Setiap kali musim perayaan, mesti ramai yang akan menggunakan lebuhraya untuk pulang bercuti di kampung. Untuk info terdapat hampir 30 konsesi lebuhraya di Malaysia, yang kebanyakkannya tu berada di Lembah Klang.

Antara lebuhraya utama yang digunakan ramai pengguna jalanraya terutama di musim perayaan adalah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Leuhraya KL- Karak, serta Linkedua dan Jambatan Pulau Pinang.

Cara Semak Kadar Tol Lebuhraya Malaysia Tanpa Download App

Cara Semak Kadar Tol Lebuhraya Malaysia Tanpa Download App
Apabila menggunakan lebuhraya ni, tentu sekali aspek penting yang nak tahu ialah jumlah kadar tol yang dikenakan oleh setiap lebuhraya. Kalau jenis yang pentingkan bajet perjalanan, mesti nak tengok dengan teliti kadar tol yang dikenakan, hatta diberikan diskaun oleh pihak konsesi dan kerajaan.


Nak tahu tak cara semak kadar tol lebuhraya di Malaysia? Aha, saya nak kongsikan cara mudah dan cepat untuk anda tahu berapa kadar tol yang perlu anda bayar atau sediakan supaya perjalanan anda jadi lancar di musim perayaan.

Bila dah tahu kadar tol yang perlu dibayar untuk sekian-sekian perjalanan, maka bolehlah buat bajet dan rancang perjalanan di musim perayaan.

Bila merancang perjalanan ni, in Sha Allah .. tak adalah stress sangat nanti .. hehe.

Ia juga penting supaya kita boleh buat persediaan awal-awal untuk top-up Touch n Go tu. Jangan dah kena hon dengan maki dari belakang baru nak tambah nilai kad Plusmiles atau Touch n Go tu.

So, macamana caranya tu?

Aha .. anda klik je pautan ini - http://kadartol.llm.gov.my/

Lepas tu pilih je mana-mana senarai hampir 30 lebuhraya yang ada di Malaysia ni. Sistem tol di Malaysia ada dua, satu tol tertutup (ada masuk dan keluar) dan satu lagi sistem tol terbuka (bayar masa masuk sahaja).

Kalau jenis tol tertutup, anda kena pilih plaza tol masuk dan juga plaza tol keluar, kemudian ia akan paparkan kadar tol ikut jenis kenderaan, selain jarak perjalanan.
Cara Semak Kadar Tol Lebuhraya Malaysia Tanpa Download App
Kalau jenis tol terbuka, anda cuma perlu masukkan plaza tol masuk sahaja. Untuk jenis ni, tak ada jarak dipaparkan.
Cara Semak Kadar Tol Lebuhraya Malaysia Tanpa Download App

Cara semak kadar tol lebuhraya ni tidak memerlukan anda untuk muat-turun apa-apa aplikasi. Anda cuma perlu buka laman web - http://kadartol.llm.gov.my/ ini dan pilih lebuhraya yang disenaraikan.

Saya harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh pengguna lebuhraya di Malaysia .. :)

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. lawa template yang baru ni..loading pun laju..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ni template lama, laju tu saya tak perasan pulak .. hehe .. sama je

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement