Pantang keluar iklan promosi barang kat Shopee ni. Mesti saya akan terbeli .. lagi-lagi bila komisen jual produk affiliate dah masuk akaun. Iklan Shopee tu tau je saya ada duit sikit, mulalah menjerat menggunakan kempen promosi beli barang harga murah.

Baru-baru ini, saya memang dalam bajet untuk lengkapkan keperluan di dapur. Banyak barang yang dah habis stok, macam cecair pencuci,

Borong Online Beli Produk Unilever Menerusi Shopee

Shopping di Shopee
Shopee. Antara laman web shopping online kegemaran saya sekarang. Ia bukan sekadar tempat yang menjual barang dengan harga yang jauh lebih murah, tetapi saya boleh dapatkan barang-barang ini tanpa perlu bayar kos penghantaran yang tinggi.

Jadi, saya dapat double jimat bila bershopping online beli keperluan macam cecair pencuci, sabun cuci pinggan, plastik sampah dan macam-macam lagi.

Lagi-lagi hari tu musim jerebu melanda negara. Elok duduk di rumah dari berkeliaran dan keluar rumah. Dapat jimat belanja dan dapat elakkan dari bahaya kesan jerebu.


Saya borong produk dari Unilever. Ada beberapa produk dari syarikat ini yang saya gunakan di rumah. Jadi, bila dah kehabisan .. memang saya akan top-up produk yang sama. Jarang saya bertukar jenama melainkan ada tawaran yang lebih baik.

Ni antara barang yang saya borong secara online di Shopee tempoh hari ..

Shopping di Shopee
Banyak kan? Memang saya beli banyak barang sebab harganya yang jauh lebih murah daripada apa yang dijual di kedai dan pasaraya.

Shopping di Shopee
Vaseline ni pula saya dapat secara percuma .... yang saya biasa gunakan untuk merawat kulit kering pada wajah saya. Produk ni memang saya gunakan terutama kalau nak pergi memancing. Ia adalah produk pilihan saya sejak daripada zaman bujang belajar kat USM lagi.

Huhu .. siapa kata lelaki macam saya tak pentingkan perawatan kulit?

Shopee memang ada banyak pilihan produk yang best .. yang dijual dengan harga cukup murah. Kerana itulah, ia menjadi laman web shopping online paling popular sekarang.

Ia bukan sekadar menyediakan platform untuk beli-belah secara online, tetapi turut membuka peluang untuk menambah pendapatan dengan membuka kedai online percuma menerusi platform Shopee Seller Center.

Jika nak belajar cara nak menjual produk di Shopee, boleh gunakan panduan ini - Panduan Lengkap Berniaga di Shopee

Semoga terhibur dengan perkongsian saya kali ini ya .... huhu.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. belum pernah lagi beli barangan rumah online sbb pikir nanti kalau dia pos jenuh jugak nak angkut dari office ke rumah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement