Koronavirus Tiada Penawar, Apa Patut Anda Buat?

Koronavirus Tiada Penawar, Apa Patut Anda Buat?


Koronavirus atau lebih tepat lagi novel Coronavirus (n-Coronavirus) adalah virus baharu yang sebelum ini tidak dikesan menjangkiti manusia. Sepertimana variasi virus Korona yang lain, ia mendatangkan simptom demam, batuk, selsema kepada pengidapnya.

Ia menjadi wabak satu dunia apabila sudah lebih 10 negara dijangkiti wabak Koronavirus ini yang dipercayai berasal serta bermula dari penduduk daerah Wuhan, China. Daripada beberapa sumber, ramai yang mengatakan daerah ini sangat terkenal dengan makanan eksotik selain tahap kebersihan yang sangat rendah di kalangan penduduknya.

Tiada Ubat, Vaksin Untuk Koronavirus

Wuhan China
Koronavirus tiada penawar khusus. Tiada vaksin yang boleh digunakan. Tiada ubat untuk penyembuhan segara akibat jangkitan Koronavirus ini.

Malah, dari segi simptom penyakit, ia amat biasa seperti demam dan batuk sebelum tiba ke peringkat kritikal melibatkan keradangan paru-paru yang akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Coronaviruses (CoV) are a large family of viruses that cause illness ranging from the common cold to more severe diseases such as Middle East Respiratory Syndrome (MERS-CoV) and Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS-CoV). A novel coronavirus (nCoV) is a new strain that has not been previously identified in humans.


Kes pertama wabak ini dipercayai bermula pada 31 Disember 2019.

Menurut TheVocket, terdapat satu kertas kajian yang telah diterbitkan oleh Journal Of Medical Virology, wabak yang sedang melanda Tanah Besar China ini adalah berpunca daripada daging binatang di pasar eksotik di Wuhan.

Ia menambah bahawa kes penyebaran wabak ini berlaku di antara binatang ke manusia dan mula berjangkit dari orang ke orang – kertas kajian menyebut penyebaran wabak ini mungkin bermula dari ular kepada manusia.

Beberapa hari lalu, pegawai kesihatan China telah mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana di sana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik.

Antara haiwan-haiwan yang terdapat di pasar basah tengah bandar Wuhan ini adalah musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak, unta dan banyak lagi.

Virus yang telah menyebabkan lebih daripada 100 kematian ini telah memasuki Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan, Thailand, Korea Selatan dan juga Amerika Syarikat. Setakat ini telah diberitakan menghampiri 6000 kes dikenal-pasti adalah dari n-Koronavirus ini.

Langkah-Langkah Untuk Elak Wabak Koronavirus Tersebar dan Dijangkiti

Tiada penawar. Jadi perkara penting untuk mengelakkan terkena jangkitan virus adalah dengan mengamalkan kebersihan. Berikut adalah tips yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dalam menangangi wabak seperti n-Koronavirus ini.
Koronavirus Tiada Penawar, Apa Patut Anda Bua
Prevention for spreading coronavirus


Kesimpulan untuk memastikan diri dan keluarga selamat dari ancaman wabak seperti Koronavirus ini adalah:
  1. Jaga kebersihan diri pada tahap maksimum. Gunakan pencuci tangan atau hand-sanitizer sekerap mungkin dan bersihkan tangan anda dengan sabun pembasmi kuman selama paling kurang 10-20 saat.
  2. Jangan buang sampah merata-rata terutama sekali tisu yang telah digunakan pada mulut dan tangan, tuala pakai-buang. Basuh tangan anda selepas menggunakan tisu ini, atau selepas bersin dan batuk.
  3. Gunakan penutup mulut (mask) jika anda batuk, selsema.
  4. Dapatkan rawatan di klinik dan hospital jika anda demam, batuk atau selsema yang teruk. Ingat kembali perjalanan anda sebelum terkena sakit untuk memudahkan pengesanan punca sumber penyakit.
  5. Elakkan keluar di tempat awam serta berisiko tinggi, terutama untuk kanak-kanak.
  6. Jika anak anda batuk, demam, selsema atau ada tanda simptom tidak sihat, elakkan bawa ke nursery atau sekolah. Ini bagi memastikan ia tidak berjangkit kepada kanak-kanak lain yang mungkin berisiko lebih tinggi.
  7. Masak makanan dengan betul. Basuh dahulu dengan baik. Jika anda batuk atau selsema, gunakan penutup mulut. Elakkan beli makanan daripada premis yang tidak pasti akan kualiti kebersihannya.


Doa Agar Terhindar Dari Penyakit Berbahaya Seperti Koronavirus

Bagi umat Islam, anda bolehlah membaca salah satu daripada doa berikut untuk elakkan dari tekena penyakit berbahaya seperti yang telah diamalkan oleh Imam Syafie:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ وَبِاللهِ وَلاَ حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ اُسْكُنْ أَيُّهَا اْلوَجَعُ سَكَنْتُكَ بِالَّذِيْ يُمْسِكُ السَّمَاءَ أَنْ تَقَعَ عَلَى اْلأَرْضِ إِلَّا بِإِذْنِه إِنّ اللهَ بِالنَّاسِ لَرَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ،

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dengan nama Allah, tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Meredalah, wahai rasa sakit, aku meredakanmu dengan Dia yang menggenggam langit agar tidak jatuh menimpa bumi kecuali atas izin-Nya. Sesungguhnya Allah kepada manusia Maha Lembut dan Maha Penyayang."

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ وَبِاللهِ ، بِسْمِ اللهِ وَبِاللهِ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ اُسْكُنْ أَيُّهَا اْلوَجَعُ سَكَنْتُكَ باِلَّذِيْ يُمْسِكُ السّمَوَاتِ وَاْلأَرْضَ أَنْ تَزُوْلاَ إِنَّه ُكَانَ حَلِيْمًا غَفُوْرًا

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dengan nama Allah, tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Meredalah, wahai rasa sakit, aku meredakanmu dengan Dia yang menggenggam langit dan bumi agar keduanya tidak tergelincir. Sesungguhnya Dia Maha Penyantun dan lagi Maha Pengampun."




Post a Comment

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com