Notis MAPS Perak Ditutup - Tiada Lagi Taman Tema Animasi di Perak!

Movie Animation Park Studios (MAPS) kini ditutup mulai 28 Januari 2020 setelah lebih 3 tahun beroperasi di Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak. Buat sesetengah orang, ramai yang menjangkakan perkara ini bakal berlaku, terutama mereka yang telah beberapa kali pergi ke MAPS termasuklah saya sekeluarga.

MAPS Perak adalah merupakan taman tema animasi pertama di Asia Tenggara. Ia dibina dengan kos lebih RM520 Juta dengan tarikan utama permainan mencabar ketakutan selain menampilkan karektor animasi dalam beberapa persembahan pentas dan juga zon hiburan khas untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

MAPS Perak Ditutup - Notice of Closure Dikeluarkan

Notis penutupan taman tema animasi MAPS Perak.
Saya dan keluarga sudah lebih lima kali berkunjung dan merasai pengalaman yang ada di dalam MAPS Perak ini sejak ianya dibuka secara rasmi pada 2017. Pada awal - ketika mula-mula dibuka, MAPS Perak sudah pun berhadapan dengan beberapa masalah.

Kali terakhir saya dan keluarga ke MAPS Perak adalah pada sekitar Disember 2018. Sempat juga bawa anak sedara merasai pengalaman menyeronokkan di situ.

Itupun disebabkan pass masuk ke MAPS nak capai tarikh tamat tempoh. Jadi, tak mahu rasa rugi, kami ke MAPS dengan gunakan pass yang ada untuk kali kelima.

Untuk pengetahuan, saya membayar sebanyak RM180 (dewasa) dan RM150 (kanak-kanak) seorang untuk Pass Perak ini, yang sah lakunya adalah selama setahun. Menerusi Pass Perak ini, saya dan keluarga boleh menikmati pass masuk percuma tanpa had siang dan malam.

MAPS Perak Sesuai Untuk Kanak-Kanak Semata

Notis MAPS Perak Ditutup
Pertama kali buat anak-anak ke MAPS Perak memang mengujakan pada mereka. Tetapi sebagai ibubapa, saya merasakan MAPS tidak lebih sebagai satu tempat hiburan keluarga ala funfair yang perlu dibayar over-charged.

Banyak tarikan dalam MAPS adalah sesuai untuk kanak-kanak sahaja. Manakala, makanan yang dijual di dalam MAPS agak mahal, tidak berbaloi jika bawa keluarga besar. Jadi, pengunjung agak teragak-agak untuk berbelanja di dalam MAPS.

Masalah MAPS - Mungkin Jadi Punca Penutupan

Bercakap soal masalah yang pernah berlaku pada MAPS mengikut pengamatan saya .. hmm .. ada banyak sebenarnya .. huhuhu.

Antara masalah awal yang pernah berlaku pada MAPS ialah kelewatan pembukaan taman ini untuk orang ramai. Ia ditangguh beberapa kali. Malah kad Pass Perak yang saya sekeluarga miliki perlu dibuat sekali lagi dan dikemaskini.

Waktu ini, saya dah andaikan yang MAPS Perak sudah mula alami kerugian apabila ada di antara 'pelanggan' utama kecewa dan membatalkan pass tahunan yang telah ditempah sebelum ini - ketika majlis promosi MAPS.

[Dah Baca?] Pengalaman Berkunjung ke MAPS Perak

Kekecewaan pengunjung MAPS makin bertambah dan semakin ramai yang merasakan MAPS kurang menarik apabila ada beberapa segmen/zon hiburan yang menjadi tarikan sebelumnya itu belum lagi dibuka kepada pengunjung.

Malah, ketika saya dan keluarga antara terawal masuk ke MAPS ini, dah ada beberapa lokasi dalam zon tertentu masih lagi dalam proses 'pembaikan' dan ujian. Excited tapi last kecewa duka. Aduh.

Kami ni datang dekat je .. mungkin kecewa tu tak perit sangat. Bagaimana dengan mereka yang datang dari Johor? Melaka? Negeri Sembilan? Kedah? Pantai Timur? Bagaimana dengan pelancong asing yang nak tahu keistimewaan MAPS?

Datang Jauh Bayar Mahal



Mana taknya, dari jauh datang masuk MAPS ... bayar lebih RM100 tetapi tak dapat nak merasai keseluruhan zon hiburan di dalamnya. Ia menghampakan ramai, sehingga banyak review dan komen negatif ditinggalkan di laman sosial rasmi MAPS termasuklah page rasmi MAPS itu sendiri.

Bukan itu sahaja, ada beberapa isu lain juga timbul setelah pembukaan rasmi MAPS ini.

Notis MAPS Perak Ditutup

Walaupun ianya telah dibuka secara rasmi dan mempunyai sehingga lima zon hiburan ... ia tidak dapat nak memaksimakan tarikan akibat masalah teknikal, tidak semua zon beroperasi sempurna, kurang promosi menarik pelanggan, kurang tarikan untuk golongan dewasa dan persembahan yang berulangan - tiada yang baharu terutama untuk zon movie 4D.

Selain itu, MAPS yang separa terbuka ini turut dipengaruhi oleh keadaan cuaca.

Jika hujan, permainan luaran sudah pasti tidak dapat nak beroperasi atas faktor keselamatan. Waktu panas pula, keadaan di dalam MAPS memang boleh membuatkan anda berpeluh selain kurangnya lokasi untuk ibubapa bersantai.

Jarak antara lokasi zon juga agak jauh. Golongan warga emas memang tak mampu nak berjalan jauh.


Masalah lain yang ada pada MAPS adalah berkaitan dengan pengurusan. Saya dapat tahu ada beberapa masalah berkaitan pembayaran royalti jenama yang terlibat dalam pembinaan MAPS Perak ini. Ada masalah hutang dan macam-macam lagi.

MAPS Perak sebenarnya telah diambil-alih sebelum ini oleh Kerajaan Negeri Perak menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) disebabkan kerugian dan masalah hutang.

Atas banyak masalah yang belum dapat diselesaikan inilah, yang akhirnya membuatkan pihak pengurusan baharu MAPS Perak membuat keputusan untuk menutup operasi MAPS Perak ini bermula 28 Januari 2020.

Selama mana tempoh penutupan tidak dijelaskan. Samada ianya ditutup sepenuh dan selamanya, tidak dapat dipastikan.

Dari sumber akhbar, Pengerusi Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing berkata, penutupan berkenaan atas persetujuan bersama pihak bank dan Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Post a Comment

8 Comments

  1. sayangnya. pada saya tempat tu menarik. cuma tu lah kan, pasti tak lari daripada masalah :(

    ReplyDelete
  2. Kami tak merasa perginlg.. sbb lastvyear cuti hujung tahun konon nak pergi tp ditutup sekejap.. balik br ni igt nak pergi tp xdpt juga sbb anak2 tak sihat.. plan cuti sekolah bulan 3 naknpergi tp xjuga merasa

    ReplyDelete
  3. mujur abe kie x pi sana lagi. cuma dgr drp org lain je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kalau bawa anak-anak pergi ... memang derang akan bercerita.

      Delete
  4. Kalau mengikut laporan, MAPS ini rugi RM 5 juta setiap bulan. Kerajaan negeri tak sepatutnya buka taman tema. Ini patut kerja/pelaburan swasta.

    ReplyDelete
  5. saya belum jejak kaki ke sini lagi, tahu-tahu dah tutup huhu

    ReplyDelete
  6. haritu Cikza cuma lalu sahaja, nampak suram sangat, tau2 dah tutup..

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com