Kadar tol lebuhraya PLUS baharu selepas diskaun 18% mulai 1 Februari 2020. Rasanya ramai telah sedia maklum akan kesediaan dan keputusan kerajaan untuk menurunkan kadar tol lebuhraya di Malaysia pada kadar 18 peratus.

Penurunan kadar tol ini akan bermula tengah malam 1 Februari melibatkan Lebuhraya PLUS termasuk Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP)

Kadar Baharu Tol PLUS Mulai 1 Februari 2020

jadual kadar tol PLUS Diskaun 18 peratus
Ini merupakan satu berita gembira untuk lebih 1.7 juta pengguna lebuhraya di Malaysia. Ia pasti akan memberikan impak jangkamasa panjang terutama kepada mereka yang sering menjadikan laluan lebuhraya sebagai laluan utama seharian.

Penurunan kadar bayaran tol ini akan dilaksanakan bagi semua Kenderaan Penumpang (Kelas 1), Teksi (Kelas 4) dan Bas (Kelas 5) dan kekal sehingga tamat konsesi. Manakala, bayaran tol bagi lori (Kelas 2 & 3) akan kekal pada kadar sedia ada dan tidak akan dinaikkan sehingga tamat Konsesi PLUS pada tahun 2058.


Jadual Kadar Tol Baharu PLUS Mulai Februari 2020

Sebagai panduan am untuk pengguna, berikut adalah kadar baharu tol kendalian PLUS selepas diskaun 18% seperti diumumkan oleh kerajaan:

jadual kadar tol PLUS Diskaun 18 peratus
jadual kadar tol PLUS Diskaun 18 peratus
Berikut adalah jadual kadar bayaran tol untuk sistem tol terbuka bagi kelas 1, 4 dan 5. Ia melibatkan Plaza Tol Mambau, Kubang Semang dan juga Tambak Johor.

jadual kadar tol PLUS Diskaun 18 peratus
jadual kadar tol PLUS Diskaun 18 peratus

Jadual Bayaran Tol Plaza Tol Tanjung Kupang (Diskaun Tambahan)

Selain itu, Plus juga mengumumkan kepada pelanggan yang menggunakan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) akan turut menikmati penurunan tol tersebut sebagai tambahan kepada diskaun waktu luar puncak yang sedia ada bagi semua Kenderaan Penumpang (Kelas 1) serta Teksi (Kelas 4) dan Bas (Kelas 5).



Jadual Kadar Bayaran Tol Jambatan Pulau Pinang (Diskaun Tambahan)

Penurunan tol ini juga akan dilaksanakan untuk Kenderaan Penumpang serta Teksi (Kelas 2) dan Bas (Kelas 3, 4 dan 5) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang. Bagi kenderaan Kelas 2 dan mereka yang bekerja di Pulau Pinang yang berdaftar dengan PLUS pula akan menikmati penurunan 18 peratus tersebut sebagai tambahan kepada diskaun 20 peratus yang sedia ada.


Kenyataan dari PLUS ini turut menyatakan:

PLUS juga akan menggiatkan usahanya membantu meringankan kos hidup rakyat dan memainkan peranannya sebagai Rakan Negara dalam menyokong usaha-usaha Kerajaan untuk terus memberi manfaat dan impak yang positif kepada Rakyat.

Sebagai tambahan, anda boleh menyemak kadar bayaran tol semasa menerusi aplikasi yang telah dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Aplikasi hanya boleh digunakan menerusi laman web berikut - http://kadartol.llm.gov.my/


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement