Ayam Panggang - Menu masakan paling sempoi dan sedap dimakan dengan nasi panas. Yeahhh .. siapa yang tak suka ayam panggang kan? Anak-anak kecil pun suka makan ayam panggang. Dan menu masakan ayam panggang adalah antara yang paling mudah nak dibuat.

Menu macam ni boleh dimasak dengan pelbagai cara. Ada yang menggunakan cara tradisional, dipanggang menggunakan arang atau bara kayu atau bara tempurung kelapa. Ia juga menu popular yang sering menjadi pilihan peniaga Pasar Malam dan Bazar Ramadan untuk dijual.

Mudah dan Syok Panggang Ayam Guna Air Fryer

Panggang Ayam Guna Air Fryer
Dulu, masa kecik-kecik, menu masakan ayam panggang ni adalah menu makan yang dianggap istimewa. Hanya ketika ada majlis tertentu je saya akan dapat makan. Yelah, waktu tu .. nak masak menu ni agak renyah .. mesti kena masak guna pemanggang atau bara api.

Kalau orang tu berduit sikit, mungkin akan gunakan oven.

Antara majlis yang saya ingat ada hidangkan menu masakan ayam panggang ni ialah ketika majlis berkhatan saya dulu. Lepas tu dalam kenduri kendara perkahwinan atau pertunangan.

Zaman dah berubah, ye tak?


Sekarang dah mudah nak memanggang ayam dan ikan. Ada yang gunakan pemanggang ajaib, ada yang gunakan microwawe dan macam-macam lagilah.

Macam saya, saya gunakan Philips Air Fryer untuk memanggang ayam, daging atau ikan. Memang cukup mudah. Lepas dah siap peram bahan yang saya nak panggang, terus je masuk dalam tray air fryer ni.

Panggang Ayam Guna Air Fryer
Setkan tempoh masa dan juga suhu pemanggang, lepas tu biarkan sahaja. Siap ada bunyi. Terus keluarkan daripada Air Fryer, siap untuk dihidang dan dimakan panas-panas.

Hasil panggang ayam ni memang cukup rasa. Lembut, warna panggang pun cantik menarik serta menyelerakan.

Resepi Ayam Panggang Hasrul Hassan

Panggang Ayam Guna Air Fryer


Kalau anda nak panggang ayam, boleh gunakan resepi Ayam Panggang di bawah ini. Simple je.

Bahan-Bahan

  • Ayam (sebelah)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Kicap lemak manis
  • Sos tiram
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Jintan manis 
  • Madu lebah

Cara Perapan

  1. Selepas bersihkan ayam, masukkan ke dalam mangkuk besar atau besen kecil.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap, sos tiram ikut nisbah ni 2-3-2-1. Kena ikut nisbah ni tak kira ada guna sudu ke, senduk ke, cawan ke ...
  3. Gaul sebati.
  4. Lepas tu, masukkan pula serbuk kunyit, jintan manis dan sesudu garam.
  5. Gaul bahan-bahan ni bersama ayam tadi, dan peram selama 20-30 minit dalam petiais atau biarkan sahaja atas dapur.
 

Cara Masak

Panggang Ayam Guna Air Fryer
  1. Panggang dalam air fyer anda. Letakkan suhu 180 darjah celcius dalam masa 25 minit. 
  2. Ketika dalam minit ke 20 (lihat pada air fryer), buka tray dan sapu madu ke atas ayam. Letakkan juga sedikit minyak untuk garingkan bahagian luar ayam.

Selesai.

Anda boleh juga gunakan resepi ni untuk cara panggang yang lain, tiada masalah. Cuma letakkan madu selepas ayam sedikit masak. Okeh.

Selamat mencuba, dan jangan lupa .. kalau ada bajet, belilah sebuah air fryer. Ada banyak jenama dah sekarang yang jual dengan harga cukup murah. Boleh try lihat di Shopee dan juga Lazada ya .. :)


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. guna air fryer ni tahap penggunaan elektrik dia camna ye? sama tinggi mcm oven gak ke atau kurang sikit?

    nak komen sikit boleh? maaf ye.
    garisan hitam kat tengah2 blog tu memang disengajakan ke? hat yg ada tab menu tu? rasa mcm terganggu pandangan sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Garisan hitam apa ye? Sbb kat pc dengan phone saya, paparan ok je .. takde garisan spt disebutkan tu. Boleh tahu guna browser apa? Sbb ia mungkin kerana ada browser yang tak benarkan langsung iklan keluar.

      Saya syak .. mungkin disebbakn itu, ruangan AUTOADS dari GOOGLE yang sepatutnya keluar jadi hitam.

      Rasanyalah.

      Padam
  2. Tq enck hasrul. Td air fryer baru sampai. maklum lah skrg RMO. semuanya beli on9. tak kurg jugk, laponye memanjang. resepi encik adalah resepi pertama yg singgah kt air fryer sy. tq for the idea. sedap n mudah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement