Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips berkaitan Adsense, terutama rakan blogger yang masih lagi bermasalah untuk apply akaun Adsense bagi membolehkan blog jana income USD. Simple tips yang mungkin ramai rakan blogger tidak sedar .. terutama apabila mendapati permohonan mereka ditolak.

Adsense mementingkan sebuah blog yang selamat untuk para pengunjung atau pembaca. Pihak Adsense tidak berkompromi andai sesebuah blog itu mengandungi ancaman daripada virus atau malware. Jika didapati blog itu ada potensi ancaman ini, maka proses permohonan Adsense mungkin akan ambil masa.

Tips Adsense - Permohonan Tak Lulus Sebab Ada URL Merbahaya dalam Koding Blog

Tips lulus akaun Adsense untuk blogger Malaysia


Buat rakan blogger yang hadapi masalah mendapatkan akaun Adsense penuh, kena pastikan tiada sebarang malware atau virus tersembunyi di dalam kod HTML blog anda. Anda mungkin tidak sedar mengenai perkara ini, melainkan komputer anda mempunyai antivirus atau network protection yang kuat.

Saya menggunakan Kapersky Internet Security di komputer baharu saya.

Setiap kali saya memasuki beberapa blog kawan-kawan blogger terutama yang berada di dalam bloglist, sistem Kapersky akan triggered beberapa blog yang mempunyai URL merbahaya.

URL Merbahaya Dikesan Kapersky Lab

Antara URL berbahaya yang dikesan oleh Kapersky ialah daripada javascript program Sushivid dan juga affiliate InvolveAsia.

Script dimaksudkan ialah yang berikut (Sushivid):

https://www.makantime.tv/analytics.js

mungkin juga dari berpunca dari script ini ...

script src="//app.involve.asia/magic/6875/auto.js" type="text/javascript"

Script ini telah dimasukkan dalam pengkalan data Kapersky sebagai url yang merbahaya. Kemungkinan isi kandungan skript tersebut boleh menjejaskan pengalaman pembaca di dalam blog.

Ini mungkin antara SALAH SATU sebab permohonan Adsense anda gagal diluluskan dalam tempoh yang cepat.


Adsense menitik-beratkan pengalaman pembaca. Jika anda menerima notifikasi semasa memohon Adsense mengatakan bahawa blog anda tidak patuhi terma pengalaman untuk pembaca, kemungkinan ia berpunca daripada script seperti di atas.

[Dah Baca?] 9 Tips Adsense Ringkas dan Mudah Perlu Diikuti

Cara Nak Selesaikan

Jadi, apa penyelesaian patut anda lakukan agar permohonan Adsense anda tidak ditolak?

Buang script yang bukan daripada Google/Blogger. Biasanya script ini digunakan untuk widget tertentu yang selalu digunakan oleh blogger blogspot (terutamanya) bagi mencantikkan blog masing-masing.

Bila dah buang, minimakan penampilan blog .. maka cubalah buat permohonan semula atau buat rayuan permohonan Adsense.

Kebanyakkan blogger yang apply Adsense penuh tidak sedar mengenai perkara ini.

Dari mata kasar nampak semuanya ok, penuhi apa yang disyaratkan oleh Adsense, tetapi bila apply .. ada perkara yang tidak mematuhi syarta.

Penuhi Syarat Am Adsense

Syarat am nak apply Adsense termasuklah:
  • Blog siap sepenuhnya, semua link boleh diklik dan merujuk kepada page atau laman yang sah.
  • Blog lengkap dengan navigasi menu yang mudah dan senang dicapai oleh pembaca blog.
  • Ada ruangan contact, disclaimer, privacy policy dan juga menu untuk kembali ke paparan utama.
  • Blog mesti ada profile berkaitan diri anda.
  • Blog mempunyai isi kandungan yang mencukupi .. paling tidak lebih daripada 20 posts. Baca ni - Apply Adsense Tak Lepas Sebab Insuficient Content
  • Blog menerima trafik daripada enjn carian. Tak semestinya kena ada angka trafik yang tinggi, cuma pastikan lebih 50% daripada trafik adalah datang dari enjin carian. Jika blog anda terima walau 1000 PV sebulan, jika 900 PV tersebut daripada Google, anda tiada masalah untuk dapatkan akaun Adsense ini.
  • Tidak mempromosikan atau menulis kandungan yang langgar undang-undang - ini termasuklah ubat-ubatan, bahan lu__, keganasan dan beberapa lagi.

Syarat am untuk apply Adsense ini sangat simple. Anda cuma perlu ikuti dengan teliti.

[Dah Baca?] Dua Kesalahan Serius Pemilik Akaun Adsense

Nasihat saya, ketika nak apply Adsense, gunakan template blogger yang paling simple dan mudah. Kemudian, pilih template yang mesra mobile kerana rata-rata pengiklan dalam Adsense lebih menuju kepada pengiklanan untuk peranti mudah alih.

Jangan letakkan apa-apa scripts dari luar dalam HTML blog anda. Bila dah lepasi Adsense, paling tidak selepas dapat USD100 pertama dari Adsense, barulah fikirkan nak letakkan script lain ke dalam blog.

[Promo] Dapatkan Kapersky Internet Security Terbaharu Harga Promo

Adsense mahu pastikan blog yang menyediakan platform iklan mereka adalah terbaik untuk pengiklan Adsense.

Pasanglah antivirus lengkap di komputer anda, dengan cara ini .. anda boleh tahu masalah yang mungkin timbul pada blog anda, seperti yang saya tunjukkan di atas.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih HH atas ilmu ini.. mungkin inilah sebab nape mama tak lulus2 lagi adsense.. bila mama cari script di blog takde pulak involve.asia dalam script. nanti mama teliti lagi.. tq for sharing

    BalasPadam
  2. Ouhh..baru tahu link berbahaya pun ada kesan pada permohonan adsense

    BalasPadam
  3. tq share..nak kena check jugak la url ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement