Pandemik Covid-19 memang agak merisaukan. Penyakit ini telah merentasi benua dan melibatkan lebih 100 buah negara termasuklah Malaysia. Kerisauan terhadap Covid-19 memuncak kerana jumlah kematian akibat virus korona baharu ini mendadak naik terutama di luar negara China.

Jumlah kes Covid-19 naik sebanyak 13 kali ganda dalam tempoh dua minggu. Ia sangat cepat di sebalik segala usaha yang dilakukan untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Senarai Hospital Terlibat Dengan Proses Pengesanan dan Pencegahan Covid-19

Penyakit kategori pandemik memang menakutkan. Sejarah pernah mencatatkan dua pandemik yang telah mengakibatkan banyak kematian. Paling dasyat adalah Black Death atau Maut Hitam.

Pandemik Maut Hitam ini telah meragut jutaan nyawa di negara-negara benua Asia serta Eropah. Pandemik yang berlaku pada kurun ke-14 hingga kurun ke-17 ini telah melenyapkan dua pertiga penduduk dunia ketika itu, ianya berpunca dari kuman penyakit kutu iaitu Yersinia pestis. Penyakit ini dibawa oleh tikus dan merebak sangat cepat.


Jadi, apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai satu pandemik, ia sekaligus memberikan gambaran bahawa penyakit ini bakal memberi impak buruk yang tidak mampu dibayangkan.

Pun begitu, walaupun penyakit ini tiada vaksin atau ubat khusus untuk merawatnya, pesakit positif Covid-19 dilaporkan boleh sembuh sepenuhnya dengan mendapat rawatan yang betul, selain pemantauan yang rapi oleh pihak berkuasa hospital.

Ketika post ini ditulis oleh saya, sebanyak 32 pesakit Covid-19 di Malaysia telah pulih sepenuhnya daripada 158 kes yang disahkan (rujuk web KKM).

Sungguhpun terdapat petunjuk positif, ini tidak bermakna orang ramai perlu kurang prihatin dan kurang penekanan terhadap langkah-langkah pencegahan Covid-19 ini. Ia sepatutnya diambil serius malah sangat dialu-alukan mana-mana individu yang mempunyai tanda dan siptom seperti batuk, demam dan sukar bernafas mendapat kepastian dan pengesahan di hospital yang terlibat.

Anda boleh mendapatkan pengesahan dan melakukan screening untuk Covid-19 di hospital-hospital kerajaan disenaraikan di bawah ini. (Sila klik imej untuk paparan lebih jelas)

Senarai Hospital dan Makmal Kesihatan Awam Untuk Pengesanan dan Pengesahan Covid-19

senarai hospital terlibat Covid-19
senarai hospital terlibat Covid-19
senarai hospital terlibat Covid-19

Untuk makluman juga, setakat post ini ditulis, negara-negara berikut iaitu Itali, Iran, Korea Selatan, Sepanyol, Peranchis dan Amerika Syarikat adalah antara negara-negara yang mencatatkan kematian Covid-19 tertinggi di luar negara China.

Jadi, sebagai langkah tambahan untuk mengelakan penularan pandemik Covid-19, wajib dielakkan untuk ke negara-negara tersebut.

Bagaimana Proses Pengesanan Covid-19 Dilakukan?



3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Semoga Allah jauhkan kita semua daripada penularan wabak penyakit ni, aamiin

    ReplyDelete
  2. minta dijuahkan dan dalam sama yang sama kita perlu jaga kesihatan serta sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga

    ReplyDelete
  3. itulah dah terhantuk baru nak terngadah, kenapa tak diambil langkah pencegahan awal-awal, kerajaan dulu lembab buat keputusan... inilah akibatnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle