Cermin Gelap Sepenuhnya, Tinted Kereta Serendah RM10

Apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) umumkan peraturan baharu penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian, saya antara yang seronok mendengarnya. Mana tidaknya, saya memang sedang bercadang nak memasang cermin lebih gelap pada kereta baharu Serena saya.

Tetapi, itulah .. agak takut-takut sebenarnya kerana ia boleh dianggap melanggar peraturan diperuntukan JPJ untuk pemasangan cermin gelap pada kenderaan. Jika mengikut peraturan lama, pemasangan cermin pada kadar ketelusan cahaya 30% untuk cermin belakang, 50% untuk cermin sisi dan 70% untuk cermin hadapan.

Pasang Cermin Gelap 100% Tanpa Ragu

Peraturan Baharu Pemasangan Cermin Gelap pada Kenderaan
Peraturan baharu bagi pemasangan cermin gelap telah dikuat-kuasa sejak 8 Mei 2019. Ia diumumkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan. Berdasarkan peraturan baharu pemasangan cermin gelap pada kenderaan persendirian ini, kita boleh memasang lapisan filem atau cermin gelap tanpa had pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan.

Ia bermakna, cermin berkenaan boleh menggunakan lapisan filem atau cermin gelap hitam sepenuhnya, berbanding peraturan lama yang menetapkan kadar ketelusan cahaya tampak pada 30 peratus.


Ternampak Iklan Pasang Cermin Gelap Harga Serendah RM10

Dan nak dijadikan cerita, saya ternampak satu iklan dalam satu group Facebook yang sedang mempromosikan tinted-film untuk kereta dengan harga serendah RM10 untuk satu pintu/cermin.

Pasang Tinted 100% Gelap Pada Harga Murah di Luthfie Tinted
Apalagi, saya pun 'PM tepi' seller tu untuk mengetahui lebih tepat mengenai tawaran pemasangan cermin gelap pada harga murah, serendah RM10. Selepas mendapat butiran berkenaan, saya pun bertanyalah lokasi kedai untuk memasang cermin gelap bagi kereta Serena saya.

Lokasi kedai untuk tinted kereta tak berapa jauh dari pekan Jawi. Cara paling mudah saya mencari kedai ini, yang dimiliki 100% bumiputera, adalah dengan menaip Luthfie Tinted pada Google Maps. Malah, dalam aplikasi Waze pun ada nama kedai ini.

Pasang Tinted 100% Gelap Pada Harga Murah di Luthfie Tinted


Kedai memasang cermin gelap di Jawi ni memang popular di kalangan penduduk setempat, terutama apabila kedai ini membuat promosi harga pemasangan cermin gelap serendah RM10. Ia dikenali sebagai kedai pemasangan tinted kereta paling murah di sekitar Nibong Tebal dan Parit Buntar serta Jawi.

Murah dan berkualiti.

Kerja pemasangan memang dibuat dengan cermat dan teliti. Saya perhati je dari awal sampai akhir pemasangan, alhamdulillah .. memang terbaik.

Pasang Cermin Gelap Sepenuhnya Pada Kereta
Saya memasang cermin gelap 90% ketelusan cahaya pada bahagian cermin belakang dan juga cermin sisi belakang, seperti yang dibenarkan dalam peraturan baharu pemasangan cermin gelap JPJ. Pemasangan cermin gelap menggunakan double-layer, tanpa membuang tinted asal yang memang dah dipasang pada kereta sewaktu membelinya tempoh hari.

Jadi, bila dah double-layer ... ia sudah seperti 100% gelap.

Bila pasang cermin gelap yang gelap sepenuhnya ini, ruang dalaman kereta terasa lebih sejuk dan menyenangkan. Apatah lagi tempat duduk belakang selalu sahaja menjadi tempat tidur anak-anak bila berada dalam perjalanan jauh.

Kereta Serena saya pula nampak lebih premium dengan penampilan cermin gelap di bahagian belakang. Segak gitu .. sesegak pemiliknya .. haha.


Dah boleh gelap 100% ... buat apa nak bagi tembus dan nampak ye tak? Dulu, banyak komen, rungut macam-macam disebabkan cermin gelap ni. Aha .. sekarang, dah dibenarkan untuk digelapkan bahagian penumpang tu 100% .. maka buat sahajalah tanpa ada rasa bersalah.

Pilih tinted-film yang berkualiti kalau nak benar rasa berbaloi dan puas-hati. Murah tak semestinya tak bagus, dan mahal tak semestinya tahan lama. Kena pandai pilih dan tak boleh mudah termakan pujuk rayu seller yang nak melariskan jualan tinted-film mereka.


Post a Comment

3 Comments

  1. sangat bagus tinted gelap..

    bila isteri atau anak perempuan tengah "free hair" ....tiada siapa yang nampak

    ReplyDelete
  2. menarik dan tertarik... harap ada lagi promosinya

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com