Anak bongsu saya dah semakin membesar. Alhamdulillah, Najmi kini dah berusia lebih 2 tahun. Najmi sihat dan menjadi semakin bijak, malah nampak lebih bijak berbanding abang sulongnya ketika di usia sama.

Saya bersyukur dapat menimang cahayamata baharu di usia lebih 40 tahun. Ia menjadi satu penyeri dan keriangan dalam keluarga.

Peminat Cilik Superhero Spiderman



Ada sesetengah orang berpendapat, menimang cahayamata di usia lebih 40 tahun adalah satu risiko besar. Ya, memang ada fakta kesihatan menyatakan demikian terutama terhadap ibu. Namun, siapa dapat menidakkan ketentuan dan rezeki daripada Tuhan?

Isteri saya melahirkan Najmi dua tahun dahulu di Hospital Taiping. Berbeza dengan anak-anak lain, isteri saya melahirkan Najmi bukan secara alami, tetapi menerusi pembedahan caesarean. Ia adalah pengalaman pertama isteri dan saya sendiri menghadapi situasi ini.

Jadi, apabila Najmi selamat dilahirkan dan beroleh kesihatan dan peluang untuk melihat dia membesar, ia satu anugerah tidak terhingga buat saya dan isteri dan juga anak-anak saya yang lain.

[Dah Baca?] 47 Perkara Perlu Tahu untuk Ibu Lahirkan Anak Secara Caesarean

Najmi bijak. Najmi menyerikan kehidupan kami sekeluarga setiap hari. Keletahnya memang menghiburkan. Setiap ketika, ada sahaja benda baharu ditunjukkan kepada kami semua.

Suka bersembang dan menunjukkan kemampuan diri, Najmi adalah seorang peminat superhero. Antara superhero kegemaran Najmi adalah daripada Avengers.

Dalam banyak-banyak superhero Avengers, Najmi nampak cenderung kepada Spiderman dan juga Hulk. Biasa sahaja dia buat memek kedua superhero ini.



Seperti nasihat daripada pakar kanak-kanak, kami mahu minat dan kecenderungan yang ada pada Najmi tidak terbantut. Jika ada perkara yang diminatinya berkaitan superhero, in Sha Allah kami tunaikan .. melainkan ia boleh memudaratkan.

Najmi ada permainan, gajet .. malah ada pakaian bertemakan superhero seperti Spiderman. Setiap kali memakai, Najmi akan ada mood yang baik untuk bermain dan lebih cergas daripada biasa.

Mungkin ada orang yang fikir .. memperkenalkan dan mendorong anak kecil seperti Najmi ini akan membiasakan diri kepada unsur keganasan, tetapi dengan pemantauan .. in Sha Allah, ia boleh membantu ke arah perkara yang positif untuk perkembangan minda.

[Dah Baca?] 25 Tips Meransangkan Anak Menjadi Lebih Bijak Sejak Bayi

Kalau anda ada anak kecil, gunakan peluang kepada minat dan kecenderungan anak seperti Najmi ini untuk meransang mindanya menjadi anak yang bijak.

Jika Najmi boleh membesar dan menjadi seorang anak yang bijak kerana menjadi peminat cilik Spiderman, mengapa tidak anak anda di usia seawal 2 tahun?

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement