Bayaran keempat dari progam affiliate Involve Asia. Alhamdulillah, saya telah pun dapat manfaat daripada mempromosikan produk-produk dan jenama dalam program affiliate percuma Involve Asia ni. Ini merupakan pembayaran kali keempat yang saya terima sejak mendaftar dalam program ini, dan kali kedua untuk tahun ini.

Jika anda seorang yang aktif dalam media sosial atau mempunyai blog, bolehlah daftarkan diri dalam program affiliate ini. Anda boleh menjana income secara sampingan menerusi perkongsian di dalam media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter mahupun blog sendiri.

Komisen Keempat Dari Program Affiliate Involve Asia

Buat duit online secara sampingan
Untuk pembayaran komisen kali keempat dari Involve Asia ni, saya berjaya menerima sebanyak RM264.70. Ia satu peningkatan berbanding jumlah komisen sebelum ini yang saya terima menerusi program percuma Involve Asia.

Sebelum ini, ramai rakan blogger yang join program ini mengeluh kerana permohonan pembayaran komisen agak lambat masuk ke dalam akaun bank. Alhamdulillah, situasi agak berbeza untuk saya kali ini.


Alhamdulillah, untuk pengeluaran kali ini, ia lebih pantas dari sebelum ini. Malah, permohonan saya diluluskan kurang dalam 2 minggu. Saya sangat gembira ... serius.

Buat duit online secara sampingan
Saya mengambil masa lebih kurang 5 bulan dari pembayaran komisen kali ketiga untuk membolehkan saya layak cash-out atau withdrawal kali ini. Bagi saya, ia satu pencapaian yang saya sendiri tak sangka.

Bagaimana Cara Saya Dapatkan Komisen?

Apa yang saya buat?

Saya cuma menggunakan banner-banner yang disediakan dalam dashboard Involve Asia untuk mempromosikan kempen-kempen tertentu.

Satu cara lagi ialah dengan menulis berkaitan produk-produk yang berkaitan dengan jenama yang ada dalam Involve Asia, seperti Lazada, Shopee dan beberapa lagi.

Buat duit online secara sampingan
Perkongsian tentang promosi dan kempen jenama dalam Involve Asia turut saya buat di page FB blog ini dan group FB yang berkenaan. Contohnya macam produk dalam Shopee, saya kongsikan info kempen promosi produk dan jenama dalam group FB yang ramai wanita yang suka shopping online.

Anda juga boleh gunakan cara dan teknik yang sama untuk mempromosikan produk dan jenama yang ada dalam Involve Asia ini.

Jika anda selalu menulis berkaitan percutian, bolehlah cari produk atau jenama berkaitan percutian seperti tiket penerbangan, tempahan hotel dan sebagainya. Dalam Involve Asia ada jenama MAS, Agoda, Airbnb, Hotels.com, Bus Online Ticket, Klook Travel dan bermacam lagi.


Cubalah.

Kalau anda masih belum mendaftar, boleh terus daftar secara percuma menerusi link di bawah ini.

Klik Sini Untuk Daftar Involve Asia

Gunakan kesempatan ini untuk jana income sampingan menerusi mempromosikan produk yang anda suka. :)

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement