bisnes shopee
Sejak saya pulang dari trip memancing di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu .. saya tertarik dengan seluar yang dipakai oleh Pok Jak, salah seorang teman (otai) memancing yang turut bersama. Ia bercorak celoreng, agak senteng dan sesuai dipakai kalau masuk hutan.

Seluar tu, menurut Pok Jak adalah seluar jubah. Asalnya ianya seluar dipakai bersama jubah. Tetapi ia kemudian diperluaskan kegunaan dan diberikan corak. Memang potongannya bercawat lebar dan senteng, iaitu panjang seluar tidak melebihi paras buku lali kaki.

Beli Seluar Jubah dan Baju Pancing di Shopee

Bila dah tertarik dengan seluar yang nampaknya selesa untuk orang seusia saya, jadi saya pun carilah di laman web shopping online popular iaitu Shopee. Wahhh tak sangka seluar jubah memang banyak dijual.

Harganya pula tidak melebihi RM30 sepasang. Malah, ada yang dijual dengan harga di bawah RM20.




 
Saya dah dapatkan dua pasang seluar jubah ini, sekali dengan baju pancing yang sebelum ini saya dah pun beli di Shopee, direct dari local seller. Mahal la skit tetapi masih berbaloi. Barang lebih cepat sampai kalau beli menerusi local ni di Shopee dari seller China.

Alhamdulillah, saya sangat suka dengan pembelian dua pasang seluar jubah dan juga sehelai baju pancing.

[Dah Baca?] Lubuk Siakap Merah di Kampung Baharu, Ayer Tawar

Kalau anda mencari baju pancing yang best, dan seluar jubah yang selesa dipakai untuk apa jua keadaan, termasuklah untuk disesuaikan dengan baju pancing .. maka boleh cuba cari di Shopee ya.

Seluar ni ada banyak corak dan ada juga yang plain color. Terserah dan terpulang dengan citarasa.

Manakala untuk baju pancing, ada banyak corak. Kainnya pun sedap dan sesuai untuk pemancing yang kadangkala terpaksa berjemur tengah panas. Ada yang jenis hoodie. :)

Komen Anda

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Panduan Shopee