Cara Buat Duit Online Menerusi Affiliate Percuma Involve Asia

Klik sini untuk TIPS TEMUDUGA
Salah satu kerja dari rumah yang best dan cara buat duit online tanpa memerlukan modal besar (hampir tiada modal) adalah menerusi program affiliate. Saya dah menyertai banyak program affiliate samada luar negara mahupun program affiliate tempatan. Rasanya sejak 2007 lagi. Pengalaman tu memang ada, samada pahit dan juga yang manis.

Secara amnya, pendaftaran untuk sertai mana-mana program affiliate adalah percuma. Anda tidak perlu bayar apa-apa untuk menyertai program jana income online menerusi affiliate ini. Pun begitu, anda kekal terikat dengan etika pemasaran serta terma syarat tertentu.

Cara Buat Duit Online Menerusi Involve Asia - Jana Komisen Tanpa Modal!

Cara Buat Duit Online Menerusi Involve Asia - Jana Komisen Tanpa Modal!
Salah satu program affiliate percuma yang saya sertai ialah Involve Asia. Saya boleh katakan, saya merupakan antara blogger terawal yang join program Invol veAsia ini yang dulunya dikenali sebagai ShopStylers.

Ketika awal-awal dulu, ada program agen cari agen. Jadi, memang seronok nak promosikan program InvolveAsia ini sebab anda akan terima komisyen RM5 bagi setiap pendaftaran. Tetapi kini program ini dah tak ada, yang tinggal cuma program mempromosikan jenama-jenama (beserta produk) yang berdaftar dengan Involve Asia.

Pun begitu, dengan cara yang betul serta teknik pemasaran yang tepat, in Sha Allah .. anda boleh jana income sampingan yang agak baik. Nilai conversion agak tinggi juga kalau anda dapat cari jenama dan produk yang sesuai untuk dipromosikan (bergantung kepada platform promosi anda).

Untuk mula menjana income sampingan secara online menerusi program affiliate Involve Asia ini, terlebih dahulu anda perlu melalui proses pendaftaran rasmi sebagai seorang Publisher.


Tapi, sila ambil ingatan bahawa ... untuk tidak merasa kecewa, anda perlu pastikan anda mempunyai atau miliki platform berikut untuk tujuan promosi/pemasaran sebelum nak apply jadi Publisher di Involve Asia.

  • Websites with your own domain / URL
  • Content websites (eg. productnation.co)
  • Loyalty and cashback platforms (eg. shopback.com)
  • Coupon sites and deal aggregator (eg. shopcoupons.co)
  • Influencers (eg. facebook/com/influence)
  • SSP (eg. Applovin)
  • Mobile Application (eg. Flipboard)
  • Media Buyer

Faham tak? Contohnya macam saya, saya gunakan blog, platform personal FB dan juga Instagram saya untuk mempromosikan produk-produk jenama di dalam Involve Asia ini. Anda perlu ADD PROPERTY di ruangan dashboard Involve Asia nanti untuk membolehkan anda promosi link yang akan diberikan.

1. Daftar Percuma Involve Asia

Cara buat duit online menerusi program percuma Involve Asia
Pergi ke link berikut untuk buat pendaftaran - https://app.involve.asia/signup. Isi nama anda, alamat email yang sering anda gunakan, tetapkan password dan klik kekotak persetujuan/reCaptcha. Lepas tu klik 'Sign-up'.

Satu email pengesahan akan dihantar ke alamat email yang anda daftarkan. Sahkan dengan klik pautan yang diberikan oleh Involve Asia. Ia kemudian akan bawa anda untuk login ke akaun.

Apabila disahkan, anda akan diberikan satu lagi email oleh Involve Asia yang mengesahkan akaun anda di Involve Asia - ini sekadar untuk pemberitahuan anda sahaja.


2. Login ke Involve Asia

Cara buat duit online menerusi program percuma Involve Asia

Jika pertama kali anda login ke Involve Asia, anda akan diminta untuk kemaskini butiran diri termasuklah butiran akaun bank untuk pembayaran komisen anda kelak. Jadi, isi sepenuhnya sehingga tiada lagi 'nota khas' dipaparkan di dashboard Involve Asia.

Oh ya, sukacita saya maklumkan .. pengesahan anda sebagai Publisher akan tergantung dahulu sehingga ada isi bahagian 'property'. Anda akan lihat notifikasi seperti di bawah ini.

Cara buat duit online menerusi program percuma Involve Asia

3. Tambahkan Property

Property adalah apa yang saya beritahu di awal tadi, samada laman web/blog, FB, Instagram, atau apa sahaja yang akan digunakan untuk promosi jenama/produk dalam Involve Asia. Anda perlu declare dahulu sebelum boleh kongsikan link affiliate anda.

Apabila dah declare tu, anda boleh nampak senarai property anda seperti saya tunjukkan di bawah ini.

Cara buat duit online menerusi program percuma Involve Asia


Apabila dah masukkan butiran berkaitan platform atau property tu, anda perlu tunggu pengesahan atau kebenaran dari pihak Involve Asia. Biasanya proses ini tak lama. Dari pengalaman saya, ia cuma ambil masa kurang 24 jam setelah anda submit.

Malah, ia hampir serta-merta jika platform anda itu tiada masalah.

4. Dapatkan Link Affiliate

Bila segalanya telah selesai. Anda kini boleh dapatkan link affiliate anda daripada pelbagai 'Merchants' yang ada dalam Involve Asia ini seperti MAS, Agoda, Lazada, iMoney, Seng Heng, Shopee, Carsome, Cameralah dan macam-macam lagi.

Pilih mana yang sesuai dengan niche property anda. Kalau anda letak property seperti blog macam saya, lepas tu anda letakkan kategori Travel, maka carilah merchant dalam kategori yang sama.

Pergi ke bahagian 'Browse Merchant'. Anda akan dapat lihat banyak senarai jenama dan produk di situ. Nak cari yang lebih tepat dengan niche atau kategori anda, anda klik butang berbentuk bunga pada kekotak search yang disediakan tu.

Cara buat duit online menerusi program percuma Involve Asia
Dalam senarai merchant tu .. anda akan lihat ada dua jenis merchant, satu yang am (generate link) dan satu lagi jenis anda perlu buat permohonan atau exclusive (apply).

Biasanya jenis eksklusif ni komisen dia agak tinggi. Jika anda nak cuba, boleh apply ... tapi harus diingatkan, apabila anda dah apply dan diterima, anda dinasihatkan supaya konsisten untuk buat promosi produk atau jenama tersebut. Kalau tak ada conversion, permohonan anda akan ditarik balik.

Untuk dapatkan link affiliate anda, klik butang 'Generate Link' tu. Anda akan diberikan satu link affiliate khas, contohnya seperti ditunjukkan di bawah ini.

Contoh, saya pilih Photobook. Bila klik generate link, ia akan keluar seperti di bawah ini. Anda copy je link yang diberikan tu. Klik je 'copy link' tu. Anda juga boleh terus share menerusi butang share yang disediakan tu.

Cara buat duit sampingan menerusi Involve Asia

5. Cara Nak Promosi Link Affiliate

Ada banyak cara yang boleh anda lakukan, tetapi anda perlu lakukan menerusi property yang telah anda masukkan di Involve Asia. Katakan property anda adalah Instagram, jadi anda boleh gunakan gambar Merchant atau apa-apa campaign yang disediakan Merchant tu untuk post gambar dan letakkan url/link affiliate anda.

Contoh:

Saya pilih 'browse merchant' dan taip 'photobook'. Tekan butang 'search' .. lepas tu, klik pada pautan atau link Photobook tu dan ia akan paparkan butiran merchant Photobook serta kempen yang ada, selain butang 'generate link' untuk tunjukkan url affiliate anda.

Anda boleh klik pada kempen yang ada untuk dapatkan banner/gambar khas yang boleh digunakan samada nak promosi di FB atau di Instagram. Anda juga boleh gunakannya di blog. Anda boleh 'save as' gambar yang disediakan dan link-kan kepada pautan yang telah disediakan khas.

Ok. Tu salah satu cara. Cara lain adalah seperti menulis satu artikel dan anda letakkan link affiliate merchant. Link ini boleh diambil terus menerusi butang 'generate link' tadi. Anda boleh pendekkan url diberikan menerusi fungsi pemendekkan yang disediakan.

Anda boleh tengok artikel blog saya ini - https://www.hasrulhassan.com/2018/07/photobook-memancing-chalet-amir.html

Dalam artikel tu ada link affiliate Involve Asia saya letakkan. :)

6. Lihat Jualan/Komisen

Cara paling mudah ialah menerusi dashboard Involve Asia. Anda boleh lihat jualan dan komisen yang bakal anda terima di situ.

7. Pengeluaran Komisen

Pengeluaran komisen adalah secara semi-automatik setelah mencapai had RM80. Anda cuma perlu klik butang 'withdraw' dan proses pengeluaran akan dibuat oleh pihak terbabit. Bayaran akan dibuat terus ke akaun bank anda, dan satu email pemberitahuan akan dihantar kepada anda apabila bayaran diproses.

Orait. Dah jelas cara nak buat duit di Involve Asia?

Buat Duit Tanpa Modal Menerusi Affiliate Perlu Konsisten

Saya dah siap berikan contoh di atas kan? Kalau anda ada blog, boleh selitkan link affiliate merchant yang sesuai dengan blog post anda contohnya kalau pergi bercuti, letakkan link tempahan hotel atau kapal terbang. Kalau ada banyak gambar, boleh syorkan untuk gunakan Photobook untuk print gambar.


Katakan anda cerita bab makan, boleh promosikan merchant yang berikan diskaun makan-makan. Kalau anda bershopping, boleh selitkan link merchant Lazada, Shopee, YouBeli, EZbuy, Alibaba dan banyak lagi.

Komisen yang anda akan diterima pula dalam banyak matawang, bersandarkan kepada asal Merchant tersebut. Anda boleh dapat dalam Euro, USD, dan juga MYR.

Komisen tak adalah tinggi mana, tetapi ia boleh jadi pendapatan sampingan mudah kalau anda tahu cara nak promosi dengan betul sesuai dengan niche.

Lagi satu, ada banyak jenis komisen disediakan selain Pay-Per-Sale. Ada Pay-Per-Click, ada Pay-Per-Action. Kena rajin explore apa yang ada dalam Involve Asia ni. Dan seringkali berhubung dengan akaun manager Involve Asia anda.

Selamat mencuba ya.

Post a Comment

1 Comments

  1. Cik Ila akaun publisher dengan Involve asia ni. Tp stuck tak tau nak mula mcm mana. Thank you sharekan info ni.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.