Personal Shopper. Satu peluang kerja part-time yang semakin ramai orang ceburi, terutama surirumah yang suka bershopping dan juga kaki travel yang mahu mencari wang sampingan lebih ketika melancong. Ia satu kerja yang semakin popular apatah lagi ia satu kerja yang menyeronokkan.

Hari ini saya nak kongsikan serba ringkas mengenai Personal Shopper. Kebetulan pula isteri saya baru sahaja gunakan khidmat Personal Shopper, iaitu kawannya sendiri untuk borong buku novel pre-loved karya Awang Murshid.

Buat Duit Tambahan Menjadi Personal Shopper

Cara buat duit personal shopper
Errr .. anda tahu ke apa itu Personal Shopper? Ia sebenarnya satu kerjaya yang dah lama popular di luar negara. Ia sebenarnya memberikan khidmat kepada orang yang kaki shopping tetapi terikat atau ada halangan atas sebab-sebab tertentu.

Personal Shopper ni, kalau buat betul-betul boleh menjadi satu kerjaya yang menguntungkan. Dan jangan tak percaya, ada yang menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa.


Baik.

Buat mereka yang mungkin baru pertama kali mengetahui atau mendengar mengenai Personal Shopper ini .. hmmm .... Personal Shopper jika diterjemahkan ia memberi makna Pembeli Peribadi.

Pembeli Peribadi??

Cara buat duit personal shopper
Okay, Personal Shopper adalah orang yang menyediakan pertolongan untuk belikan sesuatu produk yang dipesan atau dikirim oleh seseorang atau kenalan yang tidak dapat nak membeli produk tu sendiri. Tak dapat membeli mungkin disebabkan beberapa faktor seperti lokasi, masa dan juga pengangkutan.

Kalau orang yang akal berniaga, ia boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang menyediakan servis kepada orang lain.

Servisnya - tolong belikan barang.

Cara buat duit personal shopper


Isteri saya memang biasa gunakan servis Personal Shopper ni. Biasanya nak mendapatkan barang dari oversea macam kain ela atau tudung cantik-cantik kat Vietnam, pewangi kat Australia, kasut dan beg berjenama di UK atau U.S.

Kenapa beli kat sana? Sebab .... harganya jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Dan .. ia lebih senang didapati kat luar negara berbanding di Malaysia ni. Dan satu lagi, kadangkala benda tu hanya ada kat luar negara je ..

Macam isteri saya beli seterika wap dari U.K.... kat Malaysia harganya beribu ringgit tapi isteri saya beli menerusi Personal Shopper .. cuma ratus ringgit sahaja, lepas tu boleh bayar secara ansuran! Yelah, kawan-kawan kann .. huhuhu.

Nak ke sana, memang tak dapatlah .. dah pasti kena angkut satu famili, memang tak ada bajetlah. Tiket kapal terbang, hotel penginapan? Bajet kenderaan lagi .. uh jenuh ..

Okeh.

Boleh Dapat Pendapatan Sehingga Ribuan RM

Menurut rakan yang buat servis sebagai Personal Shopper ni .. mereka boleh dapat 'imbuhan' sehingga ribuan ringgit dalam sebulan. Hanya bantu orang untuk beli barang sahaja lepas tu ... samada diposkan atau diserah sendiri.

Paling menarik ialah, mereka hampir melakukan servis ini tanpa gunakan modal yang besar, malah ... hampir tiada kos pun ditanggung.

Jadi Personal Shopper Beli Barang di IKEA

Jadi Personal Shopper Beli Barang di IKEA
Contohnya, seorang dari kenalan yang saya kenal menerusi Facebook. Beliau fokus menjadi Personal Shopper untuk komuniti di Parit Buntar (kampung halamannya) untuk beli-belah barangan di IKEA Damansara (sebelum wujudnya IKEA Penang).

Beliau selalu naikkan post dalam komuniti FB Parit Buntar, menawarkan servis untuk beli-belah apa-apa jua barang yang ada dijual di IKEA. Cara beliau mudah je, hanya ambil gambar barang dalam IKEA dan kongsikan di laman FB. Siapa yang minat nak beli, diminta untuk hubungi beliau.

Kadang tu, hanya gunakan katalog IKEA sahaja.

Ada juga benda yang beliau dah beli, beliau share produk tersebut di laman sosial. Bila ada yang tanya kat mana dapatkan produk tu, masa tulah beliau offer servis sebagai Personal Shopper.

Dalam IKEA memang banyak barangan dan produk menarik.


Jadi tiap kali beliau ke KL, memang wajib akan singgah ke IKEA.

Waktu itu juga, beliau yang dah berada di dalam IKEA, akan kongsikan menerusi video FB Live atau IG Live untuk tunjukkan produk dan promosi terkini dalam IKEA. Dari hanya nak mencari dan membeli barangan dipesan kenalan yang berharga RM10, beliau berjaya 'paksa' kenalannya beli barangan sehingga melebihi RM100 - RM200.

Itu dari seorang kenalan!

Cara Buat Duit Menerusi Personal Shopper

Bagaimana dia buat untung? Pastilah menerusi caj yang dikenakan bagi setiap order atau pesanan, termasuklah kos penghantaran.

Dan bestnya, beliau boleh dapat points menerusi kad keahlian tertentu bila beli-belah di IKEA tu. Uhh dapat lagi untung kali kedua. Memang best jadi Personal Shopper ni kan? Betul tak?

Orang lain bila masuk IKEA, banyak duit dihabiskan...

Seronok Buat Duit Dengan Bershopping di Tempat Kita Suka

Jual barang antik personal shopper
Tapi bagi beliau yang memang suka shopping, tiap kali masuk IKEA, beliau akan buat duit dengan seronoknya, tanpa stress ... malah pada masa yang sama boleh menikmati Meat Ball IKEA yang terkenal tu hampir setiap minggu!

Okey. Itu antara banyak kisah serba ringkas tentang Personal Shopper.

Sebenarnya ada banyak lagi Personal Shopper yang berjaya, dan berjaya jana income tambahan sehingga ribuan ringgit, terutama student yang belajar di oversea ..huhu ... contohnya macam kat Jepun, Korea ... mana-mana aje.


Sekarang ni, dengan adanya media sosial, memang mudah nak buat duit dengan menjadi Personal Shopper ni.

Nak-nak lagi, sekarang dah banyak platform online yang membolehkan anda borong banyak barang dari luar negara seperti China dan juga Jepun.

Nak Jadi Personal Shopper Part-Time?

Anda pun boleh jadi Personal Shopper secara part time. Cuma ia lebih mudah sebab anda boleh gunakan platform online untuk beli barang orang lain. Ehhh .. serius ni, bukan semua orang tahu gunakan platform online untuk bershopping ni.

Ada yang masih takut-takut nak bershopping di platform online. Jadi, inilah peluang mudah anda untuk jadi Personal Shopper.

Apakata anda jadi Personal Shopper untuk produk-produk dari Jepun?

Cara buat duit jual barang jepun
Permintaan terhadap barangan dan produk dari Jepun kini semakin mendapat perhatian. Kewujudan beberapa store menjual barangan ini di mall-mall besar di kota menjadi bukti bahawa barangan dan produk dari Jepun boleh buat duit.

Seperti saya katakan tadi, dah ada platform untuk anda borong mudah dan murah dari Jepun. Ya, anda tidak perlu ke Jepun. Semuanya boleh dilakukan secara online.

Anda jadi Personal Shopper menjual barangan dari Jepun !!

Nak tau cara dapatkan produk di Jepun dengan harga jauh lebih murah terus melalui online?


Hakikatnya, tak ramai lagi tau lubuk produk Jepun ni. Jadi, ambil lah peluang ni untuk buat side income yang lumayan.

Ideanya, anda boleh siapkan katalog yang anda jumpa kat lubuk produk Jepun tu nanti, dan berikan kepada pelanggan anda untuk pilih produk yang mereka mahu pesan atau kirim.


Orait, menarik tak? Ini peluang anda!

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement