Maktab Rendah Sains Mara adalah antara sekolah menengah kategori elit (pada pandangan saya) kerana menempatkan ramai pelajar yang hebat dalam akademik. Untuk keputusan SPM 2019, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah melakar prestasi memberangsangkan apabila seramai 938 orang pelajarnya yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 telah memperoleh keputusan 9A.

Daripada laporan akhbar tempatan, didapati seramai 7,586 calon dari 54 buah MRSM menduduki SPM 2019 dan berjaya mencatatkan keputusan 100 peratus lulus semua matapelajaran.

Senarai Ranking MRSM 2020 Bersandarkan Result SPM 2019

Senarai Ranking MRSM 2020

Daripada keputusan SPM 2019 ini, lima buah MRSM telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dengan Gred Purata Maktab (GPM) kurang daripada 2.0, iaitu MRSM Tun Ghafar Baba, MRSM Taiping, MRSM Langkawi, MRSM Kubang Pasu dan MRSM Parit.


Senarai Ranking 54 MRSM Malaysia - SPM 2019 

Berikut adalah ranking terkini kesemua 54 MRSM yang terdapat di Malaysia, bersandarkan kepada keputusan SPM 2019 dan pengiraan gred purata maktab.

Senarai Ranking MRSM Terbaik 2020 - SPM 2019

Keputusan SPM 2019 secara keseluruhannya adalah cukup baik, malah lebih baik berbanding dengan keputusan SPM pada tahun sebelumnya.

Dengan adanya senarai ranking MRSM terkini 2020 ini akan membantu dan menjadi panduan kepada ibubapa untuk menghantar atau membuat permohonan kemasukan ke MRSM di masa akan datang. Seharusnya kejayaan yang dicapai oleh para pelajar MRSM ini menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah lain termasuklah SMKA dan juga Sekolah Berasrama Penuh.

Tahniah kepada anak-anak yang berjaya dengan keputusan cemerlang SPM 2019.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nampaknya anak saya berada di MRSM yang kedua corot di Malaysia

    BalasPadam
  2. yg dok ranking rendah kena tingkatkan usaha..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement