Panduan Temuduga Kerja Kerajaan
Anda pernah tiba tak di Jeti Sungai Semeling Sungai Merbok, berdekatan Sungai Petani, Kedah? Rupanya, tempat ini adalah lokasi utama jika nak tahu selok-belok tempat percutian menarik di negeri Kedah. Di jeti ini, ada Kompleks Pelancongan yang dibina untuk kunjungan pelancong luar dan tempatan.

Selain menjadi tempat rujukan bagi mengetahui apa yang menarik di negeri Kedah, ia juga ada kompleks pameran berkaitan keunikan yang ada di sekitar Sungai Merbok, memperlihatkan pelbagai spesies fauna dan flora.

Lawatan Santai Di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling Sungai Merbok

Kompleks Pelancongan Jeti Semeling
Baru-baru ini, saya dan famili berkesempatan untuk melihat apa yang menarik tersedia di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling Sungai Merbok ini. Segalanya adalah ad-hoc. Tak rancang pun.

Disebabkan ada urusan penting di Pejabat Imigresen Sungai Petani, kami ambil keputusan untuk bermalam di Sungai Petani; yang membolehkan kami sekeluarga untuk mencari tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Sungai Petani, bermula dengan lawatan singkat ke Lembah Bujang.

Ehemmm ya ... sempat singgah di Lembah Bujang selepas tahu bahawa urusan di Pejabat Imigresen perlu mengambil tempoh lebih 24 jam - kerana masalah teknikal.

Cerita mengenai apa yang ada kat Lembah Bujang tu, saya akan cerita di dalam post percutian yang lain ya.

Apa Ada di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling?

Untuk post ini, saya nak kongsikan apa yang ada di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, di pingiran Sungai Merbok yang banyak kesan sejarah negeri Kedah.

Kompleks Pelancongan Jeti Semeling
Kawasan ini memang agak luas. Kompleks pelancongan yang didirikan mengandungi 3 bangunan pameran utama, selain dewan dan juga sebuah kedai cenderamata. Galeri pameran terdiri dari galeri berkaitan sejarah, galeri mengenai fauna dan flora di sepanjang Sungai Merbok dan juga galeri berkaitan batuan unik yang ada di Kedah.

Oh ya, memang ada jeti untuk bot-bot berlabuh di sini. Ianya menawarkan perkhidmatan menyusuri Sungai Merbok kepada pengunjung dan pelancong yang datang ke sini. Selain tu, ia adalah antara lokasi para pemancing mendapatkan khidmat tekong untuk memancing ke tengah laut.

[Dah Baca?] Menjejaki Ikan Kelah Merah di Sungai Keniam, Taman Negara Pahang

Depan kompleks ini, ada satu binaan yang unik yang dah jarang ditemui. Ianya adalah Gok Arang. Ianya tempat di mana pokok kayu bakau diproses untuk dijadikan kayu arang sebagai bahan api. Pengunjung boleh masuk ke dalam Gok Arang yang dibina menggunakan batu bata merah.

Yang menarik perhatian saya mengenai Gok Arang Sungai Merbok ini ialah bagaimana batu bata itu disusun sehingga menjadi binaan bentuk kubah. Jadi, arkitek yang awal membina Gok Arang ini pastinya seorang yang sangat mahir dan teliti sehingga berupaya membina satu tempat yang mampu memproses kayu bakau menjadi kayu arang.

Kompleks Pelancongan Jeti Semeling


Kompleks Pelancongan Jeti Semeling
Kompleks Pelancongan Jeti Semeling
Ciri penting yang terdapat pada Kompleks Pelancongan Jeti Semeling ini ialah adanya laluan pejalan kaki yang menyusuri hutan paya bakau yang ada di sekitar jeti. Ia mengujur ke arah sungai.

Di akhir laluan, ada lapangan untuk bersantai dan menikmati keindahan yang ada di Sungai Merbok. Ruang sangat luas, dan didirikan juga pelantar untuk pengunjung.

Oh ya, walaupun lokasi ini sangat promosing untuk kaki pancing menjerat Siakap, tetapi ianya adalah merupakan kawasan larangan memacing. :)

Gambar-Gambar Sekitar Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Sungai Merbok

Ok. Meh tengok beberapa gambar sekitar Kompleks Pelancongan Jeti Semeling ini ..

Kompleks Pelancongan Jeti Semeling
Kompleks Pelancongan Jeti Semeling


Kompleks Pelancongan Jeti Semeling
Kompleks Pelancongan Jeti Semeling
Kompleks Pelancongan Jeti Semeling
Ini pula beberapa gambar dalam galeri pameran yang terdapat di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling ini, ada Galeri Sejarah Kedah Tua, Galeri Flora dan Fauna , Galeri Aktiviti Perdagangan selain informasi berkaitan lokasi-lokasi dan tempat menarik di Kedah.
Kompleks Pelancongan Jeti Semeling
Kompleks Pelancongan Jeti Semeling
Kompleks Pelancongan Jeti Semeling
Kompleks Pelancongan Jeti Semeling
Kompleks Pelancongan Jeti Semeling
Kompleks Pelancongan Jeti Semeling
Kompleks Pelancongan Jeti Semeling
Kompleks Pelancongan Jeti Semeling
Kompleks Pelancongan Jeti Semeling


Kompleks Pelancongan Jeti Semeling
Kompleks Pelancongan Jeti Semeling
Kompleks Pelancongan Jeti Semeling
Bagi yang meminati sejarah Kuala Muda terutama berkaitan Kerajaan Kedah Tua, bolehlah dapatkan serba sedikit info mengenainya di Kompleks Pelancongan ini. Anda juga boleh ketahui mengenai kepelbagaian haiwan dan tumbuhan yang ada di sepanjang Sungai Merbok dan juga Kuala Muda.

Ada di antaranya, saya pasti anda tidak pernah mengetahui dan mengenalinya. Sangat bagus untuk mereka yang minat bidang Geografi dan juga Sains.

Selain kompleks pameran, laluan dan platform bersantai, berdekatan dengannya ada restoran makanan. Jauh sikit ada lapangan untuk kaki pancing menduga apa yang ada di dalam Sungai Merbok.

Ada booth tempat bertanyakan lokasi menarik lain di Kedah ... betul-betul di tengah-tengah lapangan kawasan kompleks ini. Di situ, info pelancongan boleh anda dapati dengan mudah.

Orait, itu sedikit sebanyak perkongsian saya mengenai Kompleks Pelancongan Jeti Semeling ini. Jika anda kebetulan berada sekitar Sungai Petani, bolehlah ke sini dan rasai pengalaman sendiri.

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Saya pun belum sampai lagi ke sini. Haha

    ReplyDelete
  2. best, tingin nak gi jenjalan kedah plak

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak datang sini. Dulu masa kecik-kecik balik dari tanjung dawai jalan-jalan mesti singgah sini

    ReplyDelete
  4. AS SALAM, DH BESAR SI PENGENGAM HAMSTER.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya

Dropship USD