Panduan Borong Produk Dari Jepun Guna Platform Mudah

Siapa sini minat untuk borong barang dari Jepun? Aha .. sekarang ni dah ada panduan lengkap yang best yang boleh anda ikuti kalau berminat nak memborong barang dan produk original dari Jepun. Menariknya ialah, anda cuma perlu memborong secara online menerusi satu platform sahaja.

Sebenarnya ada beberapa platform mudah untuk memborong barang terus dari Jepun ni. Tetapi menerusi Panduan Borong Jepun yang akan saya ceritakan ni, anda cuma perlu fokus pada satu platform sahaja, semuanya lengkap.

Panduan Borong dari Jepun - Guna Satu Platform Mudah Tanpa Orang Tengah

Cara Borong dari Jepun Secara Online
Sebelum ini, saya banyak kali promosikan mengenai beli borong dari China. Selepas borong dari China, anda boleh terus buat duit kaw-kaw menerusi platform di Shopee. Memang best memborong di China ni, sebab ada banyak barangan keperluan yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia, dah la ianya mudah dijual menerusi Shopee dan juga Lazada, serta di media sosial.

Tetapi, keuntungannya tak sama dengan menjual barangan daripada Jepun.

Kedai Jual Barang Jepun di Malaysia

Anda perasan tak kewujudan beberapa stor dan kedai yang menjual produk dan barangan dari Jepun? Kalau pergi ke shopping mall yang besar-besar, ada je kedai berjenama tertentu yang menjual produk dan barangan dari Jepun ni.
Cara Borong dari Jepun Secara Online
Cara Borong dari Jepun Secara Online
Semuanya tulisan Jepun.

Walaupun sepatah haram tak tahu pasal bahasa Jepun, ramai juga yang membelinya. Kerana apa? Mungkin kerana kualitinya adalah lebih baik daripada barangan yang diambil dari China ...

Permintaan itu dah wujud. Itulah sebabnya adanya panduan ini. Panduan yang akan bantu anda untuk memborong barang dari Jepun, dan seterusnya buat pendapatan tambahan atau sampingan dengan menjualnya di Malaysia.

Panduan ini disediakan oleh saudara Hafis.
Cara Borong dari Jepun Secara Online


Beliau merupakan personal shopper yang dah banyak ambil order dan memborong terus pelbagai produk dari Jepun. Kejayaan beliau memborong dari Jepun dan buat duit untung besar adalah kerana 3 faktor berikut:
  1. Peminat Khas
    • Banyak barangan dari Jepun ini ada peminat khas, terutama berkaitan figura dan produk unik berkaitan anime. Walaupun ia dijual pada harga yang agak luar-biasa, namun masih ada yang mendapatkannya.
  2. Komuniti Khas
    • Dalam beberapa group Facebook, wujud beberapa komuniti khas yang menjurus kepada produk dan jenama dari Jepun, contohnya jam tangan G-Shock. Mereka ini peminat tegar dan tidak gemar kepada barangan dan produk tiruan.
  3. Kualiti
    • Tidak dinafikan kualiti produk dari Jepun adalah yang terbaik. Baju bundle atau baju second-hand daripada Jepun adalah salah satu contoh mengapa ramai orang mendapatkannya walaupun ada pilihan lain. Malah, di tempat saya .. ada kedai yang menjual perabot terpakai dari Jepun. Semuanya kerana kualitinya yang tetap ummphh dan terjaga.

Anda nak ikut jejak langkah saudara Hafis yang berjaya buat duit dengan jual barangan yang diborong dari Jepun?

Kalau anda teringin nak memborong dari Jepun, bolehlah gunakan Panduan Borong Jepun yang telah disediakan beliau. Dalam panduan tersebut, semuanya diceritakan satu persatu untuk bantu anda memborong dari Jepun.

Kelebihan Panduan Borong Jepun

Cara Borong dari Jepun Secara Online
Kalau tak untuk berniaga, anda boleh sahaja gunakan untuk kegunaan peribadi, beli untuk diri sendiri .. kerana harganya adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan apa yang dijual di kedai-kedai.

Apa kelebihan panduan ini?

Gunakan Hanya Satu Platform untuk Memborong

Ada berpuluh lubuk barangan Jepun, itu realitinya. Tapi untuk pengetahuan anda, semua lubuk yang ada di Jepun tu sebenarnya ada barang yang sama. Semuanya dari satu tempat yang sama!

Jadi kenapa anda perlukan semua lubuk tu kalau semuanya barang sama? Menerusi panduan ini, anda cuma tumpukan pada satu platform yang lengkap:
  • Di situ cari barang
  • Di situ check harga total
  • Di situ la order
  • Di situ juga bayar
  • Di situ juga warehouse
  • Di situ boleh buat kira-kira kos
  • Di situ juga check lokasi barang

Segalanya dalam satu platform! Tak perlu nak fikir banyak dan pening kepala.

Tidak Menggunakan Orang Tengah

Panduan ini tunjukkan yang semuanya dilakukan secara automatik. Notifikasi melalui email on the spot.
  • Dah order, dapat email
  • Dah sampai warehouse, dapat email
  • Dah pos, dapat email

Segalanya automatik.


Anda tak payah dah susah payah nak whatsapp atau contact orang tengah untuk beli barang. Bayangkan kalau orang tu tak ada line, atau terlalu sibuk, ia akan menyukarkan dan memberikan masalah kepada urusan anda.

Menerusi panduan ini, ia akan tunjukkan yang platform ini uruskan segalanya.

Mudah

Benda biasa jika anda menggunakan sistem online untuk membeli atau memborong produk dari luar negara, memang kena daftar dan buat akaun di platform yang nak digunakan. Ia penting sebagai langkah keselematan apatah lagi bila perlu menggunakan kad debit dan sebagainya.

Jangan bimbang, panduan ini tunjukkan caranya. Pendaftaran pun tak susah, senang sahaja.

Segalanya ditunjukkan step-by-step untuk daftar akaun sampailah berjaya.

Sistem Auto-Debit

Untuk pengetahuan, ada banyak lubuk borong Jepun anda kena topup duit dulu dalam akaun, baru boleh mula beli barang. Ada juga yang kena bayar pakai matawang yen sahaja.

Ini biasanya berlaku, anda terpaksa menggunakan khidmat ejen (orang tengah) untuk melakukan pembayaran. Anda perlu transfer duit pada ejen terlebih dulu, ejen bayar pada pemborong, pemborong beritahu yang pembelian dah dilakukan .. etc... etc ... banyak kerja tambahan. Makin susah pula kerja. Memang melecehkan.


Menerusi panduan ini, anda akan gunakan platform disediakan untuk memudahkan kerja anda. Platform ini akan memudahkan proses pembayaran melalui auto debit. Auto debit boleh dibuat melalui Paypal atau kad debit.

Itu lebih mudah, connect je akaun, semua urusan soal pembayaran boleh dilaksana dengan mudah dan pantas. Panduan ini akan tunjuk step by step sampai berjaya!

Proses Dipermudahkan

Anda tak banyak kerja dah. Menggunakan panduan yang disediakan, anda akan dapat manfaat ini:

  • Tak perlu susah payah contact orang tengah untuk tanya harga conversion
  • Tak perlu susah payah tanya berapa perlu bayar
  • Tak perlu tanya berapa kos penghantaran atau pos ke Malaysia
  • Tak perlu susah payah tanya barang dah sampai mana
  • Tak perlu tunggu info terkini dari orang tengah
  • Tak perlu whatsapp orang untuk buat bayaran
  • Tak perlu buang masa tunggu respon

Benda dah dipermudahkan, buat apa cari cara dan jalan yang susah untuk borong barang dari Jepun?


Panduan ini telah disediakan untuk bantu mereka yang mahu memborong dari Jepun, tak kiralah untuk memborong bagi mendapatkan harga murah bagi kegunaan sendiri ataupun dibuat berniaga.

Kalau anda nak berniaga, lihat potensi keuntungan yang boleh anda buat di bawah ..

Cara Borong dari Jepun Secara Online
Cara Borong dari Jepun Secara Online
Cara Borong dari Jepun Secara Online
Masih nak berfikir panjang?

Dunia realiti, tiada siapa pun yang nak tunjukkan cara nak borong barang murah dari Jepun. Kalau ada pun, ianya diberikan dalam bengkel-bengkel dan seminar khas, yang mungkin menelan belanja besar buat mereka yang baharu nak berniaga.

Jadi, ini adalah alternatif untuk belajar teknik nak memborong barang dari Jepun secara online, hanya satu platform tanpa orang tengah.


Panduan ni bukan untuk semua orang. Hanya untuk yang nak guna sahaja.
Bisnes Kambing

Post a Comment

1 Comments

  1. wah bestnya.. barangan dari jepun especially fashion mmg ramai yang suka kan

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com