Sebenarnya, saya pernah cerita dah mengenai kelebihan restoran steamboat ini, tapi dah lama dan harga menu pun dah berubah tak sama macam dulu. Pun begitu, ia masih lagi sangat berbaloi kalau anda mencari tempat makan steamboat yang halal dengan harga berpatutan.
Restoran Steamboat Halal dan Murah di Lumut Pilihan Saya Sekeluarga
Ramai sebenarnya yang tak tahu mengenai lokasi sebenar restoran steamboat ini. Acapkali saya menerima email dan juga komen dalam artikel sebelum ini nak tahu di manakah lokasi sebenar restoran steamboat yang menyediakan menu secara buffet ini.Kedai makan atau restoran steamboat ini terletak bersebelahan dengan Lumut Ikan Bakar. Ia berkongsi lokasi atau laman yang sama, namun berbeza bangunan.
Saya dan keluarga sering memilih restoran ini kerana menu yang disediakan memang agak banyak dengan harga berpatutan. Kali terakhir kami ke sini pada bulan Oktober 2019, harga ditawarkan untuk menu buffet steamboat adalah RM29.50 satu kepala, dan untuk kanak-kanak dikenakan separuh bayaran.
Kenapa Pilih Tempat Makan Buffet Steamboat Ni?
Kelebihan makan buffet steamboat di Restoran Lumut Ikan Bakar dan Steamboat ini ialah, antara lain:- Tempat meletak kereta (parking) yang luas.
- Lokasinya yang mudah di tepi jalan besar.
- Harga menu buffet steamboat yang berpatutan.
- Pelbagai pilihan menu steamboat selain menu sampingan seperti Nasi Goreng, Bihun dan Mee Goreng dan aneka kuih, buah dan 3 pilihan air yang disediakan bersama dalam menu buffet steamboat.
Ada banyak tempat makan best dan sedap di Lumut ni, selain daripada Lumut Ikan Bakar dan Steamboat ini, cuma kena bijak mencari dan membaca review yang ditulis serta diterbitkan oleh banyak blog.
Tetapi itulah, soal makan minum ini bergantung dengan selera masing-masing. Ada yang kena dengan tekak lalu memberikan rating yang bagus. Ada pula yang tidak mencapai standard kebiasaan, jadi diberikan rating yang rendah.
Nak tak nak, kena dan perlu mencuba terlebih dahulu ... betul tak?
[Dah Baca?] Restoran Steamboat Halal di Cameron Highlands
Jika anda bercuti sekitar Teluk Batik atau Lumut, bolehlah mencuba restoran ini untuk menu steamboat yang halal disediakan dalam bentuk buffet. Makanlah sebanyak mana yang mampu dengan harga yang ditetapkan, asalkan jangan membazir makanan sudahlah .. huhu.
Lokasi tempat makan pilihan kami ini adalah seperti di bawah ini:
Okay lepas ni kalau pegi lumut dah tau dah nak makan dekat mana.
ReplyDeleteSaya dengan family kalau balik kampung ayah mesti pegi lumut area kampung kami agak bosan hehe
Thanks for the info :)
Ada bbrp tempat lain yang ada menu steamboat kat Lumut ni, tapi yang ni jadi pilihan sebb tempat dia agak menyenangkan pada kami.
DeleteStimbot adlaah makanan yang menjadi all time fav SA dan anak...
ReplyDeleteDatang sahaja atau kena tempahan?
ReplyDeleteOhh datang sahaja. Kami tak pernah lagi nak makan sini buat tempahan.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.