Ayat seribu dinar bukan tangkal pelaris perniagaan atau bisnes! Malah, asal-usul dapatnya nama ayat 1000 dinar ini yang merupakan sebahagian daripada ayat surah Al-Talaq tiada siapapun yang benar-benar ketahui. Ayat 1000 dinar yang sering dianggap sebagai pembuka rezeki dalam perniagaan adalah merupakan ayat 2-3 dalam surah Al-Talaq.

Persoalannya sekarang, adakah benar ayat ini sebagai ayat pembuka rezeki yang mampu menjadi bahan pelaris untuk perniagaan? Ramai peniaga Muslim yang menggunakan tulisan khat yang mengandungi ayat dari surah Al-Talaq ini digantung pada hadapan dan di dalam kedai, seolah mengganggap ia sebagai bahan pelaris untuk perniagaan.

Ayat 1000 Dinar Tidak Sepatutnya Dianggap 'Benda' Pelaris

Ayat melariskan jualan bisnes
Secara umumnya, Islam melarang umatnya untuk menggunakan sebarang tangkal atau benda-benda tertentu sebagai pelaris dalam berniaga.

Malah, amalan seperti itu boleh membawa kepada amalan khurafat yang bertentangan dengan ajaran Islam. Hal ini kerana pergantungan seseorang akan beralih kepada pelaris, dan bukannya kepada Allah S.W.T. Apatah lagi andai pelaris itu bersifat fizikal.

Berikut adalah ayat 2-3 dalam surah Al-Talaq yang dikenali ramai umat Islam nusantara ini sebagai ayat seribu dinar:

Ayat 1000 Dinar
Menerusi Irsyad Al-Fatwa #273: Tafsir Ayat Seribu Dinar yang saya rujuk menerusi laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ayat ini ditafsir sebagai berikut (dari sebahagian konten tersebut):

Kebanyakan Ulama Tafsir seperti mana yang disebut Imam At-thalabi mengatakan ayat ini diturunkan kepada seorang sahabat Nabi S.A.W yang bernama Auf bin Malik Ashjai’.

Asal-Usul Turunnya Ayat 1000 Dinar

Asal-Usul Turunnya Ayat 1000 Dinar
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas beliau datang kepada Nabi Muhammad S.A.W lalu menceritakan keadaan anaknya yang ditawan musuh. Beliau berkata "Ya Rasulallah, sesungguhnya anakku ditawan musuh dan ibunya amat berdukacita dan sedih."

Dalam satu riwayat lain yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah ayat ini diturunkan kepada Auf bin malik Ashjai’ yang mana pihak musuh musyrikin telah menawan anaknya yang bernama Salim. Lalu beliau telah datang menemui Rasulullah S.A.W untuk mengadu kesusahan dan penderitaan yang dihadapinya. Beliau berkata; "Ya Rasulallah, sesunguhnya anak ku telah ditawan oleh musuh dan ibunya amat sedih dan berdukacita. Apakah yang patut engkau suruh aku lakukan ya Rasulallah"

Maka Rasulullah S.A.W bersabda bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah dan aku memerintahkanmu dan isterimu untuk memperbanyakkan ucapan لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ)) .

Lalu beliau pun pulang ke rumahnya dan berkata kepada isterinya sesungguhnya Rasulullah menyuruhku dan engkau untuk memperbanyakkan ucapan لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ)) .

Maka isterinya berkata, itu adalah sebaik-baik perkara yang diperintahkan kepada kita untuk melakukannya. Mereka berdua pun mengamalkan apa yang diperinyahkan oleh Nabi. Tidak lama daripada itu maka anaknya dapat meloloskan diri daripada musuh dan membawa bersamanya kambing-kambing musuh musyrikin lalu dibawa kepada ayahnya berjumlah 4000 ekor kambing.

Maka turunlah ayat ini. Lalu Nabi S.A.W memberikan keizinan bahawa kesemua binatang tersebut menjadi hak kepunyaan mereka.


Dalam riwayat yang lain mengatakan telah dibawa kepada bapanya unta berserta harta. Mereka ini adalah dikalangan fakir miskin. Berkata Al-kalbi sebanyak 50 ekor unta.

Dalam riwayat yang lain menyatakan anaknya telah meloloskan diri daripada tahanan musuh lalu menunggang bersamanya binatang unta kaum tersebut lalu dalam perjalanan ia membawa kesemua binatang unta tersebut dan ia pun membawa balik kepada ayahnya

Baik.

Kesimpulan

Daripada tafsir di atas, dapatlah difahami asal-usul turunnya ayat 2-3 surah Al-Talaq ini. Jelas ia menceritakan tentang rezeki yang Allah S.W.T limpahkan kepada sahabat Nabi Auf bin Malik Ashjai setelah ditimpa musibah anaknya ditawan pihak musuh.

Ibnu Mas’ud Dan Al-Masruq telah menafsirkan ayat ini secara umum. Abu Dzar berkata Nabi S.A.W telah bersabda, yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku akan mengajarkanmu satu ayat apabila diamalkan ayat tersebut maka ia sudah mencukupi bagi mereka, kemudian Nabi membaca وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجاً. وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ Maka senantiasalah aku (Abu Dzar) mengulangi dan berterusan membaca dan mengamalkan ayat tersebut."

Ayat ini bukanlah ayat bertulisan khat cantik yang digantung sebagai pelaris di dalam kedai atau premis perniagaan. Ayat ini tidak sepatutnya diperlakukan dan dianggap begitu, hanya sebagai hiasan fizikal yang ia mampu menarik rezeki.


Setiap ayat al-Quran mempunyai kelebihan yang tertentu. Konsep taqwa dan tawakkal yang terdapat di dalam ayat 1000 dinar ini membawa pengertian mendalam dan perlu diamal serta dihayati bersama.

Ayat ini bukanlah semata-mata membacanya akan mendapat ganjaran pahala rezeki berlipat kali ganda bahkan maksud sebenarnya ayat ini adalah dari sudut amalan yang disertai dengan taqwa serta tawakal.

Hindarilah perkara-perkara yang boleh membawa kepada kepercayaan khurafat dan syirik dalam usaha kita mencari rezeki yang berkat. Sebaliknya, berusahalah dengan cara yang baik serta lazimi dan amalkanlah ayat-ayat Quran .. bukan sekadar menggantungnya dan dijadikan sebagai hiasan dinding.

Adalah lebih baik sentiasa berdoa dan bermohon kepada Allah agar dikurniakan rezeki dan keuntungan yang berganda dalam perniagaan.

Sama-sama memperbanyakkan beristighfar memohon ampun kepada Allah S.W.T sepertimana dalam ayat Al-Quran:

Maksudnya: "Sehingga aku berkata (kepada mereka): 'Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. "(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; "Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). (Surah Nuh: 10-12)

Semoga kita sentiasa diberi petunjuk dalam mengamalkan ajaran-ajaran Islam yang sebenarnya serta dijauhkan daripada kebatilan dan saya juga berdoa agar Allah kurniakan kepada kita rezeki yang halal dan dimurahkan serta diberkatiNya. Amin.

Sumber rujukan: Irsyad Al-Fatwa 273 dan Irsyad Al-Fatwa 257 Pejabat Muft Wilayah Persekutuan.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement