Hikmah Dari 20 Karektor Individu Lahir Bulan Ogos

Sedar tak sedar dah tiba bulan Ogos. Bulan Ogos adalah bulan yang agak istimewa bagi diri saya. Pada bulan Ogos, saya dilahirkan. Pada bulan Ogos juga, Tanah Melayu mendapat kemerdekaan dan menjadi sebuah negara merdeka berdaulat bernama Malaysia. Pada bulan yang sama juga, blog ini diperkenalkan pada tahun 2010. Dan pada bulan Ogos juga kembar saya, Chris Hemsworth (Thor) dilahirkan ... huhu.

Mereka yang lahir bulan Ogos memang mempunyai karektor yang unik. Siapa yang lahir bulan Ogos mempunyai karektor yang agak kuat kerana individu yang lahir pada bulan ini biasanya mempunyai semangat juang yang tinggi, tidak cepat mengalah dan sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan.

Hikmah Dari 20 Sikap Individu Lahir Bulan Ogos

20 karektor mereka lahir bulan ogos
Apa yang dinyatakan berkaitan sikap individu lahir pada bulan Ogos adalah secara subjektif. Ia mungkin berbeza mengikut keadaan, kaum, budaya dan tempat persekitaran. Ia juga mungkin berbeza bersandarkan kepada umur serta jantina.

20 karektor mereka lahir bulan ogos


20 karektor mereka lahir bulan ogos
Antara selebriti Malaysia yang lahir pada bulan Ogos adalah pelakon cantik Ummi Nazeerah dan juga Hanez Suraya.

Ada hikmah bila ada pakar yang membuat kajian serta pemerhatian berkaitan sikap manusia ini, dalam hal ini mereka yang lahir pada bulan Ogos seperti diri saya. Sejauh mana kebenarannya itu, ia adalah rahsia individu yang lahir pada bulan tersebut.

Apa lagi karakter-karakter yang ada pada individu yang lahir pada bulan Ogos ini? Nak tahu lagi?

Sifat, Sikap dan Karektor Individu Lahir Ogos

Saya berikan secara ringkas seterusnya ... 19 sifat dan sikap mereka lahir bulan Ogos sebagai panduan untuk penilaian diri sendiri.

  1. Suka berlawak
  2. Mudah tertawan kepadanya
  3. Sopan santun dan penyayang
  4. Berani dan tak tahu takut
  5. Pandai pujuk orang lain
  6. Terlalu pemurah
  7. Bersikap ego
  8. Cepat marah & mudah mengamuk
  9. Suka mencari kawan
  10. Sangat cemburu
  11. Cepat berfikir
  12. Fikiran yang berdikari
  13. Mudah marah apabila cakapnya dilawan
  14. Suka berangan
  15. Sikap kelam kabut
  16. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
  17. Nilai harga diri yang sangat tinggi
  18. Romantik
  19. Daya pemerhatian yang tajam


Sekali lagi, saya ingin tegas dan nyatakan bahawa ini adalah sekadar pemerhatian dan kajian yang telah dibuat dengan melihat kepada orang sekeliling. Ia juga berdasarkan kepada kitab-kitab lama yang mengkaji berkaitan karektor dan peribadi manusia daripada pelbagai faktor.

Sifat di atas mungkin ada benar pada jantina, umur, bangsa tertentu dan berbeza pada yang lainnya. Ada yang secara kebetulan sama 100% .. ada pula sebahagian, sekali lagi .. ia bergantung kepada beberapa aspek lain yang akan mempengaruhi.

Jadi, jangan kecewa atau terkejut apabila ada sifat individu lahir bulan Ogos nampak agak positif di awalnya, tetapi lama-kelamaan berubah sikap dan karektor atas faktor lain yang saya sebutkan tu.

Hikmahnya di sini, ialah .. kita mampu mengubah dan memperbaiki diri atas kesedaran bahawa ada sifat-sifat negatif dan positif yang dikaitkan dengan bulan kelahiran diri kita. Gunakan sebagai salah satu cara untuk menjadi lebih baik.

Apapun, janganlah percaya 100% bulat-bulat ... ia kajian manusia, dan pastinya terdapat kelemahan dari segi capaian ilmu.


Post a Comment

4 Comments

  1. Replies
    1. Hehehe.. terima kasih kerana masih sudi singgah dan baca blog saya

      Delete
  2. abah aida lahir ogos 1945.
    raya haji ni kami sambut ramai2. raikan abah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh sebelum merdeka? Mesti banyak cerita dan pengalamam masa zaman sebelum merdeka tu .. leh la share dalam blog .. :)

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com