Ehemm .. saya sebenarnya peminat produk Tefal. Kalau anda sedia maklum, saya memang suka memasak di dapur, lebih-lebih ketika isteri dan emak saya tiada di rumah. Yeszza .. leh check menu masakan saya di ruangan resepi ya.

Tefal, satu jenama yang cukup terkenal dari Peranchis. Ia menawarkan produk perkakasan dapur yang berkualiti. Tefal, adalah singkatan dari TEFlon dan juga ALuminium. Tefal dimiliki oleh Groupe SEB.

Beli Set Cookware Tefal dari Shopee

Cookware Tefal Beli Di Shopee
Sejak saya mula menggunakan produk Tefal, terutama periuk dan kuali memasak yang asalnya saya dapat secara percuma menerusi pembelian peralatan elektrik ... saya terus 'jatuh cinta' dengan jenama ini.

Tak pasti apa kelebihan pada jenama Tefal ini, tetapi apabila saya menggunakannya untuk memasak, ia semacam menjadikan lebih seronok untuk memasak. Serius ni. Macam ada tarikan tersendiri.


Mungkin dari segi penampilan?

Mungkin dari segi ciri-ciri yang ada?

Saya tak tahu pun apa yang lainnya daripada cookware jenama lain. Yang saya tahu, ia adalah Tefal. Satu jenama mengeluarkan cookware yang berkualiti dari Peranchis! Haha .. rasanya semua orang tahu akan kelebihan pada jenama ini.

[Dah Baca?] Rahsia Peniaga Shopee Buat Jualan Gila-Gila

Saya dapat rasakan ramai surirumah yang idamkan set periuk dan peralatan memasak berkualiti terbaik daripada jenama Tefal.

Jika dulu, kena pergi ke Padang Besar atau Pulau Langkawi untuk dapatkan cookware Tefal original dengan harga murah, sekarang tidak perlu lagi. Anda kini boleh beli set Tefal idaman anda secara online, terutama menerusi Shopee.

Tefal Cookware from French


Tefal Cookware from French
Saya baru-baru ini telah beli satu set cookware Tefal menerusi laman web shopping Shopee. Uhh tentunya saya beli ketika ada jualan dan promosi Shopee. Kalau tak harganya adalah di luar kemampuan. Kalau mampu pun, kena banyak fikir sebelum membeli - samada keperluan atau kehendak.

Memang best.

Bila dapat, saya teruja terus sahaja 'simpan' periuk dan kuali lama yang dah nampak uzur. Saya tak buang periuk lama, sebab ia masih boleh digunakan untuk kegunaan lain kelak.

Cookware Tefal
Buat anda yang teringin memiliki set periuk dan kelengkapan dapur jenama Tefal, bolehlah terus ke Shopee dan buat sahaja carian produk .. in Sha Allah akan jumpa beberapa seller Shopee yang menjual produk Tefal dengan harga berpatutan.

Nak lebih jimat, bolehlah shopping ketika Shopee ada buat kempen jualan, in Sha Allah berbaloi.

Hmm .. cuma kena hati-hati dengan scammers Shopee yang kadangkala boleh memerangkap pelanggan yang ingka ... huhu.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tefal ni memang bagus. Ada je beberapa buah cookware die. Memang best guna

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement