Dalam blog post ini, saya akan kongsikan perkara-perkara penting mengenai peraturan JPJ ini. Harapnya dengan cara ini, akan lebih ramai alert benda ni, dan dapat elakkan diri daripada kena saman oleh JPJ dalam operasi khas tersebut.
Peraturan Cermin Gelap serta Larangan Penggunaan Lampu HID dan Strobe Light

Ketua Pengarah JPJ dalam satu kenyataan memberitahu, operasi bersepadu itu akan dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mengesan pengguna kenderaan yang melanggar kesalahan berkenaan. Beliau berkata, bagi tiga kesalahan berkenaan, pengguna yang dikesan akan diberi saman dan notis larangan serta merta.
Saman dan notis larangan itu dikenakan di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 dimana kompaun bermula dari RM70 hingga RM100 jika dibayar dalam tempoh dua minggu. Manakala, jika kompaun berkenaan tidak dibayar dalam tempoh dua minggu maka, kompaun berkenaan akan meningkat antara maksimum RM200 hingga RM250 selepas sebulan tidak dibayar. - Berita Harian
Ok, sekarang saya akan kongsikan mengenai peraturan cermin gelap yang telah dikeluarkan oleh pihak JPJ. Pihak JPJ memberikan tempoh sehingga Mei tahun 2015 untuk semua pemilik dan pemunya kenderaan patuhi peraturan cermin gelap ini.
Peraturan cermin gelap JPJ adalah berkaitan dengan kadar ketelusan cahaya pada cermin. Kadar ketelusan cahaya ini berbeza mengikut kedudukan cermin tersebut.
Peraturan Mengenai Penggunaan Cermin Gelap Kenderaan

Hoho .. dah kira masalah besar ni buat mereka yang suka cantikkan kenderaan. Sebab memang dah jadi trend sekarang ni ramai yang 'mekap' kereta guna lampu jenis ini. Bila saya ternampak kereta yang pakai lampu jenis ni, terus teringat rancangan TV yang popular di tahun 1980am iaitu Knight Rider.

Saya harapkan ramai pembaca dan pengunjung alert benda ni memandangkan ia merupakan satu kesalahan. Dah dah lagi ... operasi 1 november 2014 adalah operasi besar-besaran. Tak mustahil akan ada yang kena saman. Nanti abis pula duit bonus akhir tahun angkara nak bayar saman dan kompaun ini.
Sumber: Laman Web JPJ Malaysia
Semoga bermanfaat. Kongsikan menggunakan FB Like Share dan juga Google+. Ada twitter? Klik butang tweet.
sebelum nak pasang tinted atau apa-apa aksesori pun better check dulu sama ada menjadi kesalahan kan?
BalasPadamHmm saya pun ada pasang pada kereta tapi saya akan tanya penjual tu .. benda ni lulus ehhh .. pastu saya check ketelusan cahaya dia.
PadamTp knp kedai aksesori tidak dipantau pula..
BalasPadamsiapa yang rasa2 nak pasang lampu HID tu...fikir-fikirkan la...memang naya je kalau terserempak dengan JPJ...
BalasPadamLampu HID tu memang saya tak berkenan pun dari dulu. Sbb tak ada motif pun nak pasang semata nak hias kereta je
Padambila tunjuk gambar strobe light, baru saya tau yg mana. :p tapi kadang2 memang rasa terganggu juga bila memandu malam2 n ada yg pasang lampu2 mcm nie. nak2 kalau lampu brek yg dah diubahsuai n berliplap. sakit mata orang keter belakang..
BalasPadamperaturan cermin gelap ni... diperhatikan sering berubah-ubah ikut cuaca ataupun ikut kuasa...
BalasPadamdua hari lepas baru pi mengadap JPJ. Kalau la JPJ pn dapat pantau kedai aksesori kan best...
BalasPadampeh...denda tidak lebih 500..kopak duit kalau kene..hihihih
BalasPadamDifahmakn operasi 1 November cuma kena kompaun tak lebih RM300.
Padam2 minggu je pastu terus naik saman maks RM250? Belum masuk GST lagi tu...nak soru pun tak lepas pak...
BalasPadamKena cari alternatif la gitu ... kena cari sumber income halal yang lain.
Padamkereta saya memang tinted tak gelap tak risau engan peraturan ini.
BalasPadamutk cermin gelap jelaslah sekarang, rasanya ok hingga 70% utk cermin sisi belakang tu. cuma lampu hid untuk kereta import recond tak diperjelaskan sebab yg luluskan JPJ juga sebelum masuk Malaysia.
BalasPadamjangan melawan...JPJ pun dah bertolak ansur tu..ikut je peraturan..kalau tak sendiri rugi kena koyak tinted
BalasPadamApa beza Strobe Light dengan Day Light?..
BalasPadamStrobe Light yang dimaksudkan dalam banyak warna, bukan seperti Day Light. Ia juga berkeadaan berganti warna untuk jenis tertentu. Boleh refer pada JPJ untuk persoalan dan jawapan lebih tepat.
PadamGambar yg anda tunjuk untuk lampu itu adalah LED bukan HID.. Info anda tidak betul.. Lagi pon jadilah blogger yg bertanggungjawab dgn menunjukkan dimana anda cut N paste image itu kerana anda seperti mencuri hasil kerja orang lain.
BalasPadamGambar tersebut diambil daripada pamplet yang telah diedarkan oleh pihak JPJ. Saya hanya jalankan tanggungjawab menyebarkan kandungan pamplet tersebut untuk pengetahuan ramai menerusi blog ini.
PadamDokumen pamplet tersebut boleh anda akses dan muat turun menerusi pautan JPJ ini - http://www.jpj.gov.my/documents/10157/2a0911ee-91df-429a-a155-35e72c88036e
Terima kasih.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.