Penyakit Covid-19 telah berada pada satu fasa baharu apabila ianya dilabel sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ini berikutan Covid-19 telah menular ke lebih 100 buah negara merentasi benua.

Covid-19 adalah merupakan strain baharu koronavirus yang sebelum ini tidak pernah dikenalpasti. Berdasarkan kepada info terkini berkaitan Covid-19 ini, penyakit ini merebak atau mudah dijangkiti menerusi sentuhan serta titisan pernafasan.

Infografik Covid-19

Infografik Kementerian Kesihatan Berkaitan Covid-19
Covid-19 mula diketahui muncul di daerah Wuhan, China pada pertengahan Disember 2019. Apabila mula ditemui, ianya dikenali sebagai nCoV-2019 atau novel-Koronavirus. Awalnya, ia melibatkan kelompok warga China tempatan yang menderita akibat keradangan paru-paru tanpa sebab yang jelas.

Ia kemudian dikaitkan dengan pekerja yang bekerja di Pasar Borong Makanan Laut Huanan. Dipercayai ia berpunca dari haiwan eksotik yang 'sakit' yang dijual sebagai hidangan.

Saintis China mendapati bahawa nCov-2019 atau Covid-19 memiliki sekurang-kurangnya 70 peratus keserupaan dalam susunan genom kepada penyakit SARS-CoV yang melanda dunia sebelum ini. Malah, kajian daripada saintis dunia juga mendapat bukti serta mencadangkan bahawa Covid-19,  MERS-CoV, dan SARS-CoV berpunca dari kelawar.

[Dah Baca?] 4 Perkara Penting Perlu Tahu Mengenai Virus ZIKA

Gejala Covid-19 termasuk demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas. Penyakit yang tiada penawar setakat ini boleh membawa maut seandainya tidak mendapat rawatan yang sepatutnya. Ia sangat berisiko terutama kepada golongan yang mempunyai penyakit yang lain dan juga kepada warga emas.

Bagi memastikan maklumat berkaitan Covid-19 adalah tepat, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan beberapa sumber untuk mendapatkan fakta terkini Covid-19 ini. Sumber utama yang boleh dirujuk adalah menerusi laman web rasmi KKM khusus berkaitan Covid-19 iaitu di http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan

[Baca Juga] Sumber Rasmi KKM Berkaitan Penyakit Covid-19

Selain itu, saya juga ingin berkongsi beberapa infografik yang telah disediakan oleh pihak KKM berkaitan pandemik Covid-19 ini terutama di Malaysia.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!

Advertisement