Berita yang rasanya telah ramai yang tahu. Ya, hari ini adalah hari terakhir Utusan Melayu (M) Berhad menjalankan operasi perniagaannya. Ia berikutan kegagalan syarikat tersebut untuk menjana keuntungan, selain kegagalan untuk membayar hutang syarikat serta gaji pekerjanya.

Tahap kewangan syarikat Utusan Melayu yang kritikal selepas Mei 2018 telah menyebabkan syarikat ini sudah tidak mampu lagi untuk bertahan. Ia satu berita yang agak memeritkan terutama sekali kepada pekerja-pekerja Utusan yang dah lama menabur bakti kepada masyarakat.

Utusan Melayu (M) Berhad Sah Tutup Operasi

Utusan Melayu (M) Berhad Sah Tutup Operasi
Berita penutupan syarikat penerbitan akhbar yang antara paling tua di Malaysia ini telah disahkan menerusi penyebaran satu memorandum kepada semua kakitangan syarikat penerbitan itu hari ini (9 Oktober 2019).

Malah berita penutupan Utusan Melayu turut menjadi tajuk berita akhbar itu hari ini. Malah, hampir kesemua akhbar di negara ini menyiarkan berita mengenai penutupan syarikat akhbar Utusan Melayu di laman web masing-masing.

Memorandum Pemberhentian Operasi Utusan Melayu

Berikut adalah memorandum yang menyatakan pengesahan penutupan syarikat Utusan Melayu (M( Berhad.

Utusan Melayu (M) Berhad Sah Tutup Operasi
Memorandum yang ditandatangani oleh Pengerusi Eksekutif, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir ini turut menjelaskan tarikh akhir bekerja kakitangan telah ditetapkan pada hari ini iaitu Rabu 9 Oktober manakala tarikh akhir perkhidmatan ialah pada hari Khamis, 31 Oktober 2019.

Saya adalah antara pembaca akhbar keluaran Utusan Melayu iaitu Kosmo.

Malah, saya melanggan akhbar Kosmo ini secara bulanan sebagai cara untuk mendapatkan potongan cukai LHDN.


Agak sedih juga apabila akhbar yang dah lama bertapak ini terpaksa menutup operasinya.

Ada yang kata, ia mungkin kerana akhbar ini yang sebelum ini lebih cenderung kepada akhbar kerajaan Barisan Nasional, membuatkan ia tidak lagi mendapat perhatian pembaca, walaupun akhbar tabloid Kosmo merupakan akhbar dengan jualan harga paling murah dalam pasaran.

Akhbar ini merudum jatuh selepas Pilihanraya Umum ke 14 pada 9 Mei 2018. Dan kejatuhan ini dikaitkan juga dengan kekalahan parti Barisan Nasional untuk kekal sebagai kerajaan memerintah Malaysia.



4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya cukup simpati dengan keadaan pekerja yang terpaksa kehilangan kerja...

    moga mereka mendapat rezeki yang lebih baik nanti

    BalasPadam
  2. Hari yang sedih buat pengamal media di Malaysia. Rakan-rakan media dari akhbar yang lain pasti faham akan situasi rakan2 ni utusan.

    BalasPadam
  3. Allah begitu lama mereka bertahan sehingga ke hari ni. Semoga semua kakitangan Utusan Melayu tabah dengan semua ni. Lepas ni takde lagi akhbar kosmo di rumah kami lagi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement