Sejak menularnya wabak novel-Coronavirus (2019-nCoV), terdapat dua benda yang selama ini hanya biasa-biasa kini mendapat permintaan yang agak tinggi di pasaran. Benda atau produk yang saya maksudkan ialah topeng muka dan juga hand sanitizer.

Akibatnya, terdengar rungutan daripada orang ramai yang harga dua produk ini melonjak daripada biasa terutama harga topeng muka yang sebelum ini dijual pada harga serendah RM0.10 sekeping di sesetengah pasaraya, kedai runcit dan juga farmasi.

Harga Siling Topeng Muka (Surgical/Medical) di Malaysia

Harga Siling Topeng Muka (Surgical/Medical) di Malaysia
Harga topeng muka, terutama jenis surgical-mask with ear loop dua lapisan telah naik sehingga RM1.00 sehelai di sesetengah tempat. Kenaikan ini adalah disebabkan kekurangan bekalan dan ianya menjadi sukar didapati terutama di kedai farmasi.

Sejak penularan wabak novel-Coronavirus, topeng muka surgical-mask menjadi antara produk terhangat di pasaran setelah berakhirnya isu jerubu sedikit masa dahulu. Ia menjadi antara pilihan pengguna kerana harganya yang lebih murah.
Surgical Face Mask for 2019 n-CoV

Malah, ia antara topeng muka yang senang dan mudah didapati, malah ianya ada dijual secara online, samada secara runcit mahupun dijual secara pukal dengan harga borong. Topeng muka jenis surgical-mask ini boleh didapati di Lazada dan juga Shopee dengan harga serendah RM0.20 sejak wabak novel-Coronovirus mengancam penduduk dunia.


Berikutan ada segelintir peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga topeng muka ini, maka pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar bagi membendung hal ini.

Kenyataan Media/Akhbar oleh KPDNHEP Berkaitan Harga Siling Topeng Muka

Berikut adalah kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh KPDNHEP berkaitan harga siling topeng muka yang telah ditetapkan.



Berikutan penetapan harga siling dikeluarkan menerusi kenyataan KPDNHEP ini, maka pihak Shopee yang merupakan salah satu laman web shopping online di Malaysia telah juga mengeluarkan satu kenyataan berkaitan harga siling ini.

Pihak Shopee mengingatkan semua penjual yang menjual produk kesihatan terutama topeng muka bahawa kerajaan telah menetapkan harga siling maksimum untuk produk tersebut dan meminta semua peniaga online terlibat untuk menetapkan harga secara munasabah kerana topeng muka telah menjadi satu keperluan asas bagi semua berikutan wabak novel-Coronovirus.

Manakala, mana-mana pelanggan Shopee yang terlibat atau ternampak ada mana-mana penjual menjual harga topeng muka secara tidak munasabah, boleh membuat laporan kepada pihak Shopee menerusi aplikasi Shopee di telefon masing-masing.

Berdasarkan kenyataan KPDNHEP, harga siling untuk topeng muka adalah seperti berikut:

Harga Siling Topeng Muka di Malaysia


Mana-mana penjual yang menjual harga topeng muka melebihi harga siling yang telah ditetapkan, mereka boleh didakwa di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (bagi sebarang perlakuan menaikkan harga borong atau runcit topeng muka secara tidak munasabah)

Sebarang perlanggaran di bawah peruntukan Akta ini bagi kesemua jenis topeng muka yang dinyatakan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti berikut:
  1. Indidividu: boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000.00 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.00; dan
  2. Syarikat: boleh didenda sehinga RM500,000.00 atau dikompaun sehingga RM250,000.00

Sememangnya sesuatu yang tidak wajar dilakukan oleh peniaga yang cuba mengaut keuntungan berlipat kali ganda atas sesuatu perkara yang telah menjadi satu ketakutan buat semua. Apatah lagi apabila topeng muka merupakan salah satu cara untuk mengelak dan mengekang wabak novel-Coronovirus ini terus merebak.

[Baca] Tips dan Panduan Elak Penularan Wabak Novel-Koronavirus (2019 n-CoV)

Perkembangan Wabak di Malaysia

Untuk pengetahuan, wabak ini sudah pun menjadi semakin serius apabila keseluruhan daerah dan jajahan negara China disahkan dan dilaporkan telah terkena wabak ini. Malah, telah ada kes di mana warganegara Malaysia telah sah serta positif mengidap novel-Coronavirus ini.

Pesakit ini kini sedang dikuarantin dan dirawat di Hospital Kerajaan.

Wabak n-Coronavirus di Malaysia
Semakin membimbangkan ialah, warganegara Malaysia tersebut telah berhubungan dengan sanak-saudara yang lain ketika sambutan perayaan Tahun Baharu Cina baru-baru ini. Dan pihak berwajib terutama KKM dan juga Polis Diraja Malaysia sedang menjejaki mereka yang terlibat untuk tujuan saringan serta pengesanan.

Setakat ini, sudah ada 636 kematian di China akibat novel-Coronavirus, dan 1 kematian dilaporkan di Hong Kong dan juga Filipina, menjadikan setakat post saya ini ditulis sudah ada 638 kematian disebabkan oleh novel-Coronavirus.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. alhamdulillah harapnya semua penjual topeng muka patuh dengan arahan pihak berkuasa :)

    BalasPadam
  2. memang kena pakai sentiasa, kes coronavirus di malaysia pun makin meningkat. sangat seram!

    BalasPadam
  3. Nampaknya hikmah dari coronavirus ini telah melariskan bisnes topeng muka..

    BalasPadam
  4. mmg laku keras topeng muka sekarang ni.. yg dulunya payah nak laku..

    BalasPadam
  5. kalau pergi dikawasan rmai org mesti kena pakai. nasib sempat beli aritu..peniaga2 ada jgk amik kesempatan atas kekurangan stok ni utk naikkan harga

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement