Hari ini (30 Julai 2019) adalah merupakan hari pertabalan rasmi Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019.


Pemilihan Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara pada 24 Januari 2019. 
Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Jan lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Dis 2016.

Sejarah dan Salasilah Kerajaan Melayu Pahang

Sejarah dan Salasilah Kerajaan Melayu Pahang
Post kali ini adalah untuk berkongsi beberapa fakta hangat dan menarik berkaitan asal usul keturunan di-Raja DYMM Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah sebagai rujukan dan panduan.

Sebelum dilantik menjadi DYMM Yang di-Pertuan Agong, baginda merupakan Sultan Pahang yang ke-6.


Sejarah dan Salasilah Kerajaan Melayu Pahang
Sebagai pengetahuan, saya pernah bermastautin di negeri Pahang, tempat kelahiran Agong ke-16 selama lebih 5 tahun sebelum berpindah ke negeri Perak. Secara peribadi, saya pernah bertemu dengan ayahanda Al-Sultan Abdullah semasa bersekolah di SRK Pengkalan Tentera Kem Batiu 10, Kuantan.

Anda orang Pahang? Anda tahu dari mana nama 'Pahang' itu dapat tak?

Cubalah pelajari sejarah dan dapatkan kepastian tersebut. Setiap negeri ada banyak kisah sejarah menarik yang seronok dibaca dan dihayati.

Sejarah Ringkas Kesultanan Melayu Pahang

Jom sama-sama ketahui sedikit sebanyak sejarah negeri Pahang dan salasilah Kerajaan Melayu Negeri Pahang ini yang merupakan negeri kelahiran DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Pahang merupakan negeri yang terbesar dengan gunung tertinggi dan sungai terpanjang di bahagian Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia). Pahang merupakan negeri yang tertua selepas Patani (sekarang dalam wilayah Thailand), iaitu lebih tua dari negeri Melaka.


Di zaman silam, kerajaan Pahang meliputi hujung tanah hingga ke Singapura. Rajanya juga mempunyai talian persaudaraan melalui perkahwinan dengan Parameswara, iaitu Raja atau Sultan yang pertama membuka Melaka.

Ini menunjukkan bahawa Kesultanan Melayu Negeri Pahang adalah sebuah kerajaan Melayu yang berdaulat dan mempunyai sejarah cukup lama di Semenanjung Tanah Melayu ini.

Walaupun kerajaan di negeri Pahang telah lama wujud, namun corak pemerintahan Kesultanan Melayu Islam di negeri Pahang wujud selepas terbentuknya Kerajaan Islam di Melaka. Sultan Pahang yang pertama adalah putera kepada Sultan Mansur Shah, Melaka iaitu Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah

Sejarah dan Salasilah Kerajaan Melayu Pahang
Pada umumnya Kesultanan Melayu Pahang dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama, apabila pemerintahan Siam di Pahang telah diserang dan diambil alih oleh kerajaan Melaka. Maharaja Dewa Sura telah ditawan dan dibawa ke Melaka, puterinya, Puteri Onang Seri telah dikahwini oleh Sultan Mansur Shah berputerakan Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

Peristiwa Pembunuhan Anak Bendahara Melaka

Berlakulah peristiwa di mana anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak yang bernama Tun Besar sedang bermain sepak raga telah dibunuh akibat ditikam dengan sebab telah menjatuhkan destar Raja Muhammad yang sedang berkuda.

Pertelagahan kedua-dua keluarga segera ditegah oleh Bendahara Tun Perak dengan katanya yang masyhur “Nyiah! Nyiah kamu semua, nyiah kerana istiadat hamba Melayu tiada pernah derhaka. Tetapi akan anak raja seorang ini janganlah kita pertuan”.

Lantaran peristiwa itu, Raja Muhammad telah ditolak dari bumi Melaka dan dirajakan di Pahang sebagai sultan yang pertama, bergelar Sultan Muhammad Shah (1470). Makam baginda terdapat di Dusun Pinang, Pahang Tua, Pekan (1475).

Sejarah dan Salasilah Kerajaan Melayu Pahang
Sejarah dan Salasilah Kerajaan Melayu Pahang
Sejarah dan Salasilah Kerajaan Melayu Pahang

Wujudnya Dinasti Pertama Kesultanan Melayu Pahang

Raja Ahmad menyusul menjadi Sultan Pahang setelah kemangkatan Sultan Muhammad Shah. Dari keturunan baginda kedua inilah wujudnya dinasti pertama Kesultanan Pahang dari Kesultanan Melaka sehinggalah ke Sultan Abdul Ghafur Mohayuddin Syah.

Dinasti ini tamat di negeri Pahang setelah Sultan Abdul Ghafur Mohayuddin Syah dan anakanda baginda, Raja Muda Abdullah dibunuh oleh seorang anggota keluarganya yang turut menerima hukuman yang sama (1614). Makam keluarga diraja ini terdapat di Makam Chondong, Padang Buluh, Pekan.

Diambil-Alih Pemerintahan oleh Kesultanan Melayu Johor

Berikutnya, kesultanan di Johor telah mengambil alih pemerintahan di Pahang tetapi telah diserang oleh kerajaan Acheh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda (Mahkota Alam). Kerajaan Acheh juga melanggar Johor Lama khususnya di Batu Sawar membawa bersama Sultan Alauddin Ri’ayat Shah serta Bendahara Paduka Raja Tun Mohamad atau dikenali juga sebagai Tun Seri Lanang bersama-sama puluhan ribu rakyat Johor dan Pahang ke Acheh.

Seorang Puteri Pahang, Puteri Kamaliah dan anak saudaranya Raja Mughal, putera kepada Raja Ahmad turut dibawa ke Acheh. Puteri Kamaliah dikahwini oleh Sultan Iskandar Muda dan terkenal dalam sejarah dan puisi (nazam) di Acheh hingga hari ini sebagai Putroe Phang.

Raja Mughal dijadikan anak angkat dan menantu kepada Sultan Iskandar Muda dan kemudiannya diangkat sebagai Sultan Acheh bergelar Sultan Iskandar Thani (1638-1641).

Pahang Di Bawah Jagaan Bendahara Johor

Setelah kekuasaan Acheh bertambah reda di Johor dan Pahang dengan kemangkatan sultan serta ketiadaan zuriat Sultan Pahang, maka Pahang telah diletakkan di bawah satu wilayah pemerintahan berpusat di Johor dan Pahang diletak di bawah jagaan Bendahara.


Pada masa ini, dinasti Kesultanan Negeri Pahang yang berpusat di Johor adalah dalam dinasti yang sama iaitu keturunan dari Sultan Melaka yang berasal usul dari Sultan Muhammad Shah hingga ke Sang Nila Utama, raja yang bermula di Palembang turun ke Bentan, Singapura dan membuka kerajaan di Melaka.

Pemerintahan dinasti ini berakhir dengan mangkatnya Sultan Mahmud Shah ke-2 di Kota Tinggi pada Ogos 1699 dibunuh oleh Laksamana Bentan Megat Seri Rama.

Sultan Mahmud Shah ke-2 atau Marhum Mangkat Dijulang tidak mempunyai zuriat, maka telah digantikan oleh keluarga dan keturunan yang terkanan dan yang terdekat iaitu keluarga bendahara, Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil. Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil bergelar Sultan Abdul Jalil Ri’ayat Shah ke-4 (Marhum Mangkat di Kuala Pahang), adalah anak kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid.

Dinasti ini kekal terus memerintah Kerajaan Johor-Riau-Pahang.

[Dah Baca?] Waris Sebenar Kesultanan Melayu Perak

Pada penghujung pemerintahan kerajaan ini, Raja bersemayam di Riau (Bentan), Bendahara di Pahang, Temenggung di Johor, dengan masing-masing mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan, kecuali dalam pelantikan baru Bendahara dan Temenggung dari kalangan zuriat masing-masing.

Akibat campur tangan Belanda dan British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, hilanglah kekuasaan Riau ke atas wilayah Johor dan Pahang. Maka, Pahang dan Johor telah menjadi negeri berdaulat dan seterusnya melantik pemerintahan wilayah masing-masing sebagai sultan.

Bermula Salasilah Kerajaan Melayu Pahang 'Moden' Sehingga Kini

Pada 6 Ogos 1882, Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah bergelar Sultan Pahang yang pertama.

Baginda telah mengalahkan kekandanya Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir melalui perang saudara kerana perselisihan keluarga dan menyebabkan rakyat Pahang berpecah-belah untuk seketika. Semasa berundur ke Johor, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan anakandanya Tun Koris telah meninggal dunia di Sedili pada bulan Mei 1863.

Senarai Sultan Pahang


Maka bermulalah zaman Kesultanan Melayu Pahang yang moden setelah Wan Ahmad kemudiannya dilantik sebagai Bendahara Siwa Raja dan bergelar sultan pada 6 Ogos 1882. Maka dari zuriat sultan inilah kekal sebagai pemerintahan Kesultanan Pahang hingga hari ini (2019).

Salasilah Keturunan Kerajaan Negeri Pahang

Sejarah dan Salasilah Kerajaan Melayu Pahang
Sejarah dan Salasilah Kerajaan Melayu Pahang
Sejarah dan Salasilah Kerajaan Melayu Pahang
1 Julai 1975, Tengku Abdullah dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.

Sebelum dilantik menjadi DYMM Agong ke 16, Tengku Abdullah kemudian ditabalkan menjadi Sultan Pahang ke 6 dengan gelaran Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Daulat Tuanku.

Sembah tahniah buat DYMM di-Pertuan Agong ke 16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Artikel ni banyak merujuk tulisan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Haji Wan Hassan menerusi portal Di-Raja Pahang.

Sumber lain adalah dari Khazanah Bendahara Seri Maharaja

p.s: Fakta dan info mungkin ada sedikit khilaf dan perbezaan bersandarkan sumber yang diperoleh.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement