Trafik Blog HasrulHassan.com Jatuh Untuk Bulan Oktober 2019

Hari bukan selalu terang dan bercahaya, ada ketika hujan dan kelam. Begitu juga dengan jumlah trafik blog, tak sentiasanya berada pada tahap yang sentiasa memuaskan. Acapkali dah blog saya mengalami penurunan trafik blog ini.

Ada banyak sebab yang boleh menyebabkan kejatuhan trafik blog ini. Walaupun peratusan kehilangan trafik tidak sebesar mana, namun sebagai penulis blog sepenuh masa, pastinya ada timbul kerisauan dengan data yang diperoleh.

Jumlah Trafik Blog Bulan Oktober 2019 HasrulHassan.com

Trafik Blog Jatuh Bulan Oktober 2019
Bulan Oktober 2019, blog ini mencatatkan jumlah trafik sebanyak 295,349 pageviews sahaja, beza dengan bulan September yang mencatatkan lebih 300,000 pageviews atau hits. Jumlah pageviews berkurang lebih daripada 4K!

Ada banyak sebab yang boleh menyebabkan pengurangan trafik blog ini. Salah satunya ialah kekurangan konten yang dapat menarik pengunjung selain faktor penggunaan keyword yang tidak berjaya meletakkan entri blog dalam halaman utama carian Google.

Saya juga agak sibuk menaikkan blog saya yang lain selain terlibat dalam beberapa projek kecil untuk membantu rakan blogger lain memantapkan blog masing-masing.


Atas sebab kesibukan ini, saya kurang perhatian terhadap blog utama ini sehingga menyebabkan blog gagal mendapatkan jumlah trafik yang lebih baik dari bulan sebelumnya.

Demografik Asas Pengunjung

Dari segi demografik blog, blog kekal menerima kunjungan yang banyak daripada pembaca berusia muda belia dari kaum wanita.

Demografik blog HasrulHassan.com
Daripada penelitian data Google Analytics, antara konten yang menjadi perhatian golongan pembaca ini adalah berkaitan tempat percutian, tempat penginapan dan juga produk beli-belah. Disebabkan kecenderungan ini, blog ini berjaya menaikkan jumlah komisen yang diterima menerusi Involve Asia untuk produk berkaitan pelancongan dan juga produk di Marketplace seperti Lazada dan Shopee.

Pendapatan dari pengiklanan Google Adsense juga meningkat dengan agak baik, malah naik lebih 200% dari bulan-bulan sebelumnya. Alhamdulillah.

Ya, dari satu sudut, nampak ada sedikit kekecewaan dari segi jumlah trafik yang masuk, namun trafik yang diterima adalah trafik yang berkualiti sehingga mampu memberikan pulangan dalam bentuk komisen akibat iklan cost-per-click dan juga iklan pay-per-sale.


Turun naik trafik blog adalah satu lumrah dalam dunia blog. Rajin hasilkan konten, in Sha Allah, trafik blog akan kekal stabil dan menerima kunjungan pembaca dari pelbagai peringkat. Penggunaan kata kunci yang dicari adalah teknik paling ampuh bagi memastikan blog terus dapat trafik, walaupun tidak tinggi mana - janji konsisten.

In Sha Allah, mana-mana penulis blog yang rajin menghasilkan konten yang baik, akan menerima habuan yang sepatutnya. :) Setidak-tidaknya, memberikan manfaat dan nilai kehidupan lebih baik untuk setiap yang membaca.


Post a Comment

3 Comments

  1. Walaupun turun teta0 terbaik pv blog tuan HH

    ReplyDelete
  2. wah, tetap hebat bagi pendapat saya.

    ReplyDelete
  3. saya dah jadi pengikut utama blog ni.....banyak benda boleh belajar...

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com