Jumlah Keseluruhan Trafik Blog Tahun 2019

Jumlah Keseluruhan Trafik Blog Tahun 2019


Dah lebih 2 minggu tahun 2019 melabuhkan tirainya. Rasanya saya masih boleh mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2020 buat semua pembaca blog ini, terutama yang dah lama menjadi followers dan telah menjadi sebahagian pembaca tegar sejak blog ini beroperasi pada tahun 2010.

Syukur alhamdulillah, dengan nikmat rezeki Allah S.W.T kurniakan menerusi blog ini, saya masih bertahan menguruskan blog ini selama lebih 9 tahun. Satu pencapaian dalam dunia blog Malaysia terutama untuk blog personal yang tidak pernah diimpikan.

Jumlah Keseluruhan Pageviews Blog Untuk Tahun 2019

Blog pakar seo malaysia hasrulhassan.com
Kalau ikutkan ramai dah rakan blogger saya yang dah tinggalkan dunia blog Malaysia. Ada yang menjadi selebriti, ada yang membuka perniagaan jenama sendiri dan ada yang bersara untuk menumpukan kepada kerja hakiki yang mereka ada.

Beza dengan saya yang masih lagi menjadikan blog sebagai sumber pendapatan utama sejak bergelar blogger sepenuh masa.


Rezeki Allah Maha Luas. Saya tak pernah menyesali menulis blog. Saya tak menyesal menjadikan blog sebagai sumber income. Walaupun pernah melalui waktu-waktu perit dan sempit, alhamdulillah dengan sokongan keluarga serta rakan-rakan blogger dan juga pembaca setia blog ini, saya berjaya melaluinya di sebalik pengorbanan yang besar.

Tahun 2019 meninggalkan banyak memori. Ada sesetengahnya saya kongsikan di dalam blog ini.

2 Juta PV Untuk Tahun 2019



Tahun 2019 juga antara tahun terbaik untuk saya sebagai penulis blog dan juga sebagai online marketer. Pendapatan menerusi blog juga meningkat dari tahun-tahun sebelumnya. Syukur kepada Allah S.W.T yang memberikan kekuatan, ilham, ilmu, kesihatan dan nyawa kepada saya.

Andai tidak kerana sifat rahmat Allah, pastinya blog ini tidak mampu kekal sehingga ke hari ini.

Untuk tahun 2019, jumlah trafik blog juga agak baik.
Jumlah hits blog hasrulhassan 2019

Secara puratanya, blog ini berjaya merekodkan jumlah paparan (pageviews) lebih daripada 200,000 PV sebulan. Hasilnya, jumlah keseluruhan PV direkodkan untuk tahun 2019 adalah sebanyak 2,835,140 PV.

Walaupun gagal memecahkan rekod PV, namun pencapaian seperti ini memang sesuatu yang saya tidak sangka. Apatah lagi apabila melihatkan jumlah terbitan artikel atau posting tidak sebanyak sebelum-sebelum ini.

Angka demikian dicapai dek kerana artikel-artikel evergreen yang dikongsi semula menerusi media sosial terutama menggunakan teknik yang dikongsikan menerusi 105 Template Headline Padu yang ditulis oleh saudara Hafiz Mansor.

[Dah Baca?] Cara Mudah Untuk Hasilkan Headline Penulisan dan Iklan Yang Padu!

Menerusi template yang ada di dalam ebook (dalam bentuk Microsoft Words), saya telah menggunakannya untuk memperoleh jumlah trafik yang agak tinggi menerusi perkongsian semula artikel lama blog ini di Facebook.

Saya kongsikan di beberapa group niche yang ada kaitan dengan topik artikel blog saya tu sehingga ia menarik minat ahli group untuk baca, like dan kongsikan dalam group serta whatsapp. Alhamdulillah.

Memang ada banyak teknik dan cara untuk menaikkan trafik blog andai tahu cara betul melakukannya. Nak buat dengan betul, pastilah dengan menggunakan ilmu panduan daripada mereka yang dah berjaya melakukannya.

[Dah Baca?] Artikel berkaitan Tips Blogging

Buat rakan blogger yang masih mencari cara nak menaikkan trafik blog yang semakin hari semakin sendu, bolehlah cuba menggunakan teknik atau Template Headline Padu yang dah tersedia tu. Saya sendiri dah menggunakannya dan alhamdulillah, berjaya memberikan kesan yang positif untuk jumlah trafik blog ini.

Hmm ...

Apabila dah masuk tahun 2020, usia kita juga semakin meningkat dan pada masa yang sama .. tempoh hidup kita di dunia juga semakin berkurang.

Sentiasalah ingat akan apa yang akan berlaku di pengakhiran kita kelak. Sebab, ia mungkin akan menjadi penyebab untuk anda menulis dengan lebih baik dalam blog anda. :)

Selamat Tahun Baharu 2020. Terima kasih semua atas sokonngan selama ini.

Untuk jumlah trafik setiap bulan sepanjang 2019 boleh semak di sini - Statistiks.


Post a Comment

2 Comments

  1. Tahniah tuan. Tak rugi berblog. Kerana dengannya kita dapat menulis apa yang terbuku dan berkongsi ilmu dengan umum. Inilah dinamakan salah satu bebas kewangan.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com