Jumlah Trafik Blog Bulan September 2019 Meningkat

Statistik bulan September 2019. Alhamdulillah, berganjak lagi ke satu bulan di tahun 2019. Cepat benar masa berlalu kan? Rasanya baru sahaja saya kongsikan mengenai statistik trafik blog ini untuk bulan Ogos 2019, sekarang dah sampai ke pertengahan bulan Oktober.

Biasanya, saya akan ambil nilai pageviews (PV) atau hits menerusi data yang dicerap oleh Google Analytics. Tetapi sekarang, selepas nampak perubahan pada statistik yang dipaparkan dalam ruangan dashboard blogger.com, mungkin selepas ini saya akan sama kongsikan paparan PV dari sana pula.

Blog Catat Lebih 300,000 Pageviews Untuk September 2019

Statistik Jumlah Trafik Blog Bulan September 2019
Ok. Untuk bulan September 2019, blog ini telah berjaya mencapai jumlah keseluruhan trafik PV bulanan melebihi 300,000 PV. Sekali lagi pencapaiannya tidak banyak berbeza dengan pencapaian bulan Ogos.

Pada bulan Ogos 2019, blog ini mencatat PV sebanyak 310,083. Untuk bulan September 2019, menerusi Google Analytics, blog ini telah mencatat sejumlah 314,020 PV.
Jumlah PV Blog HasrulHassan

Alhamdulillah, pengiraan dan aturan saya untuk kekalkan momentum PV melebihi 300,000 nampaknya membuahkan hasil. Agak risau sebenarnya capaian 300K PV sebulan tidak mampu nak dicapai.

Trafik Naik, Income USD Adsense Juga Positif



Sebenarnya, apa yang lebih menarik ialah bukan setakat jumlah trafik yang dijana blog ini untuk bulan Ogos dan September, tetapi juga peningkatkan income USD dari akaun Google Adsense.

Ada peningkatan yang sangat mendadak, terutama selepas saya menggunakan tips dan panduan disediakan dalam cara menulis headline padu yang dikongsikan oleh rakan IM saya, iaitu Tuan Hafiz Mansor.

Guna Tips dan Panduan Dalam Ebook 105 Template Headline Padu

Tuan Hafiz Mansor telah menyediakan 105 Template Headline Padu yang banyak membantu saya untuk mengolah balik post-post lama dan ditulis semula headline iaitu tajuk untuk tingkatkan lagi pendapatan blog ini menerusi Google Adsense.

Jika anda belum lagi baca dan gunakan template headline yang disediakan, boleh dapatkannya menerusi link ini - https://tinyurl.com/headlinepadu



Saya gunakan template tu untuk 'baiki' tajuk-tajuk post lama yang ada nilai dari segi Cost-per-Click Adsense dan juga untuk naikkan kadar Page Click-Through-Rate (CTR). Bila tajuk nampak lebih menarik dan mengisi ruang penyelesaian pembaca, ia akan diklik lebih banyak.

Kalau anda lihat pada paparan statistik di atas, nilai Bounce Rate juga semakin baik, tidak lagi melebihi 50% seperti bulan-bulan sebelum ini.

Income Adsense Naik Mendadak!!

Dan di bawah ini adalah print-screen income Adsense yang berjaya diperoleh untuk bulan lepas, setelah saya menggunakan pendekatan dan template headline yang ada dalam ebook 105 Template Headline Padu tersebut.

Saya gunakan juga teknik diberikan untuk share kembali post lama dengan menggunakan template headline disediakan supaya lebih banyak dapat LIKE dan juga SHARE.

Alhamdulillah, ia menampakkan hasil yang sangat baik untuk blog iKerjayaGraduan.

Tu sebab, saya dah beberapa kali kongsikan hasil penggunaan Template Headline Padu di FB saya, dan saya mahu lebih ramai dapat manfaat yang sama juga.

[Baca Juga] Guna Template Story-Selling Untuk Promosi dan Jual Produk Online

Jika mahukan trafik blog anda berimpak positif, boleh cuba gunakan panduan dan tips dalam ebook tu ya. Terus ke link ini - https://tinyurl.com/headlinepadu untuk cuba sendiri ... :)

Post a Comment

1 Comments

  1. Fuhhh mengancam trafiknya. Tahniah blog tuan tidak terkesan dengan banyak siri google algo update. Paling best income ads nya mesti masyukkk. Tahniah, tahhniah.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com