Kakitangan Awam Nampak Lebih Punctual Menerusi Waktu Bekerja Fleksi (WBF)

Mulai bulan Ogos 2019, satu sistem waktu kerja baharu diperkenalkan dalam skim perkhidmatan awam Malaysia. Ia menggantikan sistem waktu kerja lama yang dikenali sebagai Waktu Bekerja Berperingkat (WBB). Waktu kerja baharu dikenali sebagai Waktu Bekerja Fleksi (WBF).

Sistem WBF merupakan sistem waktu kerja yang ditambah baik untuk sektor awam. Ianya adalah selaras dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, di mana pihak Kerajaan bersetuju menambah baik aturan kerja sedia ada daripada persekitaran kerja yang tegar kepada persekitaran kerja yang fleksibel dengan melaksanakan WBF di agensi Kerajaan Persekutuan.

Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Lebih Baik?

Waktu Bekerja Fleksi
Sistem kerja ini, sebelum dilaksanakan sepenuhnya mulai Ogos 2019 di semua agensi Kerajaan, ianya telah dilakukan secara rintis di Kementerian/Jabatan Persekutuan di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Perlis, Perak, Selangor, Johor, Terengganu, Sarawak dan Sabah sejak 1 Mac 2019.

Berdasarkan hasil kajian rintis tersebut, Kerajaan telah bersetuju supaya WBF ini dilaksanakan di semua agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara.

Apa Maksud Waktu Bekerja Fleksi?

Apa yang dimaksudkan dengan sistem kerja WBF ini?

WBF adalah merupakan masa bekerja yang fleksibel di mana pegawai diberi fleksibiliti untuk hadir bekerja dalam tempoh waktu masuk dan waktu pulang yang ditetapkan, dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari.


WBF diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang sebelum ini menggunapakai WBB.

Dengan pelaksanaan WBF ini, waktu pejabat adalah bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 6.00 petang kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor iaitu bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang.

[Dah Baca?] Tarikh Gaji Kakitangan Awam untuk Tahun 2019

Selaras dengan pelaksanaan WBF ini juga, Kerajaan memberikan fleksibiliti kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dengan mengurangkan waktu rehat selama 30 minit dalam bulan Ramadan bagi membenarkan pegawai meninggalkan pejabat 30 minit lebih awal.

Pegawai boleh memilih untuk mengurangkan waktu rehat sebanyak 30 minit berdasarkan WBF Bulan Ramadan seperti dinyatakan di dalam pekeliling P.P Bil 05/2019.

Untuk info lengkap berkaitan waktu bekerja kakitangan awam menerusi sistem WBF ini, anda boleh rujuk kepada pekeliling Perkhidmatan Awam berikut - https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2019/pp052019.pdf

Pegawai dan Kakitangan Awam Lebih Punctual dari Biasa

Menariknya ialah, sejak sistem ini mula digunapakai, saya dapati kebanyakkan kakitangan awam kini lebih punctual di tempat kerja. Tidak ada lagi kisah kakitangan awam masuk lewat ke pejabat dan juga pulang lewat keluar pejabat.

Semua punctual.


Jika waktu kerja WBF dipilih adalah jam 8:00 pagi masuk pejabat, maka tepat jam 8:00 pagi dah klik 'punch-card'. Begitulah juga ketika waktu kerja telah habis -  tepat jam 5:00 petang.

Biasanya ramai kakitangan awam yang akan pilih untuk pulang awal .. jadi, ramai yang akan masuk ke pejabat lebih awal, seawal jam 7:30 pagi.

Mereka menggunakan masa tempoh kerja selama 9 jam untuk selesaikan segala tugas dan tanggungjawab menurut pekeliling yang telah diedarkan di semua jabatan Kerajaan.

[Dah Baca?] Bercuti Bajet Dengan Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan Khas untuk Kakitangan Awam

Dan dengan bermulanya sistem BWF ini juga, pelaksanaan kebenaran pulang awal satu jam kepada pegawai wanita mengandung dan suami juga terpakai.

Secara amnya, saya melihat sistem WBF ini nampak lebih baik, kerana ada banyak kelebihan yang diberikan kepada kakitangan awam dalam melaksanakan tugas, cumanya ... ketua jabatan mungkin perlu memantau dengan lebih rapi, dan memastikan jadual kerja baharu ini tidak mengganggu perlaksanaan tugas yang sepatutnya.

Anda nak komen? Boleh komen di bawah dan tinggalkan pendapat anda berkaitan sistem kerja baharu ini.

  • Borong

Post a Comment

0 Comments