Skim Perumahan Belia Bank Simpanan Nasional (BSN). Ramai kot yang tak tahu berkaitan skim ini. Skim ini adalah merupakan antara usaha kerajaan untuk membantu golongan belia membeli rumah pertama mereka. Ia diwujudkan menerusi Dana Rumah Mampu Milik RM1bilion yang telah diumumkan oleh kerajaan dalam bajet tahunan.

Menerusi Skim Perumahan Belia BSN ini, para belia di Malaysia boleh mendapatkan dan membeli rumah berharga RM500,000 ke bawah. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan membuat permohonan menerusi skim MyHome BSN.

Skim Pinjaman Perumahan Belia Bank Simpanan Nasional

Skim Pinjaman Perumahan Belia Bank Simpanan Nasional
Skim Perumahan Belia BSN ini memberikan peluang untuk golongan belia samada yang masih bujang mahupun yang sudah berkahwin untuk berkemampuan membeli rumah pertama mereka dengan dengan adanya kemudahan pembiayaan ini.

Sebenarnya, skim ini telah lama diperkenalkan kerajaan, cuma tidak ramai yang mengetahuinya kecuali mereka yang sering berurusan dengan Bank Simpanan Nasional, yang rata-rata pendepositnya adalah dari golongan kakitangan kerajaan dan juga pesara.

Jadi, golongan belia yang mungkin bekerja swasta, yang bekerja sendiri ... ramai yang tidak sedar akan kewujudan skim ini.


Ciri-Ciri Skim dan Kelebihan

Antara ciri-ciri dan kelebihan skim ini adalah:
  • Kemudahan ini ditawarkan untuk membiayai hartanah yang sama ada sudah siap, sedang dalam pembinaan atau hartanah subsale.
  • 100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000
  • Kerajaan juga akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju/penjual

Daripada apa yang disenaraikan di atas, paling menarik ialah berkaitan bantuan ansuran bulanan yang diberikan sebanyak RM200 sebulan. Ia akan diberikan sepanjang tempoh 2 tahun, dan ia sangatlah membantu bagi mereka yang kemungkinan kekurangan bajet dari segi bayaran ansuran bulanan.

Ini bermakna, katakan jika bayaran bulanan rumah ialah sebanyak RM1,500 sebulan, jadi peminjam hanya perlu dan cuma membayar RM1,300 dalam tempoh 2 tahun pertama.


Skim ini diperuntukkan kepada golongan belia untuk membeli hartanah dari RM100,000 – RM500,000.

Apa lagi yang perlu anda tahu mengenai Skim Perumahan Belia ini?

Skim Pinjaman Perumahan Belia Bank Simpanan Nasional Untuk Yang Berkahwin
  • Skim Perumahan Belia BSN 2019 ini merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu golongan berusia 18-45 tahun, sama ada masih bujang mahu pun sudah berkahwin untuk membeli rumah pertama sahaja.
  • Tempoh pinjaman dari 5 tahun sehingga maksimum 35 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh Pinjaman).
  • Kadar faedah pula seperti yang ditetapkan di portal rasmi BSN iaitu:
    • Antara KA + 0.60% sehingga KA + 3.00% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.
    • Bagi amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan tanpa tempoh lock-in, kadar faedah indikatif adalah BR + 0.80%*.
    • Kadar Asas (KA) BSN semasa adalah 4.10% (berkuatkuasa mulai 7 Februari 2018).
  • Yuran guaman perlu dibayar sendiri oleh pembeli dan anda boleh membuat pengeluaran KWSP untuk membayar ansuran.

Syarat Permohonan Skim Perumahan Belia BSN

Bagi anda yang berminat untuk memohon skim perumahan BSN ini, sila penuhi syarat-syarat kelayakan di bawah:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Belia yang sudah berkahwin umur 25-40 tahun
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
  4. Pembeli rumah pertama sahaja 

Dokumen Diperlukan Untuk Permohonan Pinjaman Perumahan Belia

Permohonan perlu disertakan bersama beberapa dokumen yang diperlukan seperti berikut:
  1. Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
  2. Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
  3. Salinan Kad Pengenalan
  4. Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
  5. Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
  6. Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
  7. Salinan penyata KWSP
  8. Surat pengesahan berkerja daripada majikan
  9. Borang EA/ EC

Bagi yang bekerja sendiri, sila bawa dokumen berikut:
  1. Borang B/BE dan Resit LHDN
  2. Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  3. Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
  4. Dokumen – dokumen lain (jika perlu)


Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN atau anda boleh terlebih dahulu dapatkan makluman lain menerusi laman web rasmi BSN di sini - https://www.mybsn.com.my/

Siapa Cepat Dia Dapat

Elok rebut peluang yang terbuka luas untuk memiliki rumah pertama. Buat yang bujang tu, inilah masanya untuk tingkatkan kemampuan sebelum mendirikan rumahtangga. Weihhh siapa yang tak nak menantu yang dah ada rumah kediamanan sendiri.

Pun begitu, sukacita juga nak diingatkan bahawa skim ini adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat, dan tertakluk kepada 20,000 unit rumah kediaman sahaja.

Pastikan sebelum memohon, segala dokumen penting yang diperlukan telah siap lengkap. Biar terus sekali permohonan dibuat, anda terus dapat menikmati skim ini.

Walaupun skim ini terhad kepada 20,000 unit rumah sahaja, menurut laporan dikeluarkan Bank Negara Malaysia, sehingga September 2019, hanya sebanyak 18 peratus daripada keseluruhan jumlah dana RM1Billion yang diperuntukan diluluskan.

Maka, sekali lagi .. peluang itu masih ada.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement