Rasanya ini pertama kali saya menerima bil air sehingga RM200 untuk dua bulan. Selama ini, saya cuma membayar bil tidak lebih daripada RM30 untuk dua bulan. Paling tinggi pun seingat sayalah setakat RM80 untuk dua bulan.

Agak mengejutkan dan membuatkan saya sedikit marah. Marah sebab saya tak dapat nak pastikan sebab kenapa bil air melambung tinggi.

Bil Air RM200  - Luarbiasa Dari Kebiasaan

Kebiasaannya, saya yang akan ambil bil air daripada petugas Perbadanan Bekalan Air (PBA) Penang yang datang memeriksa meter air di hadapan rumah, tetapi kali ini isteri saya yang serahkan bil air terkini untuk bulan Ogos - Oktober 2019.

Saya terkedu bila nampak angka 207.10 pada bil air kali ini.

Bukan setakat terkedu, saya sampai tak tahu nak buat tindakan apa...huhu. Nasib baiklah isteri saya ni panjang akal. Eceh .. bukan biasa-biasa isteri saya ni ... tamat belajar Masters dari Universiti Malaya tu .. huhu.



Orait.

Apa yang isteri saya buat selepas dapat bil air terkini sebanyak RM207.10 untuk dua bulan?

Isteri saya terus hubungi talian hotline PBA Pulau Pinang, minta penjelasan mengenai bil air yang terlampau tinggi, abnormal daripada kebiasaan jumlah bayaran bil air bulan-bulan sebelumnya.

Saya tak pasti apa butiran perbualan telefon isteri saya dengan pegawai PBA yang menjawab panggilan, cuma apa yang saya tahu ialah, berlaku kesilapan dalam cerapan bacaan meter yang telah dibuat.

Menurut isteri saya, pegawai PBA tu kata, yang bil air yang betul telahpun dicetak dan sedang dalam proses penghantaran kepada pengguna sekitar kawasan tempat saya - Seberang Perai Selatan.

Nasib Baik Tak Terus Bayar Bil - Elok Semak Jika Abnormal

Uhh .. nasib baik saya tak terus membayar bil air sebanyak RM207.10 seperti kebiasaan yang sering saya buat selepas mendapat surat bil air mahupun elektrik. Dan kebiasaannya juga, saya akan membayar menggunakan perbankan internet Maybank yang memudahkan.



Bila dapat bil air, bil elektrik mahupun apa-apa bil utiliti yang menampakkan nilai yang meragukan, silalah buat confirmation dengan pihak terbabit. Bukan apa, kadangkala benda tu bukan kerana 'kesalahan' atau 'kesilapan' kita menggunakan kemudahan.

Lebih baik lagi bila bil-bil utiliti ini kita simpan untuk tempoh 3 bulan sebagai rujukan dan semakan. Manalah tahu, kadangkala kesilapan bil boleh diketahui dengan membuat perbandingan pada bil-bil sebelum ini.

Bil air yang betul telah sampai menerusi peti surat seperti dinyatakan oleh pegawai PBA.

Jumlah bil yang sepatutnya dibayar adalah cuma RM33.16 sahaja dan bukannya RM207.10. Jauh betul bezanya tu.... huhu. Nilai bacaan yang tercatat juga berbeza dengan yang sebelum ini.

[Dah Baca?] Cara Nak Semak Bil Elektrik Terdahulu Secara Online

Kalau pengguna yang tidak ambil kisah, mungkin mereka dah bayar bil terdahulu tu. Tapi itulah, kesilapan seperti ini memang adakalanya berlaku.

Anda pernah alami situasi seperti ini tak?

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Jadi kat saya Bil Elektrik untuk bulan 7 lepas. Rumah baru, belum duduk dan buat apa-apa rinovasi. Bil di terima bulan 7, dalam RM26+. Bila tanya pembeli unit lain, bil kurang dari RM20, yelah.. rumah baru kan. Saya buat aduan di TNB careline.

    Pihaknya janji nak hantar orang buat siasatan... berlanjutan hingga ke bulan 8. Bil diterima masih dalam linkungan yang sama. Buat aduan sekali lagi. Katanya dah hantar orang mungkin ada crossing dengan meter rumah lain yang buat renovasi atau berlaku kecurian letrik.

    Pihak TNB berjanji akan hantar semula pegawai untuk siasat. Dalam masa yang sama notice pemotongan elektrik dah keluar, walhal sebelum ni pegawai yang terima aduan kata jangan bayar dulu hingga siasatan selesai.

    Pihak TNB berjanji akan call jika ada updated, malangnya tiada. Kami buat aduan kali ke-3 berkenaan notice pemotongan. Masa ni baru beritahu yang meter rumah kami ada kesilapan pemasangan akibat kecuaian TNB. Kena tukar meter dan akan selesai dalam masa 2 minggu. Dalam masa yang sama kena settlekan bil berjumlah RM49+ bagi mengelak pemotongan di buat. Kebetulan Penyewa sudah masuk, jadi kami terpaksa juga bayar dulu jumlah tersebut. Kesian pulak kat penyewa nanti bergelap.

    Pelarasan semula bill selesai lepas 2 minggu. Duit memang takkan dapat refund. TNB akan tolak dari bill bulanan akan datang hingga selesai amount yang dah dibayar.

    Alhamdulillah selesai akhirnya, cuma kita nak kena kejar sikit bagi depa laju buat kerja.. heh!

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah setakat ni bil air saya masih kekal bawah rm12.. Kalau luar biasa jumlahnya memang saya pun akan siasat.

    BalasPadam
  3. benda2 mcm ni kene semak betul2. takut lain kira. yang ambil reading pun manusia

    jom singgah www.hellokerja.com

    BalasPadam
  4. Jauh betul perbezaan bil yang perlu dibayar dan bil yang diberikan. Nasib baik belum bayar lagi RM 200++.

    BalasPadam
  5. Pernah jadi tapi bil letrik.. tp masa tu mmg tgh isu tnb naikkan rate.. mujur disemk.klu tidak tak dpt tuntut keadilan..

    BalasPadam
  6. nasib tuan semak, kalau tak terbang begitu saja duit tu.

    btw,jemputlah join contest di blog saya tuan,senang ja contestnya =)

    https://at-tarmizi.blogspot.com/2019/11/contest-isi-dialog-di-blog-at.html

    BalasPadam
  7. Pernah juga terjadi bil air melambung tinggi. Sy bayar je selama ni tapi tak lama tu staf dr syarikat air datang sendiri kat rumah bagi tahu bacaan meter air tak betul and diorang maklumkan akan ada pelarasan bil semula. N then bila sampai bil dekat setahun jugak tak payah bayar bil air sebab syarikat air berhutang dgn sy. Fuh lega rasanya. Now dah stabil semula bil bulanan rendah je x sampai 10 ringgit sebulan. ALHAMDULILLAH

    BalasPadam
  8. setuju sangat kena semak bil air. bil api pun sama, pastikan kita semak. kalau dah nampak kelainan harga tu, elok la rujuk terus ke pihak yg terlibat tu

    BalasPadam
  9. Tingginya bil air tu? Kalau tak call dorang, memang dorang diamkan diri je ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement