Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Antara benda yang paling dinanti dan ditunggu ialah pembayaran atau penerimaan wang Bantuan Khas Kewangan 2019 untuk Kakitangan Awam sepertimana diumumkan dalam Bajet 2019.

Menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2019, kerajaan memutuskan supaya Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 Untuk Kakitangan Awam, dan RM250 Untuk Pesara

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Kakitangan Awam 2019
Pembayaran Bantuan Khas ini akan diberikan mulai 18 Disember 2019 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM500.00 dan turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang bersara paksa dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250.00.

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019 sebanyak RM500.00 diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 561 dan ke bawah dengan syarat bahawa pegawai masih berkhidmat sehingga 18 Disember 2019 dan berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari 2019 hingga 18 Disember 2019.

Tempoh 30 hari berturut-turut adalah termasuk semua jenis cuti bergaji penuh, semua jenis cuti separuh gaji, semua jenis cuti tanpa gaji, Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2019 hingga 18 Disember 2019.



Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.00 ini juga dipanjangkan kepada Pekerja Sambilan Harian yang masih berkhidmat pada 18 Disember 2019 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan 2019 Untuk Pesara Kerajaan

Manakala untuk pesara kerajaan, Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250 dibayar kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen, penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen dan pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang bersara paksa pada atau sebelum 18 Disember 2019 akan dibayar oleh Jabatan Perkhidmatan Awam manakala bagi veteran tidak berpencen oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Pesara yang dilantik semula secara contract of service dan masih berkhidmat pada 18 Disember 2019 layak diberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019 sebanyak RM500.00 tertakluk memenuhi syarat berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari 2019 hingga 18 Disember 2019.

Pembayaran sebanyak RM250.00 pula akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.



Veteran tidak berpencen yang dilantik semula secara tetap, sementara atau contract of service dan masih berkhidmat pada 18 Disember 2019 layak diberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019 sebanyak RM500.00 tertakluk memenuhi syarat berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari 2019 hingga 18 Disember 2019.

Pembayaran sebanyak RM250.00 akan dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran dan bakinya sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.

Manakala, dalam keadaan seseorang adalah seorang veteran berpencen atau tidak berpencen dan pada masa yang sama adalah pesara perkhidmatan awam bayaran terhad kepada RM250.00 sahaja.

Untuk info lebih lanjut mengenai pembayaran khas bantuan kewangan ini, boleh rujuk pada pekeliling berikut - https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2019/pp062019.pdf


3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ramai tak sabar tunggu 18 Disember ni

    Hehehe

    BalasPadam
  2. untung la pekerja awam ...

    dapat bonus.

    pekerja swasta tengok rezeki juga..

    bisnes bagus..dapat la

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement