Ancaman Coronavirus begitu menakutkan. Ramai rakyat China, terutama di daerah Wuhan - asal ancaman wabak ini telah dikuarantin dan telah ada lebih daripada 100 kematian (setakat ini). Malah, daerah Wuhan yang menjadi punca bermulanya wabak Coronavirus telah menjadi daerah darurat dan berbahaya kepada semua.

Wabak ini masih lagi tiada penawar dan tiada vaksin untuk menyekat penyebaran wabak ini yang boleh menyebabkan kematian.
Koronavirus Malaysia

Malaysia, antara negara yang terkesan daripada wabak Coronavirus ini. Sudah ada kes dicatatkan yang datangnya dari pelancong China yang bercuti di Johor. Ini menjadikan Malaysia negara yang ke 11 terlibat dan terjebak dengan ancaman Coronavirus.

Wabak ini pula, samada kebetulan atau tidak, ianya bermula dan berlaku di saat jutaan orang terutama di China sedang melakukan persediaan untuk sambutan Tahun Baharu Cina. Sempena dengan cuti panjang Tahun Baharu Cina, ramai warga negara China keluar bercuti menyaksikan banyak perjalanan berlaku termasuklah perjalanan melancong ke luar negara.


Selain daripada manusia, berlaku juga pertambahan transaksi dalam pembelian barangan dan produk sempena jualan Tahun Baharu Cina.

Laman web Shopee dan Lazada Malaysia, antara laman web sehopping popular di Malaysia yang terkesan secara tidak langsung daripada wabak Coronavirus ini.

Kena Sembur Dettol Sebelum Terima Barang dari China?

Coronavirus viral Malaysia
Ramai pengguna mula rasa takut dan risau andai Coronavirus mampu tersebar menerusi sentuhan pada barangan dan produk yang datangnya dari China. Kerisauan ini menjadi-jadi apabila tular gambar yang menunjukkan bahawa ada pembeli barangan di Taobao (salah satu web shopping China popular) menggunakan semburan Dettol untuk menyembur bungkusan produk dari China.

Coronavirus Malaysia Health Ministry
Kemudian, tular pula kenyataan daripada Kementerian Kesihatan bahawa adanya keperluan sebagai langkah berhati-hati untuk sanitize produk dan barangan yang datangnya dari China.

Kenyataan Shopee Berkaitan Wabak Coronavirus

Akibat daripada kerisauan ini, maka pihak Shopee Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan atau lebih kepada panduan kepada pengguna dan pembeli di Shopee. Kenyataan ini keluar di laman Twitter rasmi Shopee Malaysia.

Shopee Jamin Barang China Selamat Coronavirus


Daripada kenyataan Shopee ini, terdapat sedikit kelegaan kepada para pengguna Shopee yang gemar mendapatkan harga barangan murah datang dari China ini. Ia nyata dijelaskan bahawa semua produk dan barangan yang dibeli dari China akan melalui proses tertentu untuk memastikan ianya selamat.

Tetapi, dari segi pendapat peribadi sayalah, adalah lebih baik .. stop dulu beli barangan daripada China ini terutama menerusi laman web online seperti Shopee, Lazada, Taobao, 1688 dan sebagainya. Setidak-tidaknya, kekang sikit nafsu membeli-belah secara online ni... huhu.

Sekali lagi, adalah penting untuk sentiasa berwaspada dan berhat-hati. Amalkan cara kehiduapan yang BERSIH dan SIHAT. Pastikan amalan kebersihan menjadi keutamaan dalam menjalani sebarang aktiviti baik di dalam rumah atau di luar rumah.

Sumber: Twitter Shopee Malaysia, FB KL吹水站,

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement