Borang permohonan i-Lestari KWSP. Alhamdulillah, saya telah selesai membuat permohonan pengeluaran wang Akaun 2 KWSP menerusi i-Lestari. Pengeluaran i-Lestari adalah bertujuan meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang kini sedang terhimpit dengan penularan wabak Covid-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengeluaran wang KWSP menggunakan permohonan i-Lestari adalah dibenarkan selepas Perdana Menteri mengumumkannya menerusi pakej rangsangan ekonomi terbaru yang disebut sebagai PRIHATIN.

Cara Membuat Permohonan Pengeluaran i-Lestari Menggunakan Borang

Permohonan Pengeluaran i-Lestari Menggunakan Borang
Pengeluaran wang KWSP dari akaun 2 ahli menerusi i-Lestari adalah tertakluk dengan syarat yang telah ditetapkan, iaitu merupakan warga negara Malaysia berumur bawah 55 tahun, baki minima di akaun 2 sebanyak RM50 dan mesti mempunyai akaun bank yang aktif.

Permohonan i-Lestari ini boleh dilakukan mulai 1 April 2020 sehingga 30 April 2020. Anda boleh membuat permohonan menerusi tiga (3) cara iaitu menerusi laman web KWSP (akaun Ahli), menerusi aplikasi percuma i-Akaun dan juga permohonan menggunakan borang dan dihantar menerusi email/pos.



Sebelum ini, saya dah tunjukkan cara nak membuat permohonan i-Lestari ini menggunakan laman web i-Akaun, namun ada di kalangan ahli KWSP yang mempunyai capaian internet yang terhad sehingga menyukarkan untuk membuat permohonan secara online.

[Baca] Cara Melakukan Permohonan Online Pengeluaran i-Lestari Menerusi i-Akaun

Muat-Turun Borang Permohonan Pengeluaran i-Lestari

Untuk itu, salah satu cara alternatif untuk membuat permohonan pengeluaran wang i-Lestari KWSP adalah menerusi penghantaran borang permohonan.

Borang permohonan tersebut hendaklah dicetak dan diisi oleh pemohon dan kemudian menghantarnya menerusi email ataupun pos. Permohonan menerusi borang permohonan i-Lestari ini mestilah disertakan dengan dokumen-dokumen lengkap yang dikehendaki.

Berikut adalah borang permohonan i-Lestari KWSP




Anda boleh muat-turun borang permohonan di atas dengan klik 'save-as' di bahagian penjuru atas atau klik 'pop-out'. Ia akan buka dokumen di atas menerusi Adobe Reader.

Anda juga boleh muat-turun borang permohonan pengeluaran i-Lestari ini menerusi capaian di bawah:

Anda dikehendaki untuk membaca arahan disediakan di dalam borang permohonan i-Lestari ini. Pastikan dokumen yang diperlukan disertakan sekali sebelum anda menghantar permohonan.

Penghantaran Borang Permohonan i-Lestari

Borang permohonan pengeluaran i-Lestari ini boleh dihantar melalui salah satu cara berikut:
  1. Email: ilestarimohon@epf.gov.my
  2. Pos ke alamat: KWSP, Beg Berkunci No. 220, Jalan Sultan, 46720 Petaling Jaya
  3. Melalui serahan di kaunter setelah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat dan kaunter KWSP telah dibuka semula.

Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Pengeluaran i-Lestari

Soalan Lazim Pengeluaran Wang i-Lestari KWSP

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya belum lagi cuba nak buat..

    moga berjaya untuk buat nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Tips Lulus Temuduga

Advertisement


Lubuk Bundle

CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement


Rahsia Kerja di Singapura