Semakan Online Daftar Pemilih Pilihanraya Terkini

Buat Semakan Daftar Pemilih Secara Online Terkini. Dah semak daftar pemilih terkini untuk Pilihanraya? Jika belum, anda boleh buat semakan secara online dengan mudahnya. Daftar pemilih yang baharu telah diwartakan pada 28 Disember 2017. Jadi, eloklah anda semak dan lihat samada anda bakal mengundi di lokasi dan tempat yang betul.

Saya sudah buat semakan. Malah, saya buat semakan untuk seluruh ahli keluarga saya yang telah mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Anda boleh melakukan semakan daftar pemilih terkini secara online menerusi dua cara.

2 Cara Buat Semakan Secara Online Daftar Pemilih Pilihanraya Terkini

Semakan daftar pemilih pilihanraya terkini
Semakan daftar pemilih pilihanraya terkini boleh dilakukan secara online menerusi dua cara, iaitu secara individu mahupun secara isi rumah (lebih daripada 3 orang). Anda cuma perlu memasukkan nombor kad pengenalan pemilih ke dalam sistem semakan online daftar pemilih SPR, dan ia akan memaparkan butiran lengkap pendaftaran pemilih.

Antara butiran pemilih yang dipaparkan adalah:
  • Nama dan kad pengenalan
  • Tarikh lahir
  • Jantina
  • Lokaliti
  • Daerah mengundi
  • DUN
  • Parlimen
  • Negeri

Semakan Online Daftar Pemilih Individu

Semakan Online Daftar Pemilih Pilihanraya Terkini Individu
Untuk membuat semakan online daftar pemilih secara individu, anda perlu ke laman web berikut -https://pengundi.spr.gov.my/

Anda masukkan nombor kad pengenalan anda sahaja tanpa sengkang. Anda akan dapat butiran tempat, lokasi secara terperinci selepas tekan butang 'semak'. Butiran dan maklumat berkaitan pemilih pilihanraya akan tertera seperti di atas.

Semakan Daftar Pemilih Isi Rumah

Cara Buat Semakan Online Daftar Pemilih Pilihanraya Terkini
Untuk membuat semakan online daftar pemilih pilihanraya terkini bagi seisi rumah atau ahli dalam keluarga anda, boleh gunakan pautan ke laman web berikut - https://pengundi.spr.gov.my//isirumah2/semakandm_baru2.asp

Anda perlu memasukkan nombor kad pengenalan setiap ahli yang ada di dalam kotak yang disediakan. Jika ada dua orang yang dah daftar, masukkan hanya dua kad pengenalan, tanpa sengkang. Jika ruang tak cukup, klik butang 'tambah IC'.

Bila sudah diisi, tekan butang 'Semak'. Jangan lupa masukkan aksara yang dipaparkan untuk tujuan keselamatan di kotak disediakan.
[post_ads]
Selesai. Mudah bukan? Dengan semakan secara online daftar pemilih terkini ini, anda boleh ketahui butiran lengkap yang perlu untuk membantu melancarkan proses mengundi piliharaya.

Cara Lain Semakan Daftar Pemilih Terkini

Oh ya, selain membuat semakan daftar pemilih terkini sercara online, ada beberapa kaedah lain untuk membuat semakan daftar pemilih ini, iaitu:
  • Di Ibu Pejabat Pilihan Raya SPR, Malaysia
  • Di Pejabat Pilihan Raya Negeri
  • Aplikasi Mudah Alih MySPR Semak
  • Unit Outreach SPR
Jika anda sebarang perubahan, sila buat aduan kepada SPR dengan segera. Dan jika anda mahu tukar tempat mengundi, saya syorkan anda membuat penukaran alamat pada kad pengenalan dengan segara. Seterusnya berurusan dengan mana-mana Pusat Pendaftaran dan Penolong Pendaftar Pemilih yang dibenarkan oleh SPR untuk membuat pendaftaran tukar alamat. Proses penukaran ini melibatkan tempoh selama 2 minggu.

Cara Buat Permohonan Penukaran Tempat Mengundi

Untuk penukaran lokaliti tempat mengundi:
  1. Buat pertukaran alamat terlebih dahulu dalam Kad Pengenalan di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN).
  2. Bawa resit pertukaran alamat yang dikeluarkan oleh JPN dan pergi ke mana-mana kaunter SPR untuk membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi dengan mengisi Borang A. 
  3. Urusan pertukaran alamat pusat mengundi hanya boleh dibuat di kaunter-kaunter SPR di Ibu Pejabat SPR dan Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri dan kaunter-kaunter Pejabat Pos berkomputer sahaja.
[post_ads_2]
Mungkin akan ada yang tanya, "kenapa penukaran alamat daftar pemilih atau tempat pilihanraya tidak bertukar secara automatik apabila menukar alamat pada kad pengenalan?"

Ok. Mengikut Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan jika seseorang pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk bertukar pusat mengundi, namanya tetap kekal disenaraikan di alamat asal tempat dia mendaftar sebagai pemilih walaupun pada hakikatnya dia telah pun menukar alamatnya dalam Kad Pengenalan di tempat baru.

Peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 pula menetapkan bahawa SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar jika pemilih berkenaan memohon pertukaran dan telah mengisi Borang A yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

6 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian ini. sngt berguna.

    ReplyDelete
  2. oh... terima kasih utk infonya. saya dah daftar haritu,baru tahu kena buat semakan utk lokasi mengundi semua. maklumat semua akan dikemaskini dalam tempoh 24 jam /lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama .. seronok dapat tahu ia dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

      Delete
    2. Bila banyak info yang bro HH kongsi memang yang baca boleh dapat banyak manfaat.

      Delete
  3. Kena pakat semak macam ni. Kata ada ura-ura tahun depan nak guna benda ni.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.