kepada Anak-Anak

[ads id="ads1"]
Menurut rakan saya iaitu Dr Khairul Faizie, pihak Centers for Disease Control and Prevention (CDC) menganggarkan bahawa asymptomatic transmission boleh menyumbang ke tahap setinggi 25% kes positif Covid-19.

"Malah, daripada data-data yang direkodkan sebelum ini, memang terdapat pesakit yang tidak menunjukkan sebarang simptom ketika mereka disahkan positif. Mereka disahkan positif setelah dilakukan ujian saringan dan pengesahan secara klinikal.

Contohnya dalam kes penumpang kapal layar Diamond Princess, dari 700 lebih yang diuji positif, 46% dari jumlah ini tiada sebarang gejala semasa mereka diuji. Dari jumlah yang asymptomatic ini pula, ada pecahan yang dipanggil 'pre-symptomatic ', iaitu semasa diuji positif mereka tiada simptom, namun beberapa hari selepas itu baru menunjukkan simptom.

Dan yang pre-symptomatic ini pula ramai yang hanya menunjukkan 'mild to moderate symptoms ' sahaja, iaitu simptom biasa-biasa (seperti demam batuk yang biasa).

[Dah Baca?] Ujian Pengesahan Covid-19 Secara Drive-Thru Kini Boleh Didapati di Nilai Medical

Semua Orang Perlu Pakai Face Mask dan Buat Penjarakkan Sosial!

Menurut Dr. Khairul Faizie lagi, atas alasan wujudnya asymptomatic inilah, pihak kerajaan mengikut saranan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan semua orang, bukan sekadar para barisan hadapan pencegahan Covid-19 supaya perlu memakai penutup hidung dan mulut atau face mask sentiasa.

Perkembangan ini juga menguatkan alasan agar amat penting sekali untuk kita semua melakukan Penjarakkan Sosial dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.



Kita tidak tahu siapa pembawa virus Covid-19, apatah lagi sudah ada fakta serta bukti (yang dinyatakan China) bahawa terdapat ribuan kes positif yang asymptomatic. Ini bermakna, pemakaian face mask serta penjarakkan sosial bukan hanya untuk yang ada tanda-tanda, tetapi juga buat mereka yang sihat.

Mereka yang nampak sihat ini kemungkinan boleh menjadi asymptomatic carrier.

Keluhan Dr. Khairul Faizie di dalam statusnya lagi ...
"Andaikata saya bukan doktor, saya sudah pasti tak kisah duduk terperap di rumah. Saya amat pelik tengok manusia yang dibayar gaji penuh, dan disuruh buat kerja mudah -- stay at home, namun susah sangat mereka ini nak patuhi. Bukannya tiada internet, TV di rumah, bukan suruh stay at cave (duduk dalam gua)."

Menerusi perkongsian Dr. Khairul Faizie lagi ... berikut adalah pesanan daripada beliau ...

Pesanan Dr. Khairul Faizie

Buat mereka yang pakai cermin mata, anda dikira menerima perlindungan tambahan untuk elak jangkitan menerusi mata. Jika anda baru balik daripada mana-mana tempat, kembali ke rumah, pastikan anda basuh cermin mata anda.

Pesanan Dr. Khairul Faizie mengenai keperluan pakai face mask

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. that's why I refrained myself from going home because I'd rather not take the risk and endanger the people around me.

    BalasPadam
  2. kalau boleh x nak keluar umah langsung tp kena juga gi beli brg keperluan dapur dan buang sampah tu.

    BalasPadam
  3. Tadi dengar news yang tiada gejala tak perlu guna mask sebab mask dah kekurangan stok.
    Apa-apa pun yang tiada keperluan untuk keluar tu duduk ajelah kat rumah diam-diam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sihat tak perlulah pakai, tapi kalau memang dah positif Covid ni, walaupun tak nampak ada batuk ke .. demam ke .. memang sah kena pakailah.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement