Siapa sini menggunakan blogspot atau blogger.com untuk berblog macam saya? Aha .. anda sedar tak yang sesuatu yang baharu sedang dilaksanakan oleh pihak Google Blogger? Jika anda perasan, ada satu notifikasi di sudut bawah dalam dashboard blogspot anda, yang menyatakan yang blogger.com akan ada sedikit perubahan dan penambahbaikan.

Anda akan nampak notifikasi ini sebaik sahaja anda login ke dalam dashboard blogger. Jika tak nampak, logout dan kemudian login semula. Anda klik notifikasi tersebut, dan anda akan dapat tahu beberapa perubahan tersebut.

Perubahan Dashboard Blogger.com Untuk Fungsi Lebih Mesra Mobile

Perubahan baharu pada dashboard blogger
Perubahan terawal yang saya perasan ialah pada bahagian stats di dashboard blogger.com. Wah wah wah ... nampak macam lebih menarik daripada yang dulu. Jika dulu bahagian stats di blogger.com ni nampak kelam je ...

Tapi sekarang, dah nampak agak menarik pada pandangan sayalah ..

Paparan Perubahan Pada Bahagian Stats Blogger


Perubahan Pada Bahagian Stats Blogger
Kali ini anda nampak ia lebih 'berseri' dengan grafik menunjukkan pencapaian atau statistik blog anda sepanjang anda menggunakan blogger.com.

Anda juga lebih nampak mengenai post-post yang memberikan impak trafik di ruangan ini.

Perubahan Pada Bahagian Stats Blogger

Saya difahamkan, akan ada beberapa lagi perubahan pada ruangan dashboard blogger.com ini sedikit masa lagi. Ia akan mengalami perubahan secara berperingkat dalam usaha memastikan blog yang dicipta menerusi platform ini relevan dengan teknologi masakini.

Menurut Blogger.com, perubahan akan berlaku bagi memastikan blog yang terhasil lebih menjurus kepada platform mobile. Kemungkinan besar, akan ada banyak template standard disesuaikan dengan penampilan mesra mobile.

Jika anda tak perasan lagi, cubalah tengok nanti.



1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sekarang banyak org google guna Hp.. kalau blog tak mesra Mobile memang jadi celaru. saya pun pening nak cari templet yg mesra Mobile ni. saya ni baru belajar. terima kasih Bos sebab banyak info2 dlm blog bos sangat bermanfaat pada saya yg baru nak belajar ni. Blog saya https://idaman-info.blogspot.com.
    Semoga saudara di berkati dan di rahmati di atas ilmu bos yg bermanfaat ini.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement