Rahsia Seller Shopee Dapat Jualan Berganda-Ganda Gunakan Followers

Rahsia seller Shopee. Hari ini saya nak berkongsi satu ilmu berkaitan berniaga dan menjual barang di Shopee. Mungkin ada yang dah tahu mengenai rahsia penjual-penjual di Shopee ni. Tetapi tak salah rasanya saya berkongsi tips ini .. manalah tahu kot-kot ada seller di Shopee yang masih belum menggunakan rahsia ini untuk mendapat jualan berganda-ganda.

Dalam kedai online di Shopee, ada satu tools yang disediakan untuk seller, iaitu ruangan followers atau pengikut. Tools ini bukan suka-suka pihak Shopee sediakan. Ia ada gunanya kalau tahu cara nak menggunakannya-lah.

Followers - Rahsia Peniaga Shopee Tingkatkan Jualan Berganda-Ganda

Rahsia lariskan jualan di Shopee
Jika anda masuk ke dalam Shopee, perasan tak yang seller berlabel "preferred seller" adalah merupakan penjual atau kedai yang mempunyai bilangan pengikut yang ramai! Ramai penjual di Shopee yang bersikap acuh-tak-acuh je dengan tools ini, walhal ia boleh berikan impak sangat besar dalam melariskan jualan.

Walaupun jumlah followers atau pengikut yang ramai bukan menjadi syarat untuk menjadi "preferred seller"; tetapi dengan adanya ramai followers ini .. ia sebenarnya satu senjata rahsia para seller untuk buat jualan dan keuntungan yang besar menerusi Shopee.


Pengikut Akan Menerima Update Terbaru

Rahsia lariskan jualan di Shopee
Dalam Shopee, ada ruangan feed. Feed ini adalah khas dan khusus untuk kegunaan para followers kedai terbabit. Setiap kali kedai atau seller kemaskini berkaitan produk yang mereka jual di Shopee, ruangan feed ini akan dikemaskini secara automatik untuk pengetahuan para followers.

Kemaskini boleh dibuat samada melakukan perubahan harga produk, deskripsi produk atau apa jua berkaitan produk yang dijual. Semua maklumat ini akan muncul di ruangan feed para pengikut.

Ini antara senjata rahsia seller dengan menggunakan tools followers dan juga feed. Sangat mujarab untuk tingkatkan sale jika menjual produk yang berbentuk keperluan dan pakai-habis.

[Dah Baca?] Nak Mula Niaga di Shopee, Tetapi Tiada Produk? Baca Ni ..

Bakal Pelanggan Menaruh Kepercayaan Tinggi

Rahsia lariskan jualan di Shopee
Mempunyai jumlah followers kedai di Shopee seolah memberi signal kepada bakal pembeli bahawa kedai Shopee tersebut dipercayai dan mempunyai ramai pelanggan. Kepercayaan inilah yang akan membantu seller untuk meningkatkan jualan tanpa susah payah melakukan iklan langsung.

Bakal pelanggan akan lebih percayakan kedai yang mempunyai followers yang ramai berbanding kedai Shopee yang cuma ada beberapa kerat followers. Samada sedar atau tidak, ada di antara pembeli akan melihat kriteria ini sebelum membuat keputusan untuk membeli.

[Dah Baca?] Video Tutorial Cara Melakukan Dropship di Shopee


Selain daripada melihat kepada jumlah followers yang ramai, pembeli juga akan lihat pada jumlah produk yang telah terjual, selain masa atau tempoh yang diperlukan untuk menghantar barang yang dipesan.

Ada bukti menunjukkan seller yang ada followers yang ramai turut mempunyai kadar pembatalan urusniaga yang rendah. Sekaligus, kepercayaan kepada seller semakin meningkat.... walaupun masa untuk penghantaran barang seller tersebut dikelaskan sebagai lambat!!

Persaingan Dikurangkan

Rahsia lariskan jualan di Shopee
Tahukah anda, bagi seorang penjual yang baharu nak berjinak berniaga di Shopee, salah satu langkah awal sebelum menjual ialah dengan mengenal-pasti persaingan yang ada. Ia langkah paling penting apatah lagi kalau mahu menjual produk yang serupa atau dalam niche yang sama.

Selain daripada harga ditawarkan, penjual baharu akan melihat kepada jumlah followers yang dimiliki oleh pesaing yang telah ada di Shopee. Pastinya mereka akan berasa gusar bila dapat tahu dan kenalpasti yang pesaing mereka (iaitu anda) mempunyai jumlah followers yang ramai.

Pada hemat fikiran mereka, tentu susah mahu bersaing menjual produk yang serupa. Jadi, mereka akan beralih untuk menjual produk yang lain - melainkan mereka dapat menawarkan harga yang jauh lebih murah daripada pesaing tersebut.


Pun begitu, sebagai seller yang dah ada ramai followers, kelebihan masih menyebelahi kedai anda.

Andai mereka mengambil keputusan untuk tidak menjual produk yang sama, pastinya persaingan terhadap produk yang anda jual akan berkurangan, lalu dapat meningkatkan lagi nilai jualan kedai Shopee anda.

Kesimpulan

Jadi, daripada 3 tips di atas, maka dapat disimpulkan bahawa ... keperluan untuk menambah followers di kedai Shopee anda adalah penting dan boleh dijadikan sebagai senjata sulit untuk melariskan produk yang anda jual.

Rahsia lariskan jualan di Shopee
Usaha untuk dapatkan followers kedai anda. Caranya ialah:
  • Follow seller lain.
  • Minta pembeli untuk jadi followers dan tinggalkan komen bernas di ruangan disediakan (review produk).
  • Beri diskaun khas untuk followers kedai Shopee anda - minta mereka print-screen tunjukkan mereka dah follow.
  • Sentiasa aktif di Shopee, samada sebagai seller ataupun buyer.

Jika anda nak tahu lebih banyak tips dan rahsia berniaga di Shopee ini, boleh gunakan rujukan dan panduan yang banyak disediakan oleh mereka yang dah berjaya buat sales di Shopee ini, antaranya menerusi pakej ebook Bisnes Shopee, hasil perkongsian saudara John Jenin.



Gunakan panduan tersebut untuk bantu anda lebih faham bagaimana nak berjaya menjadi penjual di Shopee, salah satu platform beli-belah paling popular dan digemari rakyat Malaysia waktu ini.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda yang mahu mula berniaga di Shopee, dan juga untuk rakan peniaga Shopee yang masih lagi lesu dalam membuat jualan yang memberansangkan.

Cubalah tips di atas ya, dan gunakan panduan yang saya syorkan tu, in Sha Allah.

Post a Comment

1 Comments

  1. Menarik info ini.. So far konsep jual-beli di Shopee mudah dikendalikan dan mesra pengguna..

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com