Kuala Razila, Gopeng. Buat mereka yang sukakan sukan ekstrem atau lebih tepat lagi sukan lasak air seperti White Water Rafting; tentu pernah dengar nama tempat ini. Ia merupakan antara lokasi terbaik di Malaysia untuk merasai keseronokan sukan air ekstrem. Malah, ia menjadi sebutan penggemar aktiviti white water rafting di luar negara.

Kali akhir saya ke lokasi Kuala Razila ini ialah semasa saya menjadi wakil media untuk kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM2014). Saya merasai untuk menginap bersama rakan media lain di Homestay Sungai Itek yang menjadi pintu masuk ke Kuala Razila.

Singgah Sebentar di Kuala Razila, Lokasi Terkenal Dengan White Water Rafting

Kuala Razila, Gopeng Kampar
Baru-baru ini, saya bersama anak-anak saya telah berkesempatan untuk singgah sebentar ke tempat ini setelah sekian lama. Kebetulan pada waktu ni, isteri saya ada mesyuarat di Kampar. Jadi, nak hilangkan rasa bosan tak buat apa dalam bilik hotel, saya bawalah anak-anak ke sini.

Tiada perancangan apa-apa. Cuma nak bawa anak-anak melihat tempat ini, yang popular sebagai lokasi white water rafting di Malaysia. Setidaknya mereka dah tahu dan pernah pergi. Yelah, tak jauh kot dari kampung Opah mereka di Batu Gajah.


Jalan nak ke Kuala Razila ni memang mencabar.

Sebaik sahaja melalui Kg Sungai Itek, nak ke lokasi memerlukan anda melalui jalan denai yang sempit, curam dan berliku. Ia bukan satu pemanduan yang mudah. Memang perlu alert dan berhati-hati apatah lagi apabila perlu berselisih dengan kenderaan lain.

Wajah anak-anak saya nampak sedikit pucat apabila setiap kali selekoh saya perlu membunyikan hon. Risau takut ada kenderaan lain di hadapan terutama di selekoh yang agak bahaya dengan tebing curam.

Perjalanan masuk ke dalam Kuala Razila dari Kg Sungai Itek tu, lebih kurang dalam 15-20 minit.

Kuala Razila, Gopeng Kampar
Sebaik sahaja sampai, saya terus minta anak-anak saya keluar untuk melihat persekitaran dan jeram yang ada. Memang cantik kawasan jeram di Kuala Razila ni.

Cuma, nasib kami agak kurang baik kerana kawasan yang menuju ke kawasan landai jeram ditutup. Jadi tak dapatlah saya nak bawa ke kawasan yang pernah menjadi tempat saya mandi-manda ..... huhu. Tapi, awas ... ia tak berapa sesuai kalau nak bawa anak-anak kecil, apatah lagi deruan air sungai agak laju.

Ia juga adalah antara lokasi permulaan untuk melakukan aktiviti ekstrem seperti berkayak dan water rafting.

Kuala Razila, Gopeng Kampar
Kuala Razila, Gopeng Kampar
Kuala Razila, Gopeng Kampar


Kami habiskan masa lebih kurang 15 minit. Tak boleh lama disebabkan cuaca agak mendung, takut hujan .. memungkinkan jadi sukar nak memandu melalui jalan berliku keluar dari Kuala Razila.

Dan nak dijadikan cerita ....

Sebaik sahaja nak keluar, bertembung pula dengan sebuah lori besar.

Nak tak nak, saya terpaksa reverse Nissan Serena. Nasib baik ada kamera belakang, sedikit sebanyak membantu saya. Gugup gak sebab tebing di sebelah agak curam ke bawah, dan laluan pula agak sempit.

Nasib baik ada lorong di hadapan yang membolehkan lori tersebut untuk menyimpang masuk sementara kami bebaskan diri dari laluan.

Fuh.

Anak-anak saya memang dah cuak dah.

Alhamdulillah, selamat keluar dari Kuala Razila dan Kg Sungai Itek.

Sebaik sahaja berada di jalan utama, anak-anak minta untuk pulang ke hotel. Lapar.

Bila sampai je hotel, pengalaman tu diceritakan pada isteri saya yang tidak pernah lagi ke Kuala Razila. Mungkin lain kali kerana di Kuala Razila ada beberapa chalet penginapan selain daripada Homestay Gopeng yang terletak di Kampung Sungai Itek.

Sebenarnya ada banyak lagi lokasi jeram di sepanjang sungai ini. Jika anda ke Kuala Razila, ada peta yang menunjukkan lokasi-lokasi jeram ini. Buat mereka yang kaki sukan ekstrem, saya fikir ... mereka pasti takkan melepaskan peluang mencuba.

Kuala Razila, Gopeng Kampar
Kuala Razila, Gopeng Kampar
Habis cerita pasal persinggahan sebentar saya di Kuala Razila ini.

Esoknya tu, isteri saya ajak ke Bandar Agacia, yang sebelum ini viral di media sosial kerana keunikan senireka dan 'warna' bandar tersebut. :)

Oh ya, sebenarnya sebelum saya bawa anak-anak ke Kuala Razila ni, saya bawa anak-anak singgah sebentar ke sebuah Ladang Gaharu - antara terbesar di Malaysia. Nanti saya cerita di lain post ya.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. lamanya tak pergi berkelah dgn fam bam. rindu plak

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    BalasPadam
  2. subhanallah. cantiknya jeram tu ^_^

    BalasPadam
  3. best kalau pergi bercuti dikelilingi alam semulajadi

    BalasPadam
  4. Cantiknya jeram...lama x mandi jeram ni...kalau aktiviti water rafting mmg x join la..SA penakut..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement