Senarai Nombor Telefon/WhatsApp Dipercayai Scammers Shopee

Kena tipu 'penjual' di Shopee! Siapa pernah kena tipu dengan penipu-penipu (scammers) yang kononnya adalah penjual di laman web shopping online popular seperti Shopee dan Lazada? Aha, saya antara pengguna yang pernah kena tipu hidup-hidup oleh individu yang menyamar sebagai seller di Shopee ni.

Pelik tetapi benar. Mungkin ada yang agak pelik kenapa saya boleh menjadi antara mangsa penipuan jenayah siber ini, walhal saya tahu cara nak elakkan diri dari terkena penipuan scammers online di laman web shopping online.

Senarai Nombor Telefon/WhatsApp Dipercayai Scammers, Menipu Mangsa di Shopee

Senarai Nombor Telefon/WhatsApp Dipercayai Scammers, Menipu Mangsa di Shopee

Benda nak jadi. Saya macam terpukau dengan tawaran menarik yang diiklankan secara am di laman web shopping online ni. Keadaan saya yang agak terdesak telah memudahkan scammers untuk memujuk saya hingga menyebabkan saya kerugian wang ringgit yang agak banyak.


Atas pengalaman yang ada tersebut, saya pun mula cuba jejaki scammers lain yang nampak sering muncul dalam kempen serta promosi besar-besaran dilakukan oleh laman web shopping online. Scammers ini tidak kekal.

Secara amnya, agak mudah nak kenali scammers di laman web shopping online, contohnya di Shopee.

Saya berikan anda petunjuk sedikit nak kenal scammers di Shopee ni ya.

Di Shopee, scammers ini akan wujudkan satu kedai online mereka sendiri tanpa proper description. Hanya deskripsi simple tanpa alamat kedai, tanpa gambar produk yang betul, tanpa ada sebarang review daripada pelanggan terdahulu.

Kalau nak tahu bagaimanan rupa kedai online Shopee yang sempurna, boleh rujuk panduan dalam ebook "Panduan Bisnes Shopee".

Selalunya, kedai online dibuat penipu-penipu ini adalah kedai yang baharu. Anda boleh semak tarikh mula sesuatu kedai itu mula diwujudkan dalam bahagian info kedai tersebut di Shopee.

Bagaimana Nak Kenali Scammers di Shopee

Ciri paling penting untuk anda merasai keraguan kepada seller yang ada dalam Shopee tu, apabila mereka minta anda berurusan di luar Shopee. Mereka akan minta nombor telefon atau whatsApp untuk membuat deal di luar Shopee dengan tawaran harga menarik jauh lebih murah dari harga biasa sesuatu produk.
Ciri Penting Nak Tahu Scammers di Shopee
  • Kedai online yang tak proper setup.
  • Gambar produk yang tidak berapa jelas (hanya letakkan satu gambar sahaja).
  • Tiada alamat kedai (penting kalau beli produk yang berharga lebih RM500).
  • Info dan deskripsi produk yang kurang menyakinkan.
  • Minta anda berikan nombor telefon/whatsApp untuk berurusan di luar Shopee.
  • Berikan anda nombor telefon/whatsApp untuk berurusan dengan pembelian.


Berikut adalah beberapa nombor telefon sellers yang pernah saya cuba hubungi untuk beli sebuah Smart TV di Shopee. Saya syak mereka adalah antara scammers yang berleluasa di Shopee untuk menipu pelanggan.

Nombor Telefon Disyaki Sebagai Scammers di Laman Web Shopping Online

Nombor Telefon Disyaki Sebagai Scammers Shopee
Nombor Telefon Disyaki Sebagai Scammers Shopee
Nombor Telefon Disyaki Sebagai Scammers Shopee

Jadi, daripada screenshot di atas, saya harap anda berhati-hati dengan nombor telefon/whatsApp berikut:
  • 013-4027419
  • 018-3762481
  • 011-17203619
  • 013-4027419
  • 014-6745425


Nombor telefon ini juga biasa digunakan untuk mempromosikan benda lain contohnya servis ramalan nombor ekor, pinjaman tanpa faedah dan beberapa lagi program yang boleh merugikan duit anda. Jadi, elakkan dari memberikan butiran nombor telefon kepada seller online terutama di Shopee ini.

Mahu memastikan anda tidak kena tipu semasa membeli-belah online di Shopee mahupun di Lazada atau laman web shopping online lain, buat transaksi dan urusniaga dalam laman web shopping itu sahaja.

Semoga info di atas akan membantu untuk elakkan lebih ramai daripada kita dari menjadi mangsa scammmers online terutama di Shopee ni.


Post a Comment

0 Comments